Saturday, July 27, 2013

KOSONG


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Ada ketika hidup ni..kita rasa sangat berwarna warni..sangat seronok, ada ketika..kita akan rasa hidup ini kosong. Orang yang lemah  memang akan terasa. Kosong bukan bermakna tak ada orang lain disekeliling tapi rasa sangat KOSONG !! 

Orang kata : Hidup umpama roda, kadang kat atas kadang kat bawah. 

Dalam proses nak menjadi seorang dewasa, macam-macam perkara yang perlu kita tempuh. Kini baru ku tau, rupanya zaman kanak-kanak lebih seronok. Tapi masa tetap berlalu dan berlalu dan hidup ini hanya sekali. Masa tak akan dapat diundur. Makin lama kita makin tua, mati pun semakin mendekati.

Semoga perasaan kosong ini tidak berlanjutan kerana  Allah ada sentiasa bersamaku. 
Jadikan al-Quran sebagai teman dan Allah sebagai tempat mengadu. 


Meniti langkah demi langkah untuk sampai kepada cintaMu ya Allah :')

Rindu zaman kanak-kanak yang lebih suci dan bersih daripada dosa-dosa duniawi ~


 والسلام

no caption...sorry to u all


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum semua..fuh sana .fuh sini, alahai blog..asif kepada yang menyinggah and yang wish salam ramadhan..belum berkesempatan untuk membalas, sorry2..kembali semula utk next sem membauatkan diri ini malas utuk mengupdate..bhabha :p Allahu akram kpd yang wish ramadhan kareem..semoga ramadhan kali ni mendapat barakah dariNya..

belum berkesempatan lagi untuk mengupdate entry yang baru..insyaAllah jika berkesempatan akan ad entry yang baru..sorry sangat-sangat :'( sem ni agak hard juga..assigment dah macam tesis..huuhu, doakan kami ye (student SMBAT Bhasa Arab terjemahan)  dapat catchup dengan baik dalam course ni.. (mengharap doa kalian)


ok semua..wassalam love u all..muahmuah <3 

Tuesday, June 4, 2013

"SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!"

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum semua..:) 
i'm join segmen by NURULFHMT again!! yeah  



kenapa korang semua mesti join?? haha macam nak memaksa plk kan..tak la, just want  to share to u all..



 1) DAPAT MENGENALI BLOGGER-BLOGGER LAIN
*Tidak kira blogger yang masih baru di dunia blog atau yang sudah aktif lama dalam dunia blog.
2) DAPAT MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM SESAMA BLOGGER LAIN

3) DAPAT MENINGKATKAN FOLLOWER DI BLOG MASING-MASING

*Insya-Allah.

apa lagi..jom Join this segmen ..

click BANNER untuk join..cute sangat banner dia..hee
happy blogging semua :) salam ukhuwah fillah.. 


Wednesday, May 29, 2013

Segmen: Jom Blogwalking bersama Cik Bintang

Assalamualikum dan selamat tengah malam.. :) (jawab salam kita ye 8_8)



sila klik BANNER utk join :)
tak salah pun utk join, sama2 blh eratkan ukhuwah antara kita and support blogger lain kan2  ^◕‿◕^
k..wassalam :)






Sunday, May 26, 2013

Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah


Alhamdulillah.selamat menghadiri seminar "Syariat itu Mudah, khawin itu indah " dekat IDB Bandar Tun Razak..sebut je pasal 'KHAWIN', ramai yang teruja kan2?? especially yang muda belia macam saya nie..hahaha..sebenarnya tak berminat pun untuk pergi, sebab masalah transport nak ke sana..see..klau majlis ilmu ada je alasan kan? tapi kalau shopping laju je..<,dush..dush> tapi  disbabkan kakak2 tersayang mengajak, ku terima dengan hati terbuka..:P, tapi yang sedihnya, yang mengajak tu tak join..sobsob.. its ok, kita merancang dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik..walaupun kemalasan itu menyelubungi diri, ku gagahkan juga utuk pergi..Alhamdulillah banyak input yg boleh kita ambil, seminar ni bukan utk orang yang belum khawin je sebab blh dikatakan half drpd peserta adalah pasangan yang dah berkhawin..banyak pula membebel kan, post entry ni sebab nak share dkt sahabat2 semua input yang sakinah dapat..klau ada terkurang, silakan kpd sahabatku faridah yg sweet utk menambah and to k.fara yg still cute macam dulu utk berkongsi..hee


sebelum tu. kita tadabbur ayat AQ dr surah Ar-Rum

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri(pasangan) dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar Rum:21)

