Saturday, October 23, 2010

Bait bait sajak Khas Buat teman2 di ASPURIJ...


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


*Maaf tak sempat setting tarikh dkt cmera,,

Sahabat,aku ingin....
Sahabat tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.




Serta Tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Marilah kita menyemai benih Hassan AL-Banna,          
fikrahnya jernih,menggegar dunia,                                             
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku ingn kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walau dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahnda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa mnjadi Syafaat
di Mahkhamah Mahsyar nanti....

Buat sahabatKu,AFIQAH dan SYIR Syukran jazakallah kerana banyak mmbatu raja ketika senang dan susah....
Kpd,Amiera,Nawal,t-cat,Azza...kalian adalah sahabatku Dunia dan Akhirat....RAJA SAYANG KORANG SEMUA...
hazy,murni,azmira,hafiza,maimun,syifa',te-ah,syamim,eita,no-d,fathin,mek,alya,sara
ukhuwah fillah abadan abada

banyak kenangan yg kita telah tempuh dr Form1-5 di hostl...semoga mnjadi kenangan terindah...


uhibbukum fillah

Nilai tudung Seorang muslimah


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.


Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!



Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.




Tudung di Luar dan Dalam
Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.


Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.


Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Sumber: Darul Nu'man

wanita Solehah buat mujahid..

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....



Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ibu dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...



"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

 ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatankepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."


(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

 Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) "


Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

 “Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.






Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

wassalam..

Amanah yg dipikul...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Setiap hamba dimuka bumi ini mmpunyai amanah yang harus dipikul,terkadang tidak mampu utk menampungnya,hanya Allah tempat mengadu...
Bagiku,amanah yg telah diberikan olehKu utk mnjaga adik2 di asrama sebagi exco yg dilantik memang berat..sebagai Biro Musolla,banyak yg aku perlu pelajari kerana ini bukan satu tanggungjawab yg remeh temah kerana aku telah diberikan amanah utk mnjaga Rumah Allah..mnjaga waktu solat pelajar muslimat,memberi pngisian dan tazkirah kepada mereka,menegur mereka jka membuat kesalahan,,,
terkadang hambamu ini mersa keletihan,tetapi Engkau masih mmberi kekuatan.pernah suatu hari ak hilang kesabaran kerana marah sangat terhadap segelintir pelajar yg tidak solat di Musolla,malam itu ak telah pun memberikan denda kpd merek,tp aku tak boleh salahkan mereka 100 peratus kerana mngkin kesilapan diriku kerana tidak membuat peraturan yg lebih ketat kepada mereka,,,ak buat semua ini ada ada sebab,mungkin adik2 kecil tidak mengerti knp diriku buat begitu kpd antunna semua...k.raja mnta maaf kepada adik2 di ASPURIJ dgn dnda yg k.raja berikan...k.raja buat ini semua kerana k.raja ada satu amanah yg perlu dipikul,jika tidak dilaksanakan dgn baik,di akhirat nanti pasti dipersoalkan ..Ya Allah Bantulah Hambamu ini utk terus memegang amanah ini dgn baik....


kuatkanlah hambamu utk berada dijalanMu...

DOA Ibu seperti DOA Nabi untuk Umatnya............

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



Ada Hadis yang menyatakan ,ibu yang mendoakan kebaikan dunia dan akhirat untuk anaknya,sama dengan Nabi yang mendoakan kebaikan untuk umatnya..Nabi Muhammad bersaba:

"Doa orang tua untuk anaknya sama dengan doa nabi untuk umatnya".(Hadis laporan ad-Dailami)

Quran menjelaskan pengalaman para nabi dalam menyebarkan agama islam.Ramai orang pada masa itu enggan mengikut petunjuk dan ajaran nabi,malah mereka menentang dan mengancam hendak membunuh para nabi dan rasul.Sewaktu para nabi berada dalam keadaan terdesak ataupun terperangkap ,mereka memohon dan mengadukan masalah kepada Allah dengan berDOA.Mereka meminta Allah memberikan pengajaran ataupun menurunkan azab kepada orang yang melampaui batas.Apabila para nabi memanjatkan Doa mereka pada,Allah pasti mendengar dan mengabulkanya.Dengan itu terjadilah kedahsyatan luar biasa daripada doa itu.

