Friday, October 24, 2014

sudah cukup "cOuple HEART"


Cint♥ itu kehidupan-
ada orang berdakwah atas dasar posisi..ada orang berdakwah atas dasar terpaksa..ada orang berdakwah atas dasar mengaut harta..ada orang berdakwah atas dasar nama..ada orang berdakwah atas dasar gerak kerja semata..

namun, tak ramai yang menyeru umat manusia ke jalan kebenaran atas nama CINTA~

yang bermuarakan cinta kepada Allah SWT,cinta kepada RasulNya,cinta kepada kaum keluarga,cinta kepada masyarakat,

cinta akan membuahkan bahagia,tidak pernah menimbulkan tekanan di jiwa~

sebaliknya mengalirkan ketenangan di lubuk hati..

semuanya kerana cinta..tanpa cinta, manusia kemiskinan jiwa..

"..Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,"[QS;49:7]

dakwah itu cinta,

memastikan setiap hati terasa keindahannya..menjadikan nurani mudah tersentuh dengan kelembutannya..

bukanlah dakwah jika ia menyakiti jiwa..hingga akhirnya manusia meminggirkan agama~






uhibbukum fillah


MasyaAllah..sudah hmpir seminggu mninggalkan alam ASASI..
setelah tamat Final Exam..susah senang tidak lgi mnjadi ukuran sy kini..
cuma yg tinggal Tawakkal + Doa setelah berusaha berjihad mnuntut ilmu..
Alhamdulillah..bumi dimana sy rasa kn manisnya ukhwah..bumi dimana sy rasa kn indahnya persahabatan.ada hikmah mengapa Allah berikan peluang untuk sy menapakkan kaki di bumi itu..
hikmah yg sgt besar..hnya Allah mengetahui.
subhanAllah..


sedang yg lain sedih..yg lain pula merasa kedukaannya.
sedang yg lain gembira..yg lain pula rasa kemanisannya..
sedang yg lain dihina diperli..yg lain pula merasa sakitnya..
begitulah umpamanya ukhwah yg terbina di bumi mardhatillah.insyaAllah:)
sebegitu rindunnya sy pada kalian..UhibukaFillah Fi Mardhatillah.


"Sabda Rasulullah SAW:Perumpamaan orang mukmin dalam sayang menyayangi bagaikan anggota tubuh.apabila salah satu anggota tubuh sakit,anggota yg lain yg merasa sakitnya."

Teringat saat salah seorg dari kami sakit..ssungguhnya Allah mmberi ujian kepadanya..
tidak tahu kenapa..tetapi trasa hiba pada wktu yg sama..mungkin itu yg dikatakan..manisnya ukhwah..
Teringat jua saat saling salah faham antara sy dn salah seorg jua dr kami..
MasyaAllah.terasa begitu kehilangan dalam masa yg sama ego sngt mnggunung kalah gunung everest.
baru kini merasa.semuannya mninggalkan seribu kngn ukhwahfillah.


Bagai didikan sekolah agama di alam ASASI ini..Alhamdulillah.masih lagi berpeluang merasa usrah.ceramah tazkirah..
mgkn pada awalnya mrasa bkn lgi di skolah mhu smua ini..
ttpi lantas Allah tepiskan rasa yg tidak sharusnya dtg itu..bgitu baik Allah pada kita..saat diri bnyak berbuat dosa tp masih ada peluang untuk diri ini mmperbetulkannya..



subhannAllah.
bgitu erat.rapat Rasullulah menggambarkan hubungan ukhwah itu.

btulah kata org.dekat2 asyik nak bergaduh.tp dh jauh rasa kehilangan kwan2 sebaik-baik mereka..
jazakaAllah ya Allah..sy ada teman sebaik mereka..
tatkala air mata hampir jatuh ke bumi..ada insan yg menyapu air mata itu pergi.
tatkala sy tersungkur..ada insan yg mnghulurkan tangan mmbntu untuk banguh smula..
sungguh manisnya ukhwah Ya Allah..
skrg masing2 jauh..semua bertebaran berada di utara,,selatan.timur.barat..

Alhamdulillah..Engkau sentuh hatiku Ya Allah untuk membina ukhwah yg begitu manis ini..
SubhanAllah..terasa indah saat ukhwah ini terjalin..
InsyaAllah..selagi mampu akanku jaga ukhwah halawatul iman..
Allahuakbar...hnya Engkau mngetahui sejauh mana rasa bersyukur hambamu ini..

"Ukhwah itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujung.Dicipta untuk mengingatiNya.dibahagikan untuk cintaNya dan diratibkan untuk redhanya"

Sy belajar jugak erti berjemaah...setiap kesusahan psti ada jalan keluar..ini yg kami amalkan..ini yg kami terapkan..melakukan sesuatu bkn seorg diri..ttpi berjemaah..
tidak kira makan..bersukan..belajar tentu sudah pasti..keluar jalan2..tdor jga kdgkala..apabila sorg tdor.sdh pasti caj positif tdur berpindah kpda kwn yg lain..snyp sunyi.tdor smuannya.
kelakar bila diingat semula.
Tp disitulah titk permulaan ukhwah yg tiada akhirnya..sgt manis.sgt indah.


A lot of memories..
tak habis kalau diungkap satu persatu..tak habis kalau dicerita stu hari suntuk..
kerana:ukhwah kami juga tidak akan pernah jmpa jalan akhirnya..
InsyaAllah..till we meet in the Jannah..
UhibukaFillah..lillahi Ta'Alla.

Wednesday, April 9, 2014

Jangan bermain soal Cinta


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram diphone..(couple) Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami
semua.... 

Syeikh: Kamu suka dia?

Fulan: Ya syeikh.... 

Syeikh: Kamu suka tu suka-suka tau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?

Fulan: Ya syeikh... Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?

Fulan: Lepas belajar syeikh...dalam 3tahun lagi...

Syeikh: Jadi kenapa Kamu rosakkan dia? kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu,
bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?
bukankah cara itu lebih suci?




Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple,
wanita itu umpama air musta'mal.. ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan
untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh benda yang jijik dan sebagainya...
apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi
mereka percayakan al-quran...

sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,
tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan.. itu tandanya akal mereka sangat pendek...

nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka.... Bagi kamu, couple,
chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina.... dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....

jadi janganlah pandang remeh
perkara zina ini... sesungguhnya
ramai yang mati tanpa berzina
tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....
apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?


Note : Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita... ketahuilah bahawa kalian adalah
MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH !!! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk... memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....

fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga
mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...
Wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram, mereka tanpa segan silu
bergurau senda, dan sebagainya...
sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu

juga tidak dapat jaga diri mereka..
jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???
Lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu.. tolonglah.... korang ada akal kuat.. korang tak bodoh.... korang nak memusuhi Alllah dan rasul,itu hak korang...

tapi korang kena sedar, nanti korang pun akan ada anak perempuan, korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha... nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka
DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN
BAUNYA.....

InsyaAllah jangan
sampai nafsu mengawal akal biar
akal mengawal nafsu !. right?,,perkongsian





ـ