Askunu dari perkatann 'sakana' berti diam.Diam dan Tenang,
jadi,pernikahan adalah tempat utk lelaki dan perempuan,rijal aw nisa' memperoleh ketenangan dr dunia yg amat sibuk lg meresahkan.Maka Allah jadikan pernikahan,yg deganya Allah titipkan rasa cinta,,sayang di hati dua insan-berasa ketenangan bila berada di samping pasangan

first sekali bila tengok tittle dekat atas tu, mesti ramai yang suka..sebab apa? khawin..tapi bila tanya balik pada diri apa yg dikatakan berkhawin dan bercinta ikut syariat? mungkin masih tertanya2..kalau rajin listkan tentang apa yg kita faham..tp yg paling penting adalah cuba HIGLIGHTkan tentang SYARIAT...

bila kita faham apa itu syariat, InsyaAllah semua akan ok..
dan bila kita tengok orang yang happy ni biasanya orang yang ikut syariat atau tidak??

bila kita sebut pasal khawin, kita kena tanya pada diri kita, kenapa aku nak khawin?
- sebab tengok orang lain khawin, aku pun nak khawin?
-sebab cinta?
-or kerana Allah, ikut sunnah and untuk dapatkan zuriat? (tanya dan tanya pada diri kita)

why we do, what we do?
why we think what we think?

preparation sebelum khawin juga penting...bukan preparation untuk majlis semata2 tapi yang penting Rohani, emosi, Fizikal kita.
first sekali yang Aula...'Jaga Hubungan dengan Allah'..solat kita macam mana..and then emosi kita, ada 2 perkara yang prof Dr Muhaya sebut memang perlu ada dalam diri iaitu GRATEFUL and LOVE.
'there is alot of weeding planner, but there is a no marriage planner'..benda ni ramai orang yang lupa.

satu lagi benda, prof Muhaya shared..klau ada lelaki yang minat dekat kita, tanya dua benda nie..basic Question..
1) boleh jadi imam tak? 
2) merokok tak? ( sorry to say, kalau yang merokok saham turun merudum) hahah..bukan sakinah yg cakap, tapi Prof yng cakap..tapi memang betul pun..minta maaf kaum adam kalau yang merokok tu.. ada masa lagi untuk berhenti..sayangilah nyawa yang Allah pinjamkan :)
ramai manusia yang merancang tetapi sedikit merancang tentang kesihatan dan ketenangan jiwa.

Tips2 dari Prof Dr Muhaya..
(((  5 PERKARA WAJIB BUAT )))
1- Unconditional Love
2- Forgiveness
3- Spritual connected to Allah
4- Inner place (sentiasa tenang )

setakat nie je yang mampu dicoret..mungkin faridah and k.fara boleh share lagi..insyaAllah moga bermnfaat utk semua..
last sekli dr sakinah, conclusion...
Islam sangat mengambil berat tentang semua perkara yg boleh membawa kepada kebaikan dan manfaat kpd manusia di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu disyariatkan undang-undang yang bersesuaian dengan fitrah kejadian dan memenuhi keperluan manusia itu sendiri.Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendrian, tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu. Justeru, Allah menjadikan makhluk-makhlukNya secara fitrah suka kepada ketenangan atau sakinah melalui kehidupan beristeri dan seterusnya berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya adalah lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri...

wassalam.. :)

nie buku tajuk dia " Syariat itu mudah, Khawin itu Indah'.Buku ni ditulis sendiri oleh Ustaz Don. 
Harga :Rm5
tp tak sure dekat luar ad jual atau tak,klau tak pun yang student kuis blh la pergi pejabat kuiscell tanya..




Friday, May 24, 2013

` عيد ميلاد سعيد '



Assalamualaikum..see the post?? woot.woot..asif akak sepatutnya nak post benda ni dah lama..tapi ada je benda nak buat..hahaha..even birthday akak dah lepas, tp sakinah nak juga posting benda nie..( nakal tak)
post ni biasa2 je, just pengganti diri, insyaAllah ada rezeki, duit berlambak2 kita bagi hadiah ye...

Alhamdulillah dapat berkenalan dengan sahabat macam akk ni :) indahnya ukhuwah kita berkenlan, walaupun ada yang kutunggu 'tak kunjung tiba' namun ia bukanya alasan utk terbelahnya ukhuwah yang dibina..(wah2 ayat macam penulis sastera..)


