Thursday, May 24, 2012

اهلا وسهلا يا شهر رجب



Assalamualaikum wa salam sayyidul ayyam utk semua....



Alhamdulillah diberi kesempatan utk bertemu pd bulan nie...apa ye kelebihan di bulan Rejab nie??insyaAllah entri kali nie mngenai kelebihan di bulan rejab utk dikngsikan kpd semua..:)

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam


Allah berfirman, 
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (iaitu SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (iaitu SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (iaitu SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.


"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” ( At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

InsyaAllah setiap perkara kebaikan yg kita jalankan didunia ini, akan mndapat ganjaran dr ALLAH SWT....

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

insyaAllah kita sama2 amlkan Doa yg mnjadi amalan Baginda Nabi Muhammad
 صلى الله عليه وآله وسلم
wassalam..


Saturday, May 12, 2012

Ujian adlah tarbiyyah,Orang yang BERIMAN pasti diUji..:)




Alhamdulillah…
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
  Seharusnya,inilah ucapan pertama yang harus dizahirkan oleh lidah dan diimani oleh hati tatkala diri dilanda ujian.Menunjukkan rasa syukur pada Allah.
Syukur ditimpa musibah?Mana mungkin.
Tetapi bagi orang yang benar-benar MEYAKINI bahawa setiap apa yang terjadi padanya adalah aturan Allah dan pasti YANG TERBAIK buatnya harus merasakan syukur.Kerana setiap yang berlaku adalah rahmat daripada Allah.Dan kita juga tidak perlu mencari hikmah disebalik setiap kejadian apabila kita yakin bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat kita.Hakikatnya kita ini hidup di dunia sentiasa mendambakan rahmat Allah.
   Kita sudah banyak beramal,sering bertaqarub pada Allah tetapi Allah uji dengan masalah yang bertimpa-timpa.Kadang-kadang kita sudah berusaha sehabis mungkin di dalam pelajaran,tetapi Allah gagalkan kita didalam peperiksaan.Kita sentiasa melayan tetamu,bersedekah tetapi Allah uji kita dengan kesempitan hidup.Kalau diikut akal  manusia yang sangat lemah,seakan-akan Allah tidak adil dalam menghukum dan memberi ganjaran.(nauzubillah)
  Tetapi Allah itu Maha Penyayang,Maha Pengasih.Hanya Dia sahajalah yang tahu apa yang baik buat hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita.Sedang diri kita sendiri tidak benar-benar kenal akan diri sendiri.Pengetahuan Allah tidak sama dengan pengetahuan manusia.Telefon yang dicipta oleh Alexander Graham Bell,boleh sahaja diketahui ilmu penciptaanya oleh manusia lain dengan kajian dan eksperimen.Tetapi penciptaan makhluk oleh Allah dan arifnya Allah terhadap ciptaanNya tidak sekali-kali mampu ditandingi makhluk lain.

   “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami sudah beriman.” sedang mereka tidak diuji?” Al-Ankabut :2

   Allah Maha Penyayang.Tidak akan diuji kita melainkan dengan kesanggupan kita kerana Diakan amat mengenali kita?Allah uji bukan tanda benci,bukan tanda marah.Mungkin sahaja Allah merindui rayuan-rayuan dari hati sanubari kita mengadu padaNya.Mungkin sahaja Allah ingin benar-benar mengetahui keikhlasan kita dalam mentaatiNya.Adakah kita akan melatah atau berpaling dariNya apabila dijentik sedikit?(Nauzubillah)
 Kembalilah pada Allah.Allah menanti rintihan darimu.
Yakinlah dengan Allah!

sElamat Hari IBU...





 ....... بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah subhanawataala.. Kerana masih bernafas, masih di beri kesempatan untuk beribadah kepada Allah dan berkasih sayang sesama manusia.

Ermm... sebut pasal kasih sayang sesama manusia ini apakah perkara pertama yg antum fikirkan?

^_^ anda sudah terbayang-bayang wajah manusia yang anda sayang bukan? Alhamdulillahh...sayangilah mereka, hargailah mereka dan jangan sakiti hati mereka.

Siapa mereka yang saya maksudkan ?

Keluarga, sahabat, masyarakat sekeliling kita - ya! Manusia ! ^_^

Antara wajah yang saya gambarkan dan kenangkan dan pasti jika di tatap lama, paling lama pun minit - pasti rasa sayu dan 'tamak' menyelubungi diri

Wajah itu adalah Ibu

Sayang IBU!  Dan kerana itulah saya meletakkan wajah ibu adalah wajah kesayangan saya.

