Friday, January 27, 2012

- 7 golongan yg mndapat naungan Allah

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

...السلام عليكم ورحمة الله
May ALLAH's peace, Mercy and Blessing Open you...

Pagi2 lagi dah sibuk nak post kan...eish2 klau dan tersadai mmg lama,
kesian btl,,betul kata sahabat2 ana,nak ad blog ni kena org yg rajin..
nak sentiasa update..ana nie seubulan sekali pun ssh kan,,x pela sekadar berkngsi dgn sahabat2 semua 
"قصة قلبي"
sebenarnya nak kngsi dgn semua satu tajuk mmg mnyntuh haty ana,apa tajuknya?
dkt atas sekali tu... ' 7 golongan yg mndapat naungan ALLAH'


sebelum ni memang pernah dgr,tp tak pernah rasa tersentuh mcm pg nie...
tazkirah subuh dekat msjid td...bila kita hayati dan dgr balik mngenai hadith nie mmg kita akan merasi kemanisannya,,
ok lah, sakinah dah cari hadis mngenai 7 golongan yang mndpt naungan ALLAH, sama2 kita fahami muhasabah blk diri kita, adkah kita trgolong dlm golongan ini ???

Di hari yg tiada naungan melainkan perlindungan Allah, terdapat 7 golongan manusia yg mndapat perlindungan hebat di pdg mahsyar .

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


sedikit Huraian :

1) Pemerintah yang adil

Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

2) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya

Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

Sesungguhnya terdapat hadith yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNya.

5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"

Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah

Inilah sifat muslim mu'min sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.


ok..wallahua'lam..
wassalam..:)


Thursday, January 26, 2012

< JOM tingkatkan iman....>

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum....
Ap khabar iman kita pd hari  ini? insyaAllah sama2 kita muhasabah diri dan perbaiki apa yg kurang utk pnmbah baikkan bersama..*_*
entry kali ni sakinah kngsi bersama para sahabat semua,macam mana nak tetapkan iman??
hrm~sebab sebagai manusia yg lemah,dan terbatas pngtahuannya
mesti kita semua x tahu thap keimann kita kan?
kerna namanya manusia pemikiranya sentiasa berubh2.
kadang2 ini,kadang2 itu..huhuu
samalah seperti iman kita juga..
kadang2 naik, kadang 2 turun ...
TAPI, kita sebagai manusia kna usaha agar keimnan dan ketaqwaaan kpd Allah SWT itu smkin bertmbh...
salah stunya,kita ikut sunnah Rasullah SAW yg tlh ditngglkn kpd kita,
Rasulluah sgt dkt dgn kita kan.. 
antara sunnah nabi yang kita msti amlakn..:)ada tujuh amln

frstly...TAHAJJUD kerana kmulian seorang mukmin terletak pada tahajjudnya

2 ) Mmbaca AL QURAN sblm terbit matahari. Algkh baiknya sblm mata mlihat dunia , sbaiknya mata mlihat AL QURAN dhulu dgn pnuh pmahaman...



3 ) JANGAN Tinggalkan MASJID terutama waktu subuh,bg rijal rajin2 kan diri..:) nisa' pula..erm~solat jemaah dirumah sblm kaki lngkah ke mana pun langkahkan ke masjid,kerana masjid merupakan pusat barakah.. tapi ingat,bukan kerana panggilan mu'azzin tp pnggilan kerna ALLAH yg mncari orang beriman utk mmkmurkan masjid Allah.

4 ) jaga SOLAT DHUHA kerna knci rezeki terletak pd solat dhuha..:)


5 ) jaga SEDEKAH stiap hari, Allah suka org yg bersedekah dan malaikat selu mndoakan kpd org yg bersedekah pd setiap hari..

6 ) jaga WUDHU' terus menerus krana Allah mnyayangi hambanNya yg berwudhu' .kata khalifah Ali bin Abi Talib " org yg slalu berwudhu ia akan merasa selalu solat walaupun ia tidak solat dan dijaga oleh malaikat dgn dua Doa.."ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah..."
*mudahkan kita nk didokan oleh malaikat,islam i2 mudah...^_^

7 ) amalkan ISTIGHFAR setiap saat,dgn istighfar masalah yg terjadi kerana dosa kita akn dijauhkan oleh Allah .zikir adlh buktikita brsyukpr kpd Allah ,zikir ni adlah maknan bg rohani kita..rohani kita pun kna bg makn juga,

wallahua'lam...:)
sekadar perkongsian bersama n moga bermaafat pada smua.
marilah kita amlkan dan hidupkan sunah Rasulluah..



Sunday, January 22, 2012

~La Tahzan, InnaAllahha ma'ana~


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



....السلام عليكم
salam sua kmbali,
bagaimana khabar iman hari ini....?... dan.. bagaimana dgn hati?
semoga Allah berikan ktetapan  pada hati ini,utk terus mnyesuri jalan dakwah ini..
hari2 yg mndatg lebih mmbuatkan diri ini kmbali berfikir...
mungkin sejak akhir2 ini hati ini terlu lagha dan byk mmbuat khilaf..
disebabkn itu mudah shaja syaitan2 mncroboh n mnusuk dgn jarum2 yg blh aku lalai...
Ya ALLAH bntulah hambamu ini, kuatkan lah diri ini..
hnstly aku tak tau apa yg ak cba smpaikn,tp haty ini sgt sedih...mngkin imthan tak lama lg bakal mnyusul,stress??wallahua'lam.tp.......
mlm td,terbaca msg shbt yg aku syg,  syg dia kerana Allah.
tahmid dan syukur hnya UntukNya mngkin bg ak,ini satu ptnjk yg Allah perlihatkan pd ak,knp selama ini shbtku  ini x cntct ,ak rasa ak dah tau jwpnnya,insyaAllah ak akn lbih mmhmi slps ini...
sedikit bingkisan buatmu jika kamu singgah ke blog ini


Andainya akh tahu..Apabila ana berkata ana mahu akh berubah, i2 bukan bermakna ana tidak mahu mnerima akh seadanya, tetapi ana mahu mnjadikan akh lebih baik, bukan utk ana, tetapi utk masa dpn akh.
Andai akh tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . kaum hawa itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang rijal itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya kaum hawa itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang kaum hawa dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. insyaAllah..

ok skrg Focus pd fnal exam:)
la tahzan...jgn biarkan lg syaitan2 msk ke dlm haty,mnjejaskan rasa  cinta kpd cinta yg SATU...ALLAH ana rindukan saat kita bercinta di  mlm hari,hnya engkau yg maha mndgr rayuan dari hambamu yg hina ini...

Ayat2cinta dr Allah:

 "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu baerdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."  ( Ali 'Imran :139) 
wassalam...






llki idaman sy..imamku..:)



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ




Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.

 kredit: sini


Saturday, January 21, 2012

rindu padamu....:'(


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Tidak dapat ku gambarkan 
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yg mmpu utk ku lafazkan  
Aku merinduimu......
Terasa amat jauh diri ini
kerana kau tiada disisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu
AYAH , IBU 
dr jauh ku pohon restu
DOAmu titian kejyaanku
Nasihat darimu ku ingat sellu
semat di kalbu....
Ya Allah,
berkatilah ku dalm mncari ilmu n 
bakal imtihan yg bakal ku duduki bbrpa hari lg
Dgn RedhaMu
Moga ku jejaki tmpat yg dituju...
Najah dlm imtihan...

*Mood : rndu ayah n ibu,
huhuhuuu tenang kan diri,moga Allah permudahkan urusan,insyaAllah




Thursday, January 19, 2012

Ya ALLAH kuatkan hati ini ya Allah....

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum...

salam sua kembali,Alhamdulillah mid term baru selesai,carry mark baru keluar...Apa2 pun tahmid dan syukur kepadanya,mungkin keputusan yang kita harapkan tak melepasi target yg disasarkan,
tapi syukur kerana masih blh diperbaiki dan ditingkatkan lagi utk final nnti wat target ok..

dalam minggu nie,ujian yang mendatang sangat menguji...
kesihatan yang tak mengizinkan,
rindu dkt ibu,ayah, adik2 yang TERSAYANG SANGAT2..huhuhuuuu

Sahabat yang ana sayang kerana Allah,
asifni...
ujian mu sangat mengujji kekuatan hambamu yang lemah ini,,
tapi...
bila kita muhasabah balik diri kita,,
fikir balik tentang yang berlaku pada diri kita,
tanya balik diri kita,
kenapa Allah uji aku?
.............ALLAH SAYANG dekat kamu wahai diri 
kamu x rasai ke?
:(

wahai hati kuatlah....
jangan pernah mengalah...
musuh2 kamu sentiasa cuba utk melemahkan dirimu,,
jangan pernah LARI dariNya...
selangkah kamu melangkah pergi,kamu akan rugi...
teuskan berjihad di jalan Allah,selagi roh x terpisah dari jasad,

:....:
LA TAHZAN,,doakan yg terbaik untuknya




Sunday, January 15, 2012

:: pesanan dari Ayah ::

Anak-anakku yang dikasihi!

Hidup di dunia ini perlu ilmu syariat, perlu ilmu dunia di dalam semua perkara
Syariat sebagai disiplin kerja, ilmu dunia sebagai teknik dan cara bekerja
Alangkah indahnya wahai anak-anakku kemajuan dunia itu jadi ibadah,
ibadah itu jadi kemajuan dunia
Akhirat kita utamakan, dunia tidak diabaikan
Dunia kita maju, Akhirat pula kita dapat kebahagiaan dan keselamatan kekal abadi

Wahai anak-anak ayah yang yang dicintai!

