Wednesday, November 30, 2011

:(HidayahMu.....


Assalamualaikum buat teman utk ak mluahkan segala yg bersarang di hati ini...

duhai hati + iman apa khabar kalian hari ini?

kenapa dalam minggu nie fikiran nie sentiasa berlegar2 dgn persoalan?
persolan & persoalan....
hati ini tidak kuat ya Allah.....

Ya Rabbal Izzati...
Engkau telah menunjukkan kepada hambamu yang hina ini,
pelbagai ragam manusia
telatah mereka,
ada yang bersujuk kepadamu..
ada yang ingkar pada arahan n perintahMu,
TAPI...
engkau tidak terus menghukum mereka,
PERINGATAN n PERINGATAN dariMu Sering dikirimkan...
kerana apa?
supaya setiap Hambamu ini sedar akan kesalahanNya...

Ya Allah...................
Dgn nikmat mata yg Engkau Kurniakan pada hambamu inilah,
engkau telah mnjentik hati ini berfikir n melihat..
dgn mata inlah hambamu melihat hidayah yg engkau kurniakan pada sahabtku...
indah sngguh hidayahmu ya Allah...
air mata mnitis lagi,
Ya Allah...............
semOga sahabtku yang berubah kernaMu,
Di berikan kekuatan,
kesabaran
utuk terus istiqamah dlm agamaMu....
buat sahabt yang ku syang kerana Allah..setiap pesanan dariku selama ini,
hanyalah kecil...
yakinlah dgn janji Allah...:)



Thursday, November 10, 2011

11/11/11


Assalamualaikum warahmatullah wabarakutullah wa makfirOtah fiddunia wala akhirat..:)
salam sua kembali wat sahabat2 sekalian,khusus sekli wat Qolbi+Iman+Takwa 
yg sentiasa ad disisi,wat nikmat islam yg masih setia..amin insyaallah
Hrm~tarikh 11/11/11 apa makna yg cuba sakinah sampaikn yer?
tarikh penting ker?uhuhuh...
sakinah wat Title bLog 11/11/11 ni tak ad pun tarikh keramat mengenai tarikh tersebut,
Allah berikan idea utk d'kOngsikan bersama...
sakinah terdetik utk buat MaudU' 11/11 Ktika mndengar 'WARNA PAGI' b4 g kelas
Bagi pendengar radio IKIM mesti dah hafal kan..ehehe..:)
Topik pagi nie berkenaan tarik 11/11..
apa yg ad bg tarikh nie?
tak ad perkara pnting pun mngikut islam..cuma msyrkt mngnggp tarikh yg menarik..
knp menarik?
apa yg sakinah dengar,sebab tarikh ni mudah diingat..kan senang 11/11/11

bagi sakinah kita yang beragama islam bukn mnganggap tarikh ini mndatangkan tuah atau
sepecial bak kata orang putih..
kalau terlampau percaya,ditakuti blh terpesOng,

bagi sakinah sendiri tarikh ni cantik,coz jatuh pada hari jumaat..
hari bagi penghulu hari..
tapi tarikh tu tak penting,
yang penting kita tingkatkan ketakwaan kita padaNya..
jadikan tarikh ini mngkin satu penghijrahan bagi kita?
dari yg buruk kpd baik,
yang Baik kepada lebih baik,
insyaAllah...
dan hari ni plk hari jumaat,bnyak fadhilatnya nak wat penghijrahan..
dan esOk nak pegi kursus..
moga disana sakinah berOleh manfaat dan pengajaran.
tambahkan lagi ilmu kerana dri ini masih haus dgn ilmu Allah.
moga berOLeh Barakah dariNya..Lillhitaala yer..
ikhlaskan hati...:)

ok..tinta terakhir,
Jom tarbiah balik diri kita...
Tajdid balik iman kita..



*InsyaAllah andai ada yang blh sakinah kongsikan bersama antum semua lepas blk dari kursus nie,
sakinah akan cOretkan..
wassalam..
salam perjuangan buat antum semua...*_*



wassalam...


Friday, October 28, 2011

BACK TO KUIS 4 sEm2...