Antum pula bagaimana ??

Al fatihah kepada ibu sahabat2 yang sudah meninggal dunia. Kirimkan doa kepada mereka setiap hari. Jangan lupa tu!

Setiap anak ada kisah manis bersama ibunya. Macam-macam yang Ibu kita lakukan untuk kita kan?!

Jangan lupa tu! Bila sudah senang ingatlah mereka. Hargailah,if sesibuk manapun kita bljr, sesekali call tnya khbar.. belanja makan yang sedap-sedap..heheee~ dan dengarlah celoteh mereka. Hadirkan diri bersama mereka di hadapan TV dan dengarlah nasihat dan juga teguran mereka.

Sy cuba menjadi anak yang solehah. Akan saya tanya berkali2 adakah saya melakukan dosa? Adakah saya anak derhaka? Maafkan diriku ini! maafkan kakak ye ibu!!

Setakat ini ibu akan kata : Takdala. kak tak buat apa salah pun. dah2 jangan menangis !! tiap kali call ibu, (x ad la setiap kali call mngis,ad masa jer..huhuu)
 tiap kali call ibu mesti nak gosip2 dgn ibu, cerita2 la..Ibu adlah pndengar yg selalu dgr masalah ankmu ini..huhuuu

^_^ dan  rasa sangat legaaaa....fuhhh!tenang je bila lepas call ibukan..:)) sy tau antum pn begitu juga kan?? hahahaa...

heee... seronok bila Ibu memaafkan kita, meredhai kita. Doa mereka doa yang mustajab. Jadi mintalah pada ibu doakan kita selalu. Dan ibu kita akan cakap macam ini

" Setiap hari...tak pernah ibu lupa! Setiap nama anak-anak ibu sebutt..."

Tapi kita tepuk dada tanya iman, adakah dalam sehari kita ingatkan ibu dan doakan beliau? Dalam doa selepas solat ada doa khusus khas untuk ibu dan ayah.

Alhamdulillah sampai di sini sahaja celoteh ana. 

Selamat HARI IBU ! KHAS UTK IBU TERSAYANG (NORSOLEHAH BINTI HAJI OMAR)..<3 MUAH2

wassalam..

Thursday, May 10, 2012

Bertemu cinta dalam HALAQAH....:))





Dear my dearest sista..,,

ukhti fillah, saatku goreskan tinta ini ada jutaan kata yang ingin kusampaikan namun tak mampu ku rangkum dalam barisan kata dan kalimat. Ketahuilah, apa yang mampu ku tulis hanya bagian terkecil dari ungkapan syukurku atas hadirnya dirimu dalam lembaran hidupku.., erti hadirmu tak mampu digambarkan dalam kata-kata, terlalu indah, terlalu manis, terlalu berharga...
ukhti fillah, saat sendiri kurasakan diri ini bagai sepotong puzzle, bersamamu bagai menemukan potongan puzzle lainnya dalam bentuk yang berbeza namun dapat saling melengkapi dan mengisi. Ya, akulah sepotong puzzle itu, tak sempurna saat sendiri, namun hadirmu sempurnakan hidupku.
ukhti fillah, ribuan langkah telah kita arungi bersama, dalam hitungan tahun kita dipersatukan dalam sebuah lingkaran terkecil dari sebuah lingkaran ukhuwah yang telah melewati sekat-sekat ruang dan waktu. Segala perbezaan sirna melebur dalam persaudaraan, dalam cinta, dalam ikatan hati yang kian kuat teriring doa rabithoh yang selalu kita lantunkan. Hanya syukur tiada bertepi pada Ilahi Robbi atas karunia persaudaraan ini. Keabadian cinta hanya ada saat cinta itu bersumber dari kecintaan kepada yang Maha Mencintai. Cinta ini lahir dan tumbuh dalam naungan cinta-Nya, dalam rangkulan kasih sayang-Nya, dalam rangka menyeru kepada-Nya, dalam jalan yang diredhai-Nya...