Perlu diingatkan di sini orang yang lebih malang lagi ialah di dunia tidak maju,
usaha itu pula tidak jadi ibadah
Hendak buru kemajuan dan kekayaan di dunia sudah gagal,
usaha itu tidak diberi pahala pula kerana ia tidak jadi ibadah kerana ternafi syarat-syaratnya
Kalau orang yang mengusahanya tidak maju,
tapi usahanya itu disiplin syariat masih untung iaitu mendapat pahala di Akhirat kerana usahanya itu jadi ibadah

Wahai anak-anak buah hatiku!

Hidup di dunia ini tidak lama, sementara waktu kerana hendak mencari keredhaan Tuhan tidak mengapa sedikit mendapat kesusahan
Ia tidak berkekalan, sementara sahaja, demi untuk kesenangan dan kebahagiaan berkekalan dan berpanjangan
Kalaupun kita mendapat kesenangan di dunia tapi bukan keredhaan Tuhan,
berapa lama sangatlah kesenangan itu?
Paling lama 50 tahun selepas itu mati masuk Neraka penderitaannya selama-lamanya apalah ertinya?!

Wahai anak-anakku

 berhati-hatilah hidup di dunia ini yang sementara waktu ini
jangan sampai tertipu
Janganlah hidup yang sementara ini melalaikan kita, di Akhirat masuk Neraka
Nanti di sana penyesalannya tidak berkesudahan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Janganlah korbankan kepentingan Akhirat kerana kepentingan dunia yang sedikit,
yang sementara, yang tidak lama
Nisbah hidup di dunia dengan Akhirat hanya sekadar setengah jam, satu jam atau 20 minit
Apakah hendak pertahankan hidup 1 jam kemudian masuk Neraka yang begitu lama, sepanjang masa?

Fikirlah baik-baik anak-anakku
Jangan pula kerana nafsu, kita jadi bod*h hingga tidak boleh berfikir secara normal, melulu, dungu
Utamakanlah hidup yang kekal abadi dan hakiki!
Berpandangan jauhlah kita, jangan berfikiran sempit sekadar dunia sahaja
yang sementara waktu

Anak-anakku, buah hatiku, asetku, aset agama, bangsa dan negara!

Kalau kita tahu betapa berharganya diri kita, jika dijaga,
maka faedahnya merata seluruh dunia
Betapa besar pahalanya jika kita gunakan untuk Tuhan
sekaligus berguna kepada manusia
Jika kita sia-siakan hanya untuk diri kita semata-mata, amat malangnya
Itu pun belum pasti lagi, boleh jadi merosakkan dan membahayakan diri kita dan semuanya
Kerana ukuran kita adalah nafsu yang melulu, buta, masa depan tidak diambil kira
Pepatah Melayu kan ada berkata: “Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.”

Anak-anakku!

Mengapa kita tidak jadikan pengajaran apa yang berlaku kepada manusia yang mengikut nafsu setiap masa?
Ikut nafsu inginkan bahagia, yang terjadi celaka
Lihatlah media-massa memaparkan macam-macam kejadian yang mengerikan dan mencelakan, padahal asalnya hendakkan bahagia
Kalau tidak sempat melihat Al Quran dan Hadis cerita penderitaan Neraka orang yang ikut nafsu,
melihat kejadian setiap hari pun sudah menginsafkan kita kalau mahu mengambil pelajaran
Mengapa setiap kejadian setiap hari tidak dijadikan pengajaran?!
Apakah setelah kita mendapat kecelakaan baru menerima pengajaran?
Setelah patah kaki, sesudah lumpuh, setelah cacat, baru insaf!
Apakah setelah diri tidak ada harga, setelah manusia benci,
setelah diri tidak berguna baru mahu sedar?

Betul insaf secara itu ada juga baiknya dari tidak insaf, tapi di dunia sudah tidak ada harga dan berguna, orang sudah tidak percaya, badan sudah merana
Bukankah lebih baik diri kita berguna di dunia dan di Akhirat bahagia?!
Mungkin ada di kalangan anak-anakku berfikir mati lambat lagi, ke Akhirat jauh lagi, masa muda ini enjoy-enjoy dahululah
Setelah tua barulah kita bertaubat!

Anak-anakku
 jangan menipu diri, bila kita berjanji dengan Tuhan setelah tua baru mati?!
Mati bila-bila masa berlaku, bila-bila masa terjadi, di waktu bayi, kanak-kanak,
di masa muda dan dewasa, tua atau tua bangka
Alangkah malangnya jika mati di waktu muda sedang lalai dan lupa, bila hendak taubat?

Alangkah celakanya mati di dalam dosa, Nerakalah tempatnya




*Love you ayah <3



ـ