Contoh peristiwa Nabi Nuh pernah berdoa kepada Allah dngan sungguh2 dan memohon supaya beliau mampu mengalahkan kaumnya yang zalim.Nabi nuh berdakwah selama 950 tahun namun kaumnya masih enggan mengikutnya.Mereka tetap mengingkari semua ajaranya.Nabi Nuh berasa sedih dengan sikap kaumnya itu.Allah mengabulkan doa nabi nuh itu dengan menurunkan badai yang dahsyat,yang membinasakan kaum2nya.Nabi nuh dan beberapa orang pengikutnya sahaja yang berima sahaja yang selamat...
banyak lagi kisah2 benar tntang dahsyatnya doa2 nabi ini,,

Dalam Satu hadis,nabi menjelaskan perbezaan antara doa beliau dengan doa para nabi terdahulu,Nabi Muhammad tidak pernah mendoakan keburukan untuk umatnyadengan memohon azab menimpa mereka dengan segera.Sebaliknya,beliau mendoakan umatnya kelak memperoleh syafaatnya pada hari kiamat.Pada hari kiamat nanti,Nabi Muhammad berusaha mnyelamatkan semua umatnya daripada azab api neraka walauun iman mereka hanya sebesar biji sawi.

Abu Hurairah melaporkan ,Nabi Muhammad berkata:

"Allah pasti mengabulkan doa nabi yang mendoakan umatnya hanya dalam sekelip mata detapi aku menundakan kemakbulan doaku supaya ia menjadi syafaat utk umatku pada hari kiamat"(Hadis laporan Bukhari dan Muslim daripada Anas)

Apabila doa orang tua,baik ibu ataupun bapa disamakan dengan doa nabi untk umatnya,ini bererti doa orang
tua juga makbul.Apabila orang Tua reda kepada anaknya,tentu dia akan mendoakan kebaikan anaknya di dunia dan akhirat.Apabila orang tua tidak reda kepada anknya,dia mngkin mendoakan keburukan utk anaknya,sama seperti nabi memohon kepada Allah membinasakan kaumnya yg ingkar.

Seandainya orang tua memiliki ksh sayang yg mendalam kpd anknya,ia samalah seperi  ksh syng Nabi kpd umatnya.Dengan itu,tidak mngkin tidak mngkin ibu bapa mendoakan perkara2 yg burukn utk anaknya.Walaupun anak jahat dan kejam pada dirinya.(maaf agak kasar bahasa).Dia memohon Allah mmberikan keampunan dan petunjuk supaya anaknya mnjadi baik...


wassalam...

kisah Lucu Abu Nawas,,,,

                                                      بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Aku mencari Tidurku







Suadah beberapa hari Juha tidak boleh tidur malam maka pada suatu malam oleh kerana terlalu marah,dia pun keluar rumah berjalan2 di kawasan kampung seakan-akan mencari sesuatu.Tiba-tiba orang kampuung yang berkawal di tengah malam hari telah bertembung denganya seraya bertanya"Wahai Juha, apa yang kamu buat ni???..."

Jawab juha."Aku sedang mencari sesuatu."Mereka hairan lala bertanya lagi: "Apa pula yg kamu cari di malam2 buta begini.?"Jawab Juha tenang ; "Sebenarnya sudah beberapa malam aku tidak boleh tidur.
Sedarlah aku bahawa tidurku telah melarikan diri.Jadi aku sedang mencari-carinya sekarang ini minta dia pulang semula kepadaku.".............Hehe...


Friday, October 22, 2010

Al-Quran sbagai smbr rujukan...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


AL-QURAN Al-karim adalah kitab suci yang terakhir diturunkan Alllah dngan Perantaraan Malaikat jibril
kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai kunci dan kesimpulan dari isi semua kitab-kitab suci yang pernah
diturunkan Allah kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang diutus Allah sebelum Nabi Muhammad,
terdiri atas 6236 ayat..
Tersimpul di dalamnya ajaran semua Nabi dan Rasul,ajaran semua wali-wali Allah dan ahli-ahli fikir yang benar pndapat mereka.Ditolaknya semua ajaran agama yang salah,Ditolaknya semua pndapat2 dan filsafat2 yg salah,serta dibetulknya mana yg salah itu.
Tersimpul di dalamnya semua ajaran agama2 yg benar,yg pernah berkembang di muka bumi dr dulu smpi sekarang ini,mnjadi satu Agama yg kekal abadi.
Inilah dianya ADDINUL ISLAM......................


wassalam..


Alhamdulillah...


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Assalamualaikum....alhamdulillah,syukur kepada yg maha Esa,dgn limpah dan kurniaNya dapat juga  mnghasilkan Blog ini..... tertarik dgn pnghasilan BLOG dari seorang sahabat yg cukup indah,,dan menarik.
SemOga shabatku ini dapat terus menegakkan Syiar Islam di muka bumi ini....InsyaAllah...
kepada semua teman dan sahabat Fillah,ingatlah kalian semua,kita diciptakan di muka bumi ini untuk Beribadah kepadaNya kerana HIDUP ini merupakan IBADAH..............
Semoga kita dapat berjuang menegakkan syiar islam,,,

wassalam...

ـ