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nikmat utk terus bernafas di muka bumi ini,
dah dkt seminggu kembali blk untuk terus berjuang mencari ilmu Allah,dan dkt seminggu ni juga la blOg ni tersadai hihiii...asif yer,
hari Rabu..19 hb 10,bermulalah kehidupan sbgai pljar utk SEM2,
Alhamdulillah keputusan imtihan yang selama ni d'bmbngkan telah keluar..(15hb)
Alhamdulillah Allah mmberikan rezeki kpdku,(say Alhamdulillah)..
next sem perbaiki lagi keputusan utk dapatkan keputusan yg lebih Cemerlang OK!!

gambar tak ada motif..hee 

sEbenarnya x ad kisah yang menarik utk dikongsi,
cuma,cerita keadaan dan suasana belajar di KUIS nie..
hrm~skrg dah msk sem2,skjp jer kan?sem1 dh berakhir...
Alhamdulillah ada hikmah yg Allah berikan knp tak dpt mlnjutkan pljrn ke IPTA..
aku yakin janji Allah dan setiap perancangan yg Allah telah aturkan itu ada bukti dan mesej yang tersembunyi...
bagi aku sendiri,belajar di Kuis ni,ad keistimiwaan tersendiri.
frstly,ketenangan..WHY?
dkt sini lbih d'tknkn tntg TA'DIB..
semua org faham apa mksd Ta'dib itu sendiri kan...?
kemudian,dkt sini,byk masa terluang blh kita jlnkn ativiti utk kita lbh dkt kpdNya..



kekaburan..nak tengok cantik atau tak, meh datang KUIS..hee
pmndgn waktu mlm<_>
kelihatan masjid Al azhar...




pmndgn dari pankin menghala ke tasik kuis..nice

dan sekarang aku percaya pd apa yg abang aku prnh berithu b4 nie..
jgn menyesal bila x dpt lanjutkan ke IPTAbyk lagi jln yg Allah tlh aturkan
Sabar dan terima dgn ikhlas LILLAHITAALA...
apa pun SYUKRAN ya Akh..:)

Hrm~wat masa nie ini saja yg dpt aku dapat kisahkan dari hati aku sendiri,
InsyaAllah aku akn kisahkan lagi,
Akhir kalam Haiya fi FastabiQul khairat..:)

wassalam.....<3


Monday, October 10, 2011

Bingkisan buatmu duhai Tersayang..:^

Assalamualaikum....

hrm,tak sampai lagi seminggu dah nak balik ke KUIS semula,pantas masa berlalu..tik tok tik tok...huhu
blOg selama nie dah bersarang akhirnya dapat dibersihkan kembali..hehe
Alhamdulillah,syukur padaNya kerana masih lagi diberi nikmat untuk bernafas,
tapi paling penting nikmat iman dan islam..:)

masa dah menunjukkan jam 12.50a.m...huhu x nak plk mata ni terlelap,aish...
x pela,tapi pastikan sblm tidO,wat perkara yang tak terlaksana tadi yer...

masa terus berputar,
jam1.05 am jari jemari masih lagi terus menaip di keyboard,
pagi nie,ad satu bingkisan wat adikku yang aku kasihani kerna Allah.
ini bukanlah satu pantun,drama,sajak atau puitis,tapi
satu pesanan sebagai kakak utk adiknya,
tanda ingatan kasih dan sayang kepada adiknya.
walaupun bukan dari darah dagingku tapi kita masih sedara seislam 
yang masih memerlukan antara satu sama lain

sebelum akak meneruskan meluahkan persaan hati yang kerdil ini,
dengarkan lah bait-bait kata ikhlas utkmu..mungkin ini yang terakhir mmpu akak berikan utk 
adikku tersayang..
andai seseorang merasa setiap amanah yang diberikanya itu satu perkara yang ringan,
pasti semua senang menerimanya,
tapi jangalah engkau mengeluh wahai adikku,
kerna setiap amanah yang telah diberikan kepada kita adalah atas kehendakNya,
sama lah juga amanah kita sebagai khalifah di muka bumi ini..