  Dear k.su, 
semoga Allah memberkati kehidupan yang telah dipinjamkan sementara ini.
semoga Allah terima segala amal ibadah kita, memperkenankan doa-doa yang kita pinta, dilapangkan dada.
semoga Allah mengurniakan akk dengan barakah dan maghfirahNya.

wishing you the very best and i hope this year is one of the best. Happy Birthday!! 
wishing u a day soft as silk..white as milk..sweet as honey and full of money (hahaha).May all ur dreams come true

moga kekal and stay stong di atas jalan ini.sekali kita memilih tidak mampu untuk berpatah balik.
kerana....kita telah jatuh CINTA pada medan ini.sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja keupayaan demi mlihat matlamat kita tercapai.
DAULAH ISLAMIAH itu matlamat,
SYURGA syuhada itu cita-cita..
usia yg Allah kurniakan ni, semoga kita sama2 hiasi dengan amalan murni,semoga ia menjadi teman di akhirat sana..
semoga usia bertambah berkat, dirimu dilimpahi rahmat, iman dan taqwa semakin meningkat, rezeki tak tersekat2,diri sentiasa sihat,bahagia dunia akhirat,moga diakhirat mendapat syafaat...

sayang k.su ketat-ketat!!!!
moga persahbatan kekal hingga akhirat...
syukran for 1 year, selama 2 sem kita sebilik, akk jaga kita..and syukran Jiddan sebab selalu kejut and ingatkan kita utk Qiam..one more thing, sorry ye sebab lambat wish...mesti akk ingat kita lupa..hee saja je, sorry eh...lastly, seindah nama Ummu sulaim, moga akk menjadi seteguh ummu sulaim binti Milhan
Nisa’ Mubasysyarat Bil Jannah!



Rasulullah SAW bersabda,"Aku masuk ke syurga lalu  terdengar sebuah suara dihadapanku. Ternyata beliau ialah AL-Ghumaisha' bintu Milhan" (HR Bukhari)



"sesugguhnya orang2 yang bertakwa itu kekal di dalam taman-taman dan sungai-sungai yang disenangi, disisi yang Maha Berkuasa "(Al-Qamar:54-55)"










Thursday, May 23, 2013

JANGGUT OH JANGGUT

Assalamualaikum... hai semua...:) post2..dah lama tak updatekan?? why i'm post like that?? hahaha...come read what i want to share to u all..meh2

Situasi 1:
Reporter: Boleh kami tahu, kenapa anda tidak membela janggut?
Pemuda: Err.. Bela janggut tu sunnah Nabi SAW je kan? Tak bela pun takpe kot..

Situasi 2:
Reporter: Boleh kami tahu, kenapa anda membela janggut:
Pemuda: Alamak, ketinggalan zaman ke brader? Inilah trend zaman sekarang. Saya suka sorang artis ni, smart arr janggut dia, tu yang saya tiru tuuu!

Hah? Ajak ikut sunnah membela janggut xmahu. Anggap itu hanya sunnah yang kecil. Tapi bila tengok orang barat berjanggut, kita pun anggap smart, hensem, kacak, macho - lepas tu bela janggut kerana kagum dengan mereka - ikut sunnah orang bukan Islam di Barat buat apa? Kenapa bila Nabi SAW sunnahkan kepada umatnya untuk membela/membiarkan janggut xmahu ikut kerana ianya SUNNAH, tapi bila ada TREND daripada Barat tentang berjanggut/berjambang tu pulak nak ikut? Mana satu kita nak ikut? SUNNAH Nabi SAW atau TREND Barat?

bukannya nak cakap pasal fekah/khilaf tentang bab sunnah memelihara janggut, tapi sakinah nak ajak kita semua ikhlaskan hati untuk mengikuti segala sunnah-sunnah Nabi SAW. Mengamalkan sunnah bukan sekadar ikut-ikutan sja, bukan juga kerana kagum melihat artis-artis Barat yang smart berjanggut, bukan mengamalkan sunnah dengan perasaan riya', takbur atau ujub, tetapi lakukanlah ia kerana Allah SWT dan RasulNya.. Selain daripada dua ini, iktikad kita ialah ia tidak akan dapat pahala sunnah..

Perhatikanlah...

