Sunday, February 20, 2011

Cor@t-coret...jom baca...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum,,lama x update blog nie...huhu,Sementara tnggu result keluar,ddk rumah time cuti nie Smbil mndidik,,mcam2 penglaman dan pelajaran yang dapat dipelajari,Alhamdulillah ada sebuah cerita ringkas,nk kongsi dgn sOhibah2,

Seminnggu sebelum berakhirnya peperiksaan SPM(Sijil pelajaran Malaysia)iaitu pada pertngahan Disember,seorang anak muda meminta ibunya mencari pekerjaan. ibunya meninjau-ninjau premis perniagaan sekiranya memerlukan pekerja sambilan.Si anak bercadang mencari duit duit poket utuk persiapan ke IPT nanti.Si ibu berjaya mendapatkan perkajaan utk anaknya iaitu sebagai pelayan di sebuah hotel yang tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.
 Setiap hari anak muda itu berulan alik dengan bas.Dipesan si ibu,

"jangan tinggal solat walaupun sesibuk mana pun bekerja,lakukan setiap pekerjaan kerana Allah".

Suatu hari si anak di minta oleh pengusaha hotel tersebut utuk menyajikan minuman kepada pelanggan.Si anak terkejut seumur hidupnya dia belum pernah menyentuh minuman syaitan tersebut hatta memegang botolnya.Terketar2 dia hendak menungkatn minuman tersebut.Sepanjang tempoh kerja hatinya tidak tenteram.teringatkan dosa besar yang telah dilakukan kerana menyajikan minuman syaitan itu.
Teringat HADIS mengenai 10  orang yang di kutuk mengenai arak ketika dia belajar sbjek syariah islamiah dulu....Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:




“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]





Masuk NERAKA........
  keesokan paginya selepas solat subuh,anak muda itu menyambung tidur kembali.Puas di kejut ibu tetapi dia tetap berkeras tidak mahu bangun utk pergi berkerja seperti biasa.
   Si ibu mengejut lagi kerana tidak mahu dia kelewatan ke tempat kerja.Oleh kerna terlalu marah si ibu di marahinya,

"Ibu nak suruh saya masuk neraka,ibu tahu tak kerja yang saya buat itu haram?kerja pelayan itu bukan sahaja suruh saya hantar makanan tetapi saya kena hantar arak kepada pelanggan,mulai hari ini saya tak nak pergi kerja".

Si anak menyilimuti tubuhnya hingga kepala.Termanggu si ibu pagi itu.kepada si anak di biarkan tidur utk meredakan marahnya.

"Ampunkan hambamu ini Ya Allah,aku yang berslah,Aku tak tahu kerjanya akan begitu.Selamatkanlah Anakku dari bahan api nerkamu."
Doa si ibu dalam lelahan air mata ketika usai solat.
  
Kepada suami,si ibu menceritakan kejadian yang berlaku.Di pesan kepada si suami jangan berkeras dalam menegur si anak.Takut2 marah anak makin meluap dan menjadi pertengkaran pula.Malam itu selepas selesai solat berjemaah bersama,rutin harian yang biasa di lakukan keluarga tersebut,solat berjemaah bersama..Si ayah duduk di sebelah anak bujangnya itu dan bertanya khabar tentang pekerjaan barunya itu.walaupun si ayah sudah mengetahui apa yang berlaku.Si anak pun meluahkan seperti apa yang di beritahu si ibu petang tadi,cuma nadanya tidak setinggi pagi tadi

".Abang takut masuk neraka ayah,bayangkan ketika abang menuang minuman syaitan itu,tiba2 nyawa abang ditarik dalam keaddan memegang botol arak tersebut.Nauzubillah,abang tak dapat bayangkan."

Dosa BESAR
  Si ayah mengusap bahu anak,"Abang kalau masa itu kita beristighfar banyak2 dan tak mahu ulang lagi kerja itu,Allah pasti ampunkan kita.kerana si Allah yang maha pengampun terhadap hamba2Nya.Abang,kerja yang terlibat dengan arak memang berdosa besar,Abang pun sudah arif kan hal itu kan?"Tetapi abang tahu tak satu lagi dosa besar yang kalau kita buat akan jadi kita masuk neraka walau tak pegang arak??"
   Si anak menggelengkan kepala.Si anak makin tidak faham apa yang di sampaikan si ayah.Lalu si ayah membuka tafsir Al Quran dan membacakan sepotong ayat

"Tuhanmu telah memerintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang daripada kedua-duanya,atau kedua-duanya sekali ,sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkta kepada mereka sebarang perkataan kasar)seklipun perkataan 'ah',dan janganlah engkau menengking mereka ,tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang sopan santun)"......(al-isra':23)

"Melalui ayat ini Allah berfirman Allah tidak menyukai anak-anak yang menengking dan memandang hina pada ibu@ayah atau kedua2nya sekali yang telah bersusah payah membesarkan kita.Abang marah ibu pagi tadi.Ibu sedih sangat2.Tetapi ibu tetap sayangkan abang,ibu doakan abang jadi anak yang soleh.Abang mesti minta maaf pada ibu,kerana dosa meninggikan suara pada ibu lebih besar dosanya dari mengangkat segelas arak.Dosa mengankat arak kita boleh minta ampun pada Allah teapi dosa dengan manusia kena minta ampun dgn manusia.Abang fahamkan masuk ayah??".Allah tidak akan ampunkan dosa abang selagi ibu tidak ampunkan dosa abang.Abang masih ingat cerita tentang Al Qamah kan??".

jelas si ayah.Mata si anak sudah bergenang  dengan air jernih. Akhirnya sia nak menangis tersedu2,mendapatkan si ibu.



Begitulah kisahnya,cerita ringkas ini ak berkongsi untuk antum semua sebagai peringatan utk kita semua termasuk diriku yang selalu khilaf.Sesungguhnya benda ini banyak berlaku di kalangan remaja2 sekarang yg tidak mengambil berat soal derhka dgn ibu bapa.Rami ibu diherdik oleh anak2 kerana dituduh silap dalam mengatur kehidupan anak2.Tidak ada ibu atau ayah yang mahukan keburukan berlaku kepada anak2.

wassalam..

ـ