duhai adikku tersayang,
jika adk mersakan terbeban dengan sikap-sikap insan disekelilingmu,
jika terluka dengan sikap dan tingak laku drpd insan disekelilingmu,
jika terpaksa menelan setiap kepahitan kata-kata drpd insan sekelilingmu.
terimalah,
kita tidak tahu,mungkin disebalik yang adik sangka bebanan itu adalah satu kesenangan.
disebalik tingkah laku mereka itu adalah kekuatan,
disebalik kata-kata  mereka yang pahit itu adalah kemanisan.
kerana akak sudah mersainya dahulu sebelum adik,
pahit,
perit,
sakit,
memang pedihhh....
TETAPI jangan pula,
jika mereka berikan kata-kata pahit,dilemparkan kpd nereka dengan benda yang sama,
tetapi berikanlah bunga kepada mereka (nasihat)
andainya terluka,
ingatlah janjiNya..


memang BERJUANG itu TERKORBAN..
kerna kita BERJUANG utk BERKORBAN.
duhai adikku sayang,
mungkin k.raja bukan org yang layak memberikan nasihat utkmu,
tetapi kita sebagai khalifah kena salin ingat mengingatkan..
akak sayang adik sangat2..
kita jarang berjumpa,selepas ni mungkin masing2 akan membawa haluan masing2.
mungkin kita akan bertemu lagi?tapi ingatlah akak sentiasa setia menanti utk bertemu denganmu lagi,
andai ini nasihat terakhir dari akak,
ingatlah setiap pesanan ini,
dan jika kita tidak berpeluang bertemu di dunia ini,
InsyaAllah kita bertemu di syuga firdausi...amin

sama2 kita saling mendoakan antara satu sama lain..
Akhir kalam dari akak,
Akak sayang adik sangat2 kerna Allah...Sungguh 
kerana setiap ukhuwah yg dibina atas namaNya, mmg manis..

wassalam...




...Syukran sahabat2ku:*-*

Assalamualaikum wbt..

ya Allah, ya Rabbi..sebaknya rasa di hatiku malam ini...terasa ingin menitis air mataku...ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..syukur ku padaMu tidak terkata lagi..alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat kurniaanMu padaku dari segala sudut hidupku....syukranlillah...

manisnya ukhuwah dapat kurasa..walaupun berjauhan, tapi di hati terasa dekat sekali....
wahai sahabatku, setelah ku nukilkan kata-kata buatmu, air mataku jua terasa ingin menitis, sebelum kau katakan begitu padaku...aku menyayangimu kerana Allah s.w.t

warkah buat sahabat-sahabatku yg dirindui selalu,

terbayang2 di mataku, wajah sahabat2ku yang disayangi kerana Allah s.w.t....
setiap langkah perjuangan yang kita lalui bersama-sama....
setiap saat kita tertawa bersama...
teringat waktu kita menangis bersama, kita bersedih bersama....
saat ku terjatuh, sahabat-sahabat membantuku...
saat ku terleka, kalian mengingatiku....
saat aku resah, kalian menenangkanku....



sungguh menyedarkan diriku erti persahabatan yang sejati....
yang tulus ikhlas kerana Allah...
kerana niat kita sama-sama cari redha Allah s.w.t......

semoga persahabatan ini diredhai, diberkati Allah...ukhwahfillah abadan abada...insyaAllah.

ya Allah sayangilah sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai padanya,
sayangi dia dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,

perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dengan kata2 sahaja..kerana Engkau punya segalanya yang aku tidak punya.kerana aku selalu ingin mereka menjadi sahabatku, di dunia, dan berharap bertemunya di syurga..AMIN,AMIN ya Rabbal A'lamin...


salam sayang:

Friday, October 7, 2011

--Trend'TAQRABU AZ-ZINA' sbelum nikah--

Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.



       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     



Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)



Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.


“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, 
“Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. 



Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 

Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: 
Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW, (عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)

*entri daripada ustazah fatimah syahra..syukran kak,
Alhamdulillah inilah jawapan yg ana selalu tertanya-tanya mengenai ikhtilat antara llaki dan wanita..
*semOga kita semua tajdid iman kita,


ـ