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31)

Mudah-mudahan Allah berikan taufik dan hidayah... ^^





Tuesday, May 21, 2013

" Segmen Jom Kenali Blogger Baru "


Assalamualaikum semua...keep in smile :)
huhuu,,tak pernah before ni join mana2 segmen..tapi kali ni tiba2 pula tergerak utk join segmen dr ukht HUDA..thankz huda coz buat segmen nie..haha first time join nie..hope dapat kenal lbih ramai lg blogger2 lain ..Cc


For those who would like to join too, just click BANNER..Syukran alaik.

Hadiah :

Review Blog (4 blogger)
Sebuah buku/novel (1 blogger)
Free Banner (1 blogger)
Free desktop wallpaper (1 blogger)



Tarikh tutup 25/5/2013 jam 9 malam ..
so,sempat lg sahabt2 utk join..AIWAH2.. semoga berjaya..

Monday, April 22, 2013

"CELIKKANLAH "

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah pertamanya dan selama2nya kita pnjatkan syukur kerana masih berpeluang utk mnerukan khidupan kita..Alhamdulillah...
wutwut..dah lama tak post dkt blog nie..hrm~penyakit M mnyerang diri..haish...ok2 terukan

siapa yg selalu dgr IKIM..radio pilihan utama anda.. :) kata2 dr ustaz pahrol " kita TAHU kita Hamba Allah tp kita TAK SEDAR bahawa kt Hamba Allah...Allahurabbi..
Jika ditanyakan siapa kita?siapa??  Ramai yg mngaku 'saya ni khalifah'. Tapi ramai yang tak sedar bhawa kita ni khalifah..kita hanya tau je,,,Jd, ramai yg berlagak seoalah-olah  'tuan' (malah Tuhan) dalam khidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza.

Tahu letakknya di akal..dengan mmiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati.. dengan memiliki penghayatan dan hikmah. ini menjlaskan mngapa ada stdent yg mndapat A dalam subjek pngajian islam tetapi tidak solat. Dia mngkin tahu tntang kebaikan dan kelebihan solat tetapi tak sedar akan kebaikan danu sungguh kelebihan itu. Tahu, hanya 'di permukaan', iaitu bersifat pengetahuan dan teori semata-mata..manakala sedar adalah mendalam, mlibatkan kemahuan amali.



Kata Hikmah dari Sayidina Ali....

untuk mengetahui apakah hakikat sebenar kesedaran, kita hayati kata2 dr Sayidina Ali K.w " Manusia ktika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar). " kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apbila seseorang  itu mati barulah hakikat khidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. ketika itu barulah si mati dapat " melihat" hidup dengan jelas dan tepat.

setelah diri berada di alam barzakh, barulah manusia insaf dan sedar apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. bak kata pepatah "dah terhantuk (mati) baru tergadah (sedar). "rupa-rupanya apa yg diburu semasa hidup didunia hanyalah dosa. yg kita elak pula adalah pahala.

Ah, betapa besarnya tujuan hidup selama di dunia akibat BUTA mata hati.Astaghfirullahalazim... dalam alam kubur,ketika debu2 tanah menjadi 'bumi dan langit', barulah kita terjaga daripada 'mimpi' selama ini.syangnya, pada ketika itu, segala-galanya terlambat..Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa2 lagi utk memperbaiki keadaan..(tadabbur surah as sajaddah)..sepatutnya kesedaran itu sewaktu hidup di dunia ini. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah kita mendapat kebaikan dan manfaatnya. Sebaliknya, sekiranya kesedarn itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat!!! Allahuakbar.. jom muhasabah balik diri kita...

DUNIA pun dipulun tapi Akhirat tak dilupakan....


Wednesday, March 6, 2013

Untuk wanita yang ku cintai




 selesai menghabiskan buku “Hari-Hari Dalam Hidupku” yang dipinjam dari seorang senior. Kata-kata pendahuluan yang ditulis Zainab al-Ghazali al-Jubaili dalam buku ini, menggentarkan hati ku untuk terus membaca buku ini sehingga tamat. sakinah tak berapa ingat ayatnya, tapi mungkin beginilah lebih kurang maksudnya,
Kuhadiahkan buku ini :
Untuk jiwa-jiwa suci yang telah menghadap Ilahi, untuk mengadu hal kezaliman dan perbuatan manusia.
Entahlah. merasa sedih dengan ayat itu, kerana ia diungkapkan seorang wanita, yang telah melalui satu siri penyeksaan yang cukup dahsyat.
sentiasa terpesona dan kagum dengan wanita-wanita yang kuat. Kuat hati dan jiwanya untuk mendukung apa yang dia percaya. Dan semestinya kecintaan ku tumpah buat wanita-wanita yang mendukung kebenaran Islam walau apa jua yang menimpa mereka.
Saya hendak bercerita tentang wanita. Di saat aliran feminisme begitu asyik memperjuangkan persamaan lelaki dan wanita, wanita-wanita yang saya kagumi ini telah lebih lama membuktikan kekuatan mereka berganding bersama lelaki memikul beban agama. Di saat wanita digambarkan sebagai makhluk penuh emosi dan lemah, wanita-wanita ini membuktikan kepada dunia bagaimana mereka memandu emosi dan kelemahan itu untuk menjadi pasak-pasak dakwah. Dan tidak melampau jika saya katakan, dakwah ini tidak akan tertegak (melalui usaha manusia) tanpa wanita-wanita yang menjadi tulang belakangnya.
Untuk wanita di luar sana, ya saya sedang bercerita tentang awak. Dan jika awak mendapati tulisan ini tidak menerangkan kisah hidup awak, maka saya sedang bercerita untuk awak, supaya awak menjadi kuat seperti mereka.
Zainab al-Ghazali al-Jubaili (saya sarankan anda membaca buku “Hari-Hari Dalam Hidupku” sendiri)
” Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas seorang lelaki”
Beliau dipenjarakan atas rencana pemerintah yang begitu takut akan kebangkitan Islam. Beliau diseksa fizikal dan mental.
Seorang wanita dalam lingkungan usia 60 tahun, dihumban ke dalam bilik yang penuh anjing-anjing yang terlatih untuk menggigit dan mencakar manusia. Dihumban ke dalam bilik yang penuh dengan tikus. Dihumban ke dalam bilik tanpa diberi makan atau minum, dan lebih kejam tanpa dibenarkan untuk ke tandas selama berhari-hari. Cuba anda buat eksperimen, tidak ke tandas selama 2 hari, dan rasalah secebis dari penderitaan Zainab.
Disebat dengan tongkat sebanyak 500 kali. Kemudian disebat lagi keesokan harinya. Disebat lagi hari seterusnya. Dan hari-hari seterusnya. Hingga adakala beliau pengsan ketika disebat. Disebat di tapak kaki hingga pecah-pecah dan luka kakinya. Dengan tapak kaki yang luka itu, dipaksa pula beliau melompat. Kemudian dicampak pula beliau ke dalam bekas yang dipenuhi air. Bayangkan luka-luka seluruh tubuh terkena air.
Hampir-hampir beliau dirogol namun kuasa Allah menyelamatkannya.
Itulah secebis dari penderitaan fizikal yang Zainab hadapi. Namun ia tetap tidak melemahkan semangatnya, tidak membuatkan emosinya tunduk. Beliau ditawarkan untuk dibebaskan sekiranya beliau membuat keterangan palsu terhadap sahabat-sahabat dakwahnya, namun beliau menolak.
Seksaan fizikal dan mental tidak merubah pendiriannya mendukung agama. Kerana dia seorang wanita.
Ukhti 1
Allah mentakdirkan sy mengenali peribadi beliau, menonton pegangannya dari jauh, mengutip mutiara-mutiara pengalamannya sebagai bekalan perjalanan. Beliau yang saya kenali, begitu keras dalam mengutarakan pendapat, berani menyuarakan kelemahan-kelemahan sistem dan program, cergas menyampaikan idea-idea baru, bernas dan adakala radikal.
Kerana sikapnya ini, adakala beliau tidak disenangi oleh rakan-rakan yang lain, mungkin kebanyakannya yang tidak memahami fikrah Islam ini sejelasnya. Beliau sedar akan hal itu, namun beliau tidak pernah berganjak dari pendiriannya. Ya kebenaran itu pahit, walau diluah atau ditelan.
Allah mentakdirkan beberapa siri kemalangan dan dugaan yang menimpa beliau, untuk saya menyaksikan kekuatan jiwa beliau. Walau dengan bertongkat tidak menjadi alasan untuk beliau tidak hadir ke mesyuarat dan program-program agama. Maka apabila seorang wanita, yang bertongkat, memilih untuk ke program agama berbanding berehat di rumah, apa lagi alasan yang kita ada wahai lelaki-lelaki gagah perkasa?
Beliau pernah berada di persimpangan pilihan untuk meneruskan cita-cita dan masa depannya. Akhirnya beliau membuat pilihan yang paling memanfaatkan dakwah walaupun kurang bermanfaat untuk cita-citanya. Betapa tabah hatinya mendukung agama ini, kerana dia seorang wanita.
Ukhti 2
Allah mentakdirkan saya belajar di kawasan yang dipenuhi wanita-wanita hebat. Hebat akhlak dan budinya, tabah jiwa dan emosinya. Mereka mendukung antara satu sama lain menghadapi segala dugaan. Mereka berkongsi bahu dengan tangisan, dan berkongsi air mata dengan doa.
Tidak semua orang senang dengan wanita-wanita ini, atas pelbagai sebab. Saya juga pernah menyaksikan mereka menghadapi zaman-zaman tribulasi akibat salah faham yang hebat, dan menyaksikan air-air mata mereka berjujuran demi dakwah ini.
Mengenali mereka menjadi hujah yang kuat bagi saya, bahawa tidak ada sebarang alasan bagi wanita terkecuali untuk berjuang bersama-sama lelaki dalam menegakkan agama ini. Bahkan mereka membuktikan, dalam sesetengah hal, sebenarnya mereka lebih jauh ke hadapan berbanding lelaki-lelaki yang berjiwa manja. Mereka tidak kisah dibenci manusia, kerana mereka seorang wanita.


