Friday, July 29, 2011

SEJARAH KEMPEN BOIKOT DI MALAYSIA





Projek boycott ini dimulakan selepas tahun 2000 apabila berlaku Intifadah Al Aqsa. Ketika itu kami dalam JIM INTERNATIONAL dan PACE (Palestine Centre of Excellence) melancarkan kempen boycott 'Buy American Last'.

Kemudian apabila berlaku serangan 'Operation Cast lead ' atau 'Makraqat Furqan pada tahun 2008/2009 PACE/JIM INTERNATIONAL bersama COMPLETE Malaysia (sekarang Viva Palestina Malaysia) melancarkan pula campaign Boycott Israel atau memboikot mana-mana syarikat yang memberi bantuan kewangan kpd Israel.

Harus di ingat VPM atau Complete ketika itu disertai oleh lebih 80 NGO termasuki kumpulan Church dan Christian group. Setelah menimbangkan strategi yang berkesan maka 4 syarikat yang paling banyak menyumbang kpd Israel sehingga mendapat anugerah Friends of Israel disasarkan utk boycott secara khusus iaitu McD, Coke, Nestle dan Lo'real.




Boycott ini dibuat dgn kerjasama dari Inminds UK - sebuah inisiatif yang berpengkalan di UK dan digerakkan oleh warga British dan Swedish. Apabila Gaza di kepung pada tahun 2007 dan bermula 2010 kami consolidate effort membantu Palestin ini di bawah Aqsa Syarif maka kempen boikot ini diperhebat terutama selepas tragedi Mavi Marmara.

Kempen boycott yang dilancarkan oleh rakyat Amerika dan British di bwah BDS (Boycott, Divestment and Sanction) sangat berjaya sehingga menjejaskan syarikat Motorola, Caterpillar dan Alstom. Sokongan rakyat Amerika sendiri meningkat di mana ahli pertubuhan 'The US against occupation sekarang ialah 60 ribu orang.

Kenapa kami sasarkan kepada 4 terutama McD dan Coke ialah ia merupakan consumer goods yang dilanggan oleh semua orang. Tujuannya ialah untuk memberi impak optimum. Senarai boycott boleh dilihat dalam inminds.com dan banyak lagi syarkat lain spt Starbucks, Mark and Spencer dan sebagainya.

Secara individu kita memberi sokongan kpd boikot secara total dan kita berharap dgn mensasarkan 4 produk ini masyarakat akan lebih peka dan mula mengambil tahu apakah barangan lain yang boleh di boikot dlm kemampuan kita. Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif sedang menimbang untuk melebarkan senarai boycott kpd syarkat lain yang telah dipastikan membantu israel spt Marks and Spencer.

Mohon kepada semua agar memahami isu boikot ini secara mendalam kerana kita bukan boikot syarikat milik Yahudi tetapi syarikat yang menyokong Zionis Israel. Jika syarikat itu milik umat Islam dan menyokong Israel maka dia akan berada dlm senarai boikot juga.

Terima Kasih.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
ـ