Saturday, March 12, 2011

Buatmu yang bergelar kaum HAWA....

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

P/S:Hayatilah,ia juga sebagai peringatan kpd diri sendiri


Friday, March 11, 2011

Tak kenal maka tak BENCI...............

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum...salam sua kembali,erm..kali nie sakinah nak kongsi sesuatu kpd antum semua,tapi sebelum tu sakinah nak antum tanya pd diri antum sendiri,"adakah spanjang hidup nie aku mmpunyai musuh???"erm sudah ada jawapanya??Thoib..kalau antum semua cakap sepanjang hidup nie antum semua tidak ada musuh,antum semua salah..kita semua mmpunyai musuh yang kita sendiri tak nampak.mesti pelik kan knpa tajuk sakinah Tak kenal maka tak BENCI??.Ini lah yang ana nak kongsikan bersama,kalau antum tak kenal siapa dia nie,maka antum tak kan benci dia...nak tau siapa??erm ia adalah,Syaitan laknatullah.....

ana nk cerita mengenai Biografi musuh kita yang nyata...

DARIPADA ABID KEPADA PENDERHAKA
    Dari mana asal usul syaitan,makhluk terkutuk yang telah menghuru-harakan kehidupan manusia di muka bumi ini?Sebelum mengetahui asal-usul syaitan,mari kita siasat dulu asal-usul iblis laknatullah kerana dialah raja segala syaitan.kalau iblis laknatullah tak wujud,maka tak timbullah gelaran syaitan.
iblis laknatullah ni datang dari golongan jin.Dari suku sakat jin,lahirlah seekor jin yang kemudiannya di kenali nama iblis laknatullah.Jin pula adalah keturunan@ anak cucu kpd Jann,satu makhluk yg dijadikan oleh Allah dripada api yang sangat panas.Jadi kalau Nabi Adam a.s adalah bapa bagi sekalian manusia,maka Jann pula adalah bapa bagi segala jin termasuk iblis laknatullah.Cuma asal kejadian jin pula dari api.
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat:

"Sujudlah kamu kepada Adam"maka sujudlah mereka kecuali iblis.Dia adlah dr golongan jin..."  (Al-Kahfi:50)

Istilah jin berasal dr kata janna,yajunnu,jannan-menutupi,menyembunyikan,mnjadi gelap merahsiakan @melindungi.Menurut pengertiannya pula,jin merupakan mkhluk halus yg tidak dapat diimbas oleh pacaindera biasa.Jin dpt melihat manusia ttapi manusia tidak dpt mlihat jin dlm bntuk aslnya.
Iblis laknatullah asalnya bernama AZAZIL.Percaya tak,Azazil ni sgat kuat beribadah kpd Allah.kira bertaraf ahli ibdah la(abid) dan ibadahnya boleh di samakan dgn ibadah para malaikat.Dia bukan calang2 mkhluk.mlngnya slps Allah jadikan Nabi Adam a.s,Azazil mula berubah sikap dan perangai.Drpd mkhluk yg sgt taat,Azazil brtukr mnjadi sgt derhaka.Azazil tidak mahu patuh kpd prntah Allah agar mnghormati Nabi Adam a.s.Allah mnyuruh dia dan para malaikat sujud kpd Nabi Adam a.s sbgai tanda hormat,ttpi dia mmbangkang.sedangkan semua malaikat patuh.

AZAZIL MENGUKUR MARTABAT KEMULIAN ITU BERDASARKAN  SIFAT KEJADIAN

 "Apakah aku akan sujud kpd orang yang Engkau ciptakan drpd tanah?"

katanya kpd Allah.Dia merasakan dirinyalebih mulia drpd Nabi Adam kerana dia diciota drpd api.dirinya dipengaruhi hasutan dan hasad dngki.
Perlantikan Nabi Adam a.s sebagai khlifah di muka bumi juga telah mnambah sifat dngki Azazil kpd Adam.Apabila Allah mmberirtahu malaikat,

"Sesungguhnya aku hndak jadiakn seorang khalifah di bumi" (Surah-Baqarah,30)


Azazil menyangkakan dialah yang pling layak.Azazil mersakan dirinya hebat kerana walaupun dia drpd bngsa jin yg mmpnyai nafsu,ibadahnya mngatasi ibadah para malaikat yang Allah tidak kurniakan nafsu.Lebih2 lagi mnurut satu riwayat,bngsa jin tlah tinggal melata di seluruh pelosok muka bumi lama sblm Nabi Adam a.s. diturnkan dibumi.Jadi sangka Azazil,kalau Allah hndak jdikan khalifah di bumi tntulah dia yg akan terpilih.

Tetapi ternyatalah Azazil silap,Allah lbih tahu apa yg terbaik,kerana Dialah yg mncipta sekalian makhluk.Allah pilih Adam,bukan Azazil.Lalu Azazil sakit hati n dngki.Celakalah Azazil!!Di sebabkan dngki,sombong n ingkar,dia tlah dikutuk oleh Allah.Sudah mndapat kutukan drpd Allah ,dia bukan bertambah insaf tapi bertambah kufur n derhaka.Malah dia juga telah berputus asa dr rahmat Allah.Bukanlah sifat hamba jika putus asa dr rahmat Allah..SEjak itulah namanya ditukur kpd iblis.perkataan iblis ini berasal drpd balasa,ertinya "putus asa".Jadi iblis ini mndapat namanya kerana sifatnya yg putus asa akn rahmat n kasih sayang Allah.
Begitulah asal usul iblis laknatullah............
Qisah Qalbi..

ـ