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syari’atMu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelajakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana”. (Al-Anfal :63)

Kini, meski kita tak lagi duduk bersama dalam lingkaran kecil itu, tapi kecintaanku padamu, pada saudara-saudara seperjuangan, pada umat muslim telah melampaui lingkaran itu, kini ia telah terangkum dalam ukhuwah islamiyah yang tak dibatasi sekat-sekat wilayah,kos pengajian.
Perjalanan yang kita lalui bersama begitu panjang, pahit manis, susah senang, berat ringan, senda tawa  tak ternilai sudah. Perjalanan yang telah mendewasakan kita. Perjalanan yang telah merubah hidup kita. Perjalanan yang telah mempersatukan hati-hati kita. Perjalanan yang telah dan akan terus kita tempuh hingga nafas terhenti.


Siapapun takkan pernah bisa bertahan / Melalui jalan dakwah ini
Mengarungi jalan perjuangan / Kecuali dengan kesabaran Wahai ummat Islam bersatulah / Rapatkan barisan jalin ukhuwah Luruskan niat satukan tekad / Kita sambut kemenangan Dengan bekal iman maju kehadapan / Al Qur'an dan Sunnah jadi panduan Sucikan diri ikhlaskan hati / Menggapai ridho Ilahi Dengan persatuan galang kekuatan / Panji Islam kan menjulang Tegak kebenaran hancur kebathilan / Gemakan takbir ALLAHU AKBAR! p/s: lirik nasyid Senandung Persatuan-Izzatul Islam)
Ingatkah saat dulu kita begitu jahiliyah, hidup seolah di dunia saja, lalu hidayah itu menghampiri kita, menawarkan sebuah jual beli yang pasti menguntungkan,

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan balasan surga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah:11)

Ingatkah akan perjanjian itu? tetapkan langkah kaki kami tetap di jalan-Mu ya Rabb, tetap menyeru agamamu ya Rabb,, buang egois, biarkan ia melebur untuk mencapai tujuan Islam yang tinggi dan mulia. Apabila kami mempunyai tujuan, maka tujuan dan matlamat kami adalah ingin melihat bendera Islam tegak dan berkibar.
Jalan ini tak mudah, tak pernah mudah, tak ditaburi bunga yang mewangi namun ditaburi duri-duri tajam yang siap melukai siapapun yang melewatinya,, tetap tegarlah di jalan ini, dalam suka, dalam duka, dalam susah, dalam senang, dalam sehat, dalam sakit, dalam kaya, dalam miskin, saat bersama maupun saat sendiri...
Jika kita tahu ini jalan perjuangan, maka perjuangan memiliki makna kesungguhan, keseriusan, pengorbanan. Tidak ada harapan yang  menerima di sini, kecuali berharap menerima balasan dari-Nya semata. Jalan ini, memang bukan jalan biasa, hanya ada MEMBERI dan MEMBERI!!! Memberi apa yang kita bisa beri, mengorbankan apa yang kita bisa korbankan. Bersyukurlah bila masih ada orang yang mau diberi oleh kita. Bersyukurlah bila kita masih diminta untuk memberi. Bersyukurlah bila kita diberi ruang untuk berkorban lebih banyak, di jalan ini, jalan Allah swt...

"Taatilah Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kalian saling berbantah-bantahan sehingga kalian kalah dan kehilangan semangat..." (Q.S. Al-Anfaal: 46)
"Berjamaahlah kalian, karena sesungguhnya syaitan akan menyertai orang yang sendiri, dan ia akan menjauhi orang yang berdua. Barangsiapa yang ingin masuk ke dalam taman surga hendaklah ia komitmen dengan jamaahnya." (H.R. Turmudzi).... "Berjamaah itu menimbulkan rahmah (kasih sayang), sedangkan berpecah-belah akan menyebabkan turunnya azab." (H.R. Ahmad) Ali r.a. berkata, "Noda yang ada pada jamaah lebih baik daripada kesucian yang ada pada satu orang."

Terakhir,, sebuah tinta yang merangkum segala rasa, uhibbukum fillah, mencintaimu karena Allah dan dengan penuh harap kelak kita akan dipertemukan dalam reuni akbar di jannah-Nya. aamiin... _k.najihah,k.puteri,k.syidah,najwa,Qila,dibah,samiha..:)) (ahli usrah tersayang...)Usrah, halaqoh, circle, bulatan gembira atau apa sahaja nama yang digunakan. Ia tetap adalah pertemuan hati-hati yang mahukan keindahan Islam. Ayuh ubah persepsi. Usrah sangat menyeronokkan.

salam sayang utk semua..



Friday, May 4, 2012

sesekali ia DATANG..Terima kasih Ya Allah...