Ada begitu banyak lagi kisah yang tersimpan sebenarnya, di dalam kehidupan wanita-wanita yang mendukung dakwah dan risalah ini, namun saya rasakan bukan saya orang yang paling layak mengulasnya. Mereka setia dengan tudung di negara asing, walau ramai mata yang memandang pelik. Mereka setia dengan pakaian menutup aurat meskipun di negara yang penuh dengan fesyen yang menggoda. Mereka terus melabuhkan pakaian walaupun dalam cuaca musim panas yang ada ketika mencecah 37 darjah celcius.
Saya akui hingga kini, saya tidak pernah boleh memahami mereka. Saya tidak boleh memahami bagaimana jiwa mereka boleh menjadi sebegitu kental menghadapi dunia yang kian menghentam pendirian mereka.
Dan semestinya awak, wanita-wanita yang membaca, lebih memahaminya. Saya doakan awak terus tabah dan kental mencatit lembaran sejarah dakwah dengan air mata dan darah.
Dan untuk awak, yang seperti saya tidak memahami wanita-wanita ini, marilah bersama-sama mereka menyusuri jalan dakwah ini. Di sana awak akan bertemu lautan wanita-wanita berjiwa besi, dalam kelembutan dan kesopanan kata-katanya tersimpan ketegasan yang mampu menggegarkan dunia.
Dan untuk lelaki-lelaki pula, mari kita muhasabah dan ukur nilai diri, di samping wanita-wanita ini.
Salam sakinah~
credit and sykran ukht azzaiyat

Sunday, February 10, 2013

Kita di pihak yang mana satu??

Assalamualaikum...sahabt fillah sekalian.Alhamdulillah kampen GAZA & SYRIA we are together with you berjalan dengan jayanya..
Syukran kpada sahabt2 yang menjayakan dan peduli tentang saudara2 kita di syria dan palestin..setiap sumbangan kalian  insyaAllah akan di nilai di sana nnti.. :) semoga hamasah kita terus berkekalan..jom tajdid iman kita...aiwah2...

BOIKOT...

Kita dipihak yang mana satu?
Adakah selama ini kita faham kenapa perlu boikot ?
Yang memboikot adakah kita memboikot dengan kefahaman?
yang diboikot, adakah kita sudah cuba untuk memahami?
Boikot, tapi dengan berhujah dan berakhlak.bukan dengan nafsu..
Boikot bukan kerana kita tak mahu mereka maju tetapi kerana kita tak rela agama kita di persenda & dicampuradukkan dengan benda-benda maksiat.
sudah tau sejarah kempen boikot di Malaysia? SINI

ISLAM itu INDAH jangan sesekali anggap & jadikan ISLAM itu REMEH!

Diriwayatkan daripada Hazrat Anas R.A.bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W.bersabda,

LAILAHAILLALLAH sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan2 kan haknya.”Para sahabat R.Anhum. bertanya,”Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?Nabi S.A.W.menjawab,”Apabila perbuatan2 maksiat kepada Allah SWT berterang-terangan dan maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah.”(dipetik dari kitab at-Targhib,hadis riwayat al-Asbahani)



boikot bukan bermusim

selagi syarikat syarikat ini (mcd,coca cola,loreal dll) masih menyumbang dana kepada zionis,selagi itu kita masih mengekalkan boikot.semoga istiqomah.

save gaza save syria!


Saturday, January 26, 2013

: MONOLOG dr RAHIM...::


teringat kata2 ustaz, Ambang tahun baru,semua seronok2 tunggu nnti bln 6,7,8 apa yg akan berlaku...

inilah yang akn berlaku...
:: MONOLOG dr RAHIM...::

Wahai manusia yg sudi mendengar,
tahukah engkau bgaimana rasanya dikandung oleh seorg ibu yg mmbnci kandunganya?
Apakah rasa brnyawa di dlm rahim perempuan yg sedang berkira2 utk MEMBUNUH anknya?
Apakah rasanya terbntuk dpd DOSA PERZINAAN yg jelek?
Apakah rasanya menjadi bayi yg dinafikan keturunanya?

Aku telah dikeji sejak di dlm kandungan,
Aku telah dihna sejak manusia mngtahui kewujudanku,
Hanya Allah yg Maha mngtahui betapa takutnya aku utk lahir ke bumi...

Akan adakah mansia yg menYAYANGIku?
Akan adakh insan yg mLINDUNGIku?
Akan adakah manusia yg akan mengAZAN n mengIQAMATknku?

Aku tak bersalah....
Salahkah aku utk mendengar suara Agung Azan n Iqamah?

Aku TETAP lahir juga,TETAPI lahirku TAK SAMA gn kwn2ku yg lain...
mereka di SAMBUT...sedang Aku amat TAKUT...
Mereka di HIAS pakain baru yg comel...sedang Aku di BUNGKUS dgn PLASTIK HITAM..

TOLONGLAH manusia!!!
Aku kelemasan dlm ruang yg gelap ini,
Aku amat sejuk,
Aku kehauan,
Aku lapar,
Aku takut,
Aku keseorangan...

Memang beginikah dunia ini???
Wahai Allah,, ambillah aku kembali...
Biarkn aku pulang ke hadratMu Ya Allah...
Aku x sanggu tiggal disini,
menanggung dosa perempuan yg TAK akn sekali2 Ku panggil ibu...
menanggung dosa lelaki yg aku HARAMkn lidahku memanggilnya ayah..

Aku ingn pulang Ya Allah...
kasihanilah aku,
Wahai Allah yg Maha Mengasihani,

kepada yg sudi membaca n mendengar kutitipkan KATA2 ini,
seblum alam yg mnyeksa ini ku tinggalkan,
jdikanlah diri kalian PEMBELA n PELINDUNG,
PENYEAMAT n RAHMAT semua lapisan umatt...
JANGAN biarkan rama ilg snasib denganku Yg terlau PENAT n SUKAr utk ditanggung oleh insan selemah aku...
yang terlau PERIT n BERAT ut dipikul oleh bayi kerdil seperti aku.
Tegakkanlah AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR....

:: nukilan ini dr Ustazah norhafizah musa di IKIM...
p/S dr sahabat utk sahabt...
-wahai kaum muslimah yg sangat disayngi jagalah maruahmu...
-Madu itu maruah seoarang wanita. Yg sememangnya maruah wanita muslimah itu SANGATLAH cantik. Jangan kau berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kau berikan madumu itu.
-Duhai muslimah sayang…Muslimin juga lemah andai dirimu tidak kuat…
Kuatlah dirimu menepis rayuan dan permintaan yang tersembunyi laknat Tuhan...
Pintu zina itu sentiasa terbuka andai kalian sedikit alpa...


Wednesday, January 23, 2013

salam maulidur Rasul....


 terkesan dengan catatan dr ;Hilal Asyraf,
Apa yang menyedihkan adalah apabila kita bagai nak rak menyambut birthday Rasulullah SAW dengan pelbagai acara, tetapi pempraktisan ajaran baginda Rasulullah SAW itu tidak kita laksanakan pun dalam kehidupan kita. Kadangkala, maulidur Rasul itu kita layan seperti adat turun temurun. 12 RabiulAwwal, cuti, program Rasul. Masuk Bulan RabiulAwwal, mesti sebut fasal Rasulullah SAW. Habis sahaja bulan RabiulAwwal, Rasulullah SAW pun habis. Ini adalah penyakit.
Kita bukannya menyambut Maulidur Rasul untuk mengingati baginda pada hari tertentu, pada bulan tertentu semata-mata. Namun kita mahu menjadikan Maulidur Rasul sebagai checkpoint, agar kita boleh terus menerus mencintai baginda untuk hari-hari seterusnya, sambil menyebar luas ajaran baginda.
Tetapi apakah itu yang kita usahakan?
renung2kan kmbali...



Makna Sebenar Mencintai Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalangan kamu selagi mana aku ini tidak dicintai olehnya melebihi anak-anaknya, ibu bapanya, dan seluruh manusia di atas dunia.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maka apakah makna cinta kepada Rasulullah SAW?
Ketika Rasulullah SAW wafat, para sahabat gempar dan merasakan dunia seakan-akan telah tamat. Umar RA mengembarkan pedang di tengah jalan, dan melaung: “Barangsiapa yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat, maka akan aku cantas kepalanya!” Dan ada beberapa para sahabat yang menutup pintu, bermuram durja, sedih teramat sangat dengan pemergian baginda.
Namun Abu Bakr RA ketika itu, menghentikan tangisannya dan berkata: “Wahai Rasulullah SAW, andai air mata ini ada gunanya buat dikau, maka aku akan menangis hingga kering.” Kemudian dia keluar menenangkan ummat, dan melaung: “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” Surah Ali Imran ayat 144.
Kemudian Abu Bakr dipilih menyandang jawatan Khalifah yang pertama, seterusnya bergerak memperkasakan kerajaan Islam ketika itu, dan menyebarkannya.
Itulah dia cinta yang tertinggi. Meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Bukan mudah, apabila orang yang sangat kita cinta, hormati, sayangi, mati. Banyak gerakan di dunia ini, apabila mati Sang Ketua, runtuhlah kumpulannya. Namun Abu Bakr RA menunjukkan ‘cinta yang sebenar’ antara dia dengan Rasulullah SAW. Dia menunjukkan apa yang Rasulullah SAW mahu pada ummat ini. Itulah dia meneruskan perjuangan baginda. Tidak hairanlah, Rasulullah SAW sangat mengasihi Abu Bakr.
“Sesungguhnya manusia yang paling mententeramkan atas diriku di dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar, dan jikalau aku mengambil seorang kekasih selain Tuhanku, nescaya Abu Bakarlah yang aku ambil sebagai kekasih, namun dia adalah saudaraku dan sahabatku.” Hadith Riwayat Bukhari.
Maka bagaimana kita dengan Rasulullah SAW?
Apa yang kita buat sebagai bukti cinta yang sebenar-benar cinta kepada baginda?


Umatku yang paling hebat , adalah Mereka yang beriman denganku walaupun tidak pernah melihat wajahku '

Allahu Allah ~ 
aku merinduimu .Kasih sayangmu tiada Ganti :') 

::hari kelahiranmu , Mengundang Rindu dihatiku :: ♥A

LISTEN..LISTEN..LISTEN...



Bismillahhirrahmanirrahim....Alhamdulillah selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad SAW..:)اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

cuty sem hari tu, fenomena listen..listen..listen...ad ke? huhuu apa2 jelah...
just nak share pandangan, tak kisahla kita ni orang hebat, terhormat,dato' or datin..tapi kita kna juga hormat pndangan n pendapat seseorang...asif, ayat agak kasar sikit...
cuma tak berapa berkenan dgn cara yg disampaikan oleh k.pah tu...Nabi Muhammad as sebaik2 contoh yg kita blh ikuti...

Sebab turun surah al-Mujaadilah/Mujaadalah ; seorg perempuan biasa mengadu dan komen panjang lebar tentang masalah yg dia hadapi. Rasulullah s.a.w mendengar dgn teliti....dengar....dengar...dengar....sehingga perempuan itu habis bercakap. Allahumma solli 'ala Muhammad...he was a very good listener. Amalkan sunnah 'good listener' kpd sesiapa sahaja...kpd isteri, kpd anak2, kpd murid, kpd staf dll.... Jgn amal perangai Firaun yg tak nak pandangan org & tenggelam dlm perasaan hanya dirinya yg betul sedangkan ia bergelumang dlm najis jahiliah.

ok..itu je..x nk story pnjang2..



last perkongsian.."Saya pernah digantung Universiti Selama Setahun, bukan kerana menonton Video Lucah. Ahh Sejarah. Tetapi saya tidak pernah menyesal dengan Sejarah kerana apa yang saya lalui itulah membentuk siapa diri saya sekarang." Amin Idris. Mantan Aktivis Mahasiswa...





ـ