Ujian yang datang tidak diduga. Seumpama kita melihat hari yang cerah, tanpa disangka mendung menyelubungi membawa hujan. Begitu juga hari yang gelap bergumpal awan hitam, tiba-tiba hujan tidak turun. Siapalah kita untuk meneka taqdir yang tersurat. Kita hanya menerima, redha atau sebaliknya.



Hari ini benar-benar satu ujian. Seharian, ada sahaja peristiwa yang tidak suka untuk dikenang. Bertalu-talu, belum mampu menghadapi ujian pertama datang pula ujian kedua. Letih, penat dan lemas. Kekabutan dan kecelaruan yang memenuhi rongga hati, hampir-hampir hilang kesabaran. Ahh... iman di dada tipisnya lebih dari kulit bawang. Ana mencari sahabat2 yang rapat untuk meluah perasaan. Namun, semuanya tidak dapat membantu.Ana mencari dan terus mencari. Apa yang ada, kosong dan hampa, lemah dan longlai. ana terasa seperti kehilangan sesuatu, tiba-tiba timbul pula perasaan rindu yang mendalam dan mencengkam. Hati benar-benar terusik. anaSaya cuba bertanya kepada diri, apakah aku ini kehilangan sesuatu? Tidak! Siapa yang dirindui sebenarnya? Entahlah! ana jadi tidak menentu, sulitnya jawapan yang dicari. Teman-teman sudah tidak dapat membantu... ku pasrah, ku akur... Tiba-tiba lembut terngiang suara hati menjengah: “Mungkin kamu sudah lama tidak merintih dan menangis kerinduan kepada-Nya. Mungkin juga DIA rindu untuk mendengar rintihan hati kamu, maka diberikan ujian kepada kamu. Dengan ujian kamu akan segera ingat kepada-Nya, kamu akan merasa lemah dan kerdilnya diri. Sebab itu anggaplah ujian itu sebagai ‘jemputan’ DIA kepada kamu untuk bertemu dengan-Nya. Itulah rahmat disebalik ujian.”  Benarlah sudah lama ana tidak merintih dan menitiskan air mata kerinduan. Mungkin kerana dek kesibukan dengan urusan dunia,sibuk dengan tugasan2 kadang2 bersengkang mata, atau mungkin merasakan diri telah cukup sempurna??? Astaghfirullah... Akhirnya ana merasakan bahawa DIA mahu diri ini mengadu dan bergantung harap hanya kepada-Nya. Saya segera insaf, lalu saya berwudhuk dan bersolat dua rakaat. Saya bermunajat memohon keampunan-Nya, menyelami perasaan hati. Merintih dan merayu kepada-Nya, biarlah malam yang indah ini menjadi milik saya dan DIA. Sejenak saya merenung firman-Nya:
Benar, sesekali ujian itu menjengah untuk mengetahui apakah benar kita telah beriman dengan sesungguhnya ataupun sekadar mainan kata di bibir semata.
Ujian adalah kasih sayang-Nya.
Terima kasih Ya ALLAH...
Ujian adalah kasih sayang-Nya.
Terima kasih Ya ALLAH...

Terima kasih Ya ALLAH...
Terima kasih Ya ALLAH...

Benar, sesekali ujian itu menjengah untuk mengetahui apakah benar kita telah beriman dengan sesungguhnya ataupun sekadar mainan kata di bibir semata.

Ujian adalah kasih sayang-Nya.

Terima kasih Ya ALLAH...
x
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (al-Ankabut: 2) 

Seketika ana merasa tertampar oleh diri sendiri. Seringkali saya mengatakan saya beriman, dan jika dikatakan “kamu tidak beriman” pasti saya akan merasa marah. Hakikatnya ujian itu adalah tapisan kepada iman saya.

wassalam...



Muhasabah dan selami diri sendiri....


Apa rasanya disalah erti?



Sedih...
Kecewa... 
Memberontak... 
Letih mahu membetulkan tanggapan orang terhadap kita, sedangkan ruang untuk membetulkan persepsi itu terkunci kemas.
 Kita meraba-raba mencari sejalar harapan agar dapat dikembalikan kekuatan hati yang telah pun merudum, jatuh terhenyak. Kita selalu merasakan bahawa kitalah yang paling baik, paling benar, paling hebat, paling bagus dan berbagai-bagai paling lagi yang mendodoi-dodoi hidup. 
Yang tidak benar adalah mereka, yang tidak bagus adalah mereka, yang tidak baik adalah mereka dan seribu satu kekurangan lagi adalah mereka. 
Marilah melihat tembus ke dalam diri. Marilah bersikap adil. Adil kepada diri sendiri, adil kepada rakan, adil kepada kawan dan adil kepada lawan.
Pastinya bukan sesuatu yang mudah saat keegoan masih lagi berbaki memayuti di dinding hati. Sesungguhnya hidup ini penuh rahsia dan tandatanya. Masih banyak yang belum terjawab, apatah lagi untuk memahaminya. Apa yang dapat ditafsir hanyalah yang tersurat di depan mata. 
Namun, itulah yang sering menjadi tafsiran biarpun kebenarannya belum pasti. Teman, marilah melihat cermin diri sendiri sebelum mengundang tanggapan terhadap diri orang lain. 
Ya, saya cuba melihat cermin diri saya. Susah, tetapi...Insya-Allah.

fASTABIqUL KHAIRAT...


Tuesday, May 1, 2012

Ending yg menyedihkan...



IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...
knp ye time perhimpunan hari tu sukar utk gunakn talian telfn bimbit?? jom lawati blog ni : klik sini
syukran..sampai disini sahaja coretan, insyaallah ad perkembnagn akn di update...wassalam

SubhanAllah,Alhmadulillah,Allahukbar....Assalamualaikum buat Qisah Qalbi,time too update,huhuu
asif, spatutnya, dah berkira2 nk story pnglaman time g Muar sempena pogram Kem smart solat, tapi masa sangat2 cemburu la..hihii, belum berkesempatan utk dikisahkan disini,
kali ni entry agak mngejutkan utk dicoretkan, tapi nilah kisah, kenangan yg MUNGKIN sukar utk dilupakan...
tgk tittle pun pelik kan bunyinya??huhuuu itulah yang akn diceritakan, nak tau JOM....

27/4..jam mnujukkan dlm kul 8.28p.m...
Messege kpd ayahnda tersyng..huhu...before tu blm strait lg mnyatakn hasrat hati..ceh2

Me : salam...ayah wndu la,heeee:))
Ayahnda : wndu balik la rumah, balik , ayah belanja pizza..
Me : okex2 mnggu nie akak balik, tadi nak balik ad midterm...

masih berkias2 lagi, x tau mcm mna nak pujuk ayh tersyng nie....
last2 strait jer msg...

8.46 p.m......

Me: ayah, blh x pergi BERSIH esok?

lama, menanti tgk jer hnset mnnti messege dari ayah..huhuu
TING..Yes2 ayah balas.
Ayahnda : ish, x yah la, jalan jem, nak balik pagi or ptg??
ayah dah tukar topik..huhuu mcm dah dapat agk jawapan ayah..x boleh putus asa, nak pg juga..heee~

Me :Bolehla x ayhku syg? ?lepas pergi,dah abis, akak balik yer..
lama baru ayah balas 
Ayahnda cyunk : jalan tutup la syg, cba tgk dkt intrnet, nk msk KL pn x lepas.
Hrm~sangat tipis time nie~
Me : Tau, nek KTM ok jer, x ad jem (wat lawak kjp dgn ayah,harap2 aty ayah lembut la) abg pn cakp x ad apa2 ok jer..

ayah dah x balas....lama tunggu,jam dah mnunjukkan kul 11..
last2 call terus...huhuu, (x yah crita la apa yg kna ceramah2, nasihat sikit dari ayah msa call)..ending ayah bagi, BUT kna tnya Ibu..wuwu, klau kna tnya ibu, msti berat lagi nak lepaskan tu..
call la ibu kul 11 lebih, ibu tdo plk, tapi berjaya jga ckp dgn ibu...lama jga nk yakinkan dgn ibu, last2 jawapnya :....
Ibu : okex, ibu bg pergi, kwn ibu ramai yg turun jga esok..but infrm dkt ayah plk, jaga diri..hati2 at sana, jaga adab... 
:))))) tersenyum Alhamdulillah, walaupun dah berputus asa time tu nak yakinkan ayah...
msg ayah n abag terus, nk crmfrmkan...
byk plk msg pesanan dr diorg...thnkz:))muah2 
rasa2 nya dah dapat tngkap apa yg nak dicoretkan pada kali nie..Qisah Qalbi,

BERSIH 3.0..

* mntax kbenaran utk pergi dkt 5 jam..kita hanya mmpu merncang ALLAH yg menentukan,:)
malam tu dah siap2 iron baju semua, baca balik garis panduan bersih..
kna bawa garam, kain tuala kecil basah, air mineral..follow jer, x atau plk knp..
cuma dia tulis kain tuala utk elak terkena gas pemedih mata.garam utk kmbalikan tenaga..mcm2, ikut jela panduan, frst time nak pergi kan..klau nak tulis panduan mmg x muat la dkt page nie..thnkz yer munawwar post at Wall The All Asasian,klau x main redah jer, 
Excited btl ..huhuuuu..dah2 sebenarnya nak cerita experience time g BERSIH...tapi mesti nak cerita jga mcm mana blh terlepas g Bersih..hihiiii

28/4 : hari yang dinanti2 kan...ceh,
ana, k.dila n rabiah gerak dari KUIS terus ke Kl sentral..eh lupa plk, ada lg 2 orang, elyas n alias fallow sekali
dkt dalam KTM, subhanAllah ramai btl, dkt stesen bangi okex lg, dah sampai dkt ukm..huhuu coach wanita pn jadi coach llki..ad seorg llki ni ckp2 BERSiH 2, setiap satu stesen mesti dia tnya pnumpang yg nk masuk tu "nk g bBersih KE? jom2"..sy dah tersnyum2 dkt blkng, mcm2 gelagat peserta2 BERSih nie.
samapai kl sentral, makan2 dlu, isi perut yg dah menyanyi2 mntx di isi..huuu n then baru gerak. Perancangan asal nak turun KLCC tapi tkar plan, turun masjid jamek..
ambil LRT dr Kl sentral terus ke msjid jamek, ramai plk abg2 polis niey..takut plk nak pergi, hati dah x tenag dah time tu..doa je bnyak2, abg plk asyik msg tnya "mcm mana okex or x?? " huuu~nak sedapkan hati,jawab okex jer, doakan ye adikmu selamat pg dan balik...
sampai je masjid jamek, terus hilang perasaan tadi.Excited plk tgk ramai org..huhuu, ambil2 gambar dlu., gna nset je, x bawa camera pun coz x ad perncngan nak pergi pd awalnya, cuma angan2, tapi angan2 jdi knyataan plk..hihiii

 *gambar niey time dkt sekitar stesen LRT msjed jamek lg,blm turun ke bwh lg ..raminya..

rabiah ckp k.farah ada sekali, call la k.farah tnya ad at mana?..k.farah ckp at MCD..MCD??huhuu x jumpa plk MCD..sementara tu, ad pkcik tu jual kain BERSIH
Tgk Rabiah n k.Dila semngat semangat beli kain BERSIH, ala2 kain selendang tu, x tau plk nak cakap kain apa..

last2 kitorg jalan (sy, rabiah, k.dila, alias n elyas) cari MCD..heee..Hooho raminya orang...
jalan di celah2 manusia,,untuk menjejaki k.farah..akhirnya ditemui..dah mcm pnyiasat dah,
Ad plk jejak kasih..hehee... terkejut..K.isma!!! k.isma pn terkejut jga, sy turun join bersih..hahhaaaa

*SEMANGAT seorang pejuang Musliamah!! ~ 
Alhamdulillah, Allah bg kesempatan, ruang dan peluang berada dkt situ
pelbagai sorakkan yg ad" BERSIH 3X, REFORMASI..Hrm~sorak2 sikit jela,..abg dah pesan awal2 jaga adab, perempuan x yah jerit sangat2 duduk n bantah abg pesan...dengar yer..:))


Tengok muka masing2 seronok jer, mana ad kamera, disitulah muka2 kami..hihiii..lepas jejak kasih depan MCD, kitorang semua gerak ke depan sikit,dkt OCBC bank, duduk at situ plak..nma pn DUDUK n BANTAH..
bnyak plk kamera yg lalu dkt situ,aplagi, semangat plk ambil gambar kan.. padahal org tu Rakam, bkn ambil gmbar..heeee malu2..tapi seronok,
Melihat semangat anak muda, lagi bertambah semangat. Tgk Muslimat2 dgn penuh semangat melangkah, lagilah kami2 bertambah semangat..klihatan juga makcik yg dah agak berusia yg turun..sembang2 dgn makcik nie..
"Makcik dari mana? " ..."Makcik dari Johor".."ooOWh..jauh yer makcik..:)"
makcik tu pn cakap, "Nak,kali nie kita mesti tukar".. "SubhanAllah,semangat sngguh makcik niey"..
diri nie hanya mmpu tersenyum...



*Antara gmbr n suasana dihdpn OCBC bank..

time nie semnagat semua ambil gmbr...








dah puas berposing, kitorng beralih tempat plk..ddk mnghadap bgnn Bank OCBC plk.dkt sini tgk yg len mula bergerak mnghala ke dataran merdeka...






*Angry Bird pun jOin BERSIH jga tau...




okex...lepas tu kitorang bergerak ke masjid jamek, nak soalat zuhur, berhimpun2 juga, mnghadap Allah jgn dilupa plk..dkt mana2 pn blh solat kan...okex, time nak gerak ke masjid, Subhanallah berasak2..ramai betul.. jalan masuk pn x nmpak dah, ad yg nak keluar, ad yang nak masuk..time dkt pintu masuk tu la ad antara kami  yg terpisah, hrm~mula2 tu okey je follow elyas n Munawwar, kejap jer tiba2 dah hilang..
kitorang teruskan jer solat, lepas solat baru cari balik diorang..
lepas solat tu, ad juga yg try cntct diorg tapi x dpt..LINE ZERO...
nak call ibu n ayah pn x blh,, takut diorg rsau plk..k.farah pn cakap x ad line, huhuu agak pelik jga, x kan dkt tgh2 kota metropolitan nie x ad line..huhuuu sbnrnya cnfse gak, tp abaikan..doa moga semua selamat..

nie gmbar dkt masjid jamek, kwsan sekitarnya je..x ambik dkt dlm2 tu plk





lepas selesai solat, kitorg berkumpul balik...dah bersedia nak keluar, tapi tersangkut plk, ada ucapan dari dr.azizah x silap..x nampak siapa yg berucap coz kitorg dlm kwasan masjid time tu...

*kami dgr ucapan dkt kawasan nie...pelbagai gelagat peserta2 perhimpunan nie..

dalam 15 min tersngkut, okex, alhamdulillah kami dapat keluar, Semangat betul nak bergerak ke datarn merdeka...K.farah antara yg paling semangat..heee~
masa berarak ni macam2 bnda berlaku, dah x sedap hati dah time niey..tapi masih blh tersenyum lagi ,sempat lagi ambil gambar..k.isma dah sebak dah nak start teriak dah..kesian plk, x pe2 dah nak sampai dataran dah, kjp lagi kita boleh duduk n ambil gambar lagi yer k.isma..:))
time tgh berarak nie, ad seorang kakak nie,dia tegur "Dik,mari sini ikut akak,muslimat ikut akak yer,kita sama2 masuk datran.."subhanaAllah akak nie,gaya seorang pejuang Mujahidah...:))
kami pun follow akak nie dari belakang..tepi kitorang time tu ad alias,belakang munawwar n elyas,
orang ramai mula bersorak.."BUKA..BUKA..BUKA...MASUK..MASUK..MASUK..."

time tgh berarak nie, ahli2 PKR lalu, time nie semangat nak dgr Anwar berucap...


dah nak masuk simpang ke datran dah ni,berapa meter je lagi...


belon pun nak ikut berhimpun jga...










apa yg jadi seterusnya??
dari sini  dimana tempat + kawasan ini lah menjadi pengalaman yang mungkin sukar utk dilupakan, masa nie dah dengar orang mula jerit, MASUK..MASUK..MASUK...
Huhuuu..seronok je time tu bila nak masuk datarn,
TAPI......,tiba2 je alias dah jerit "TEPI..MASUK."..bingung time tu..knp nie?apa yang berlaku??Alias minta kitorg move...
Tiba2 je rasa pedih...Ya Allah, kaki nie mmg kena kuat utk bergerak..
masa Move ke belakang nie,mmg kitorg gerak sama, tapi memang tak nampak apa2..bkn kita yg gerakkan badan kita, tapi tolakkan dari orang belakang yg mnyababkan kami bergerak ke belakang,
time ni sy pegang tangan K.Dila, masa ni mmg rasa nak lepaskan tangan k.Dila, tak tahan sangat orang mula bergerak..kuat2 jangan lepas, kudrat tak cukup utk pegang, decide lepaskan tangan K.dila juga...
Tawakkal time tu bila dah terpisah dgn semua..Suasana menjadi tidak menentu, masing2 bekerjasama dlm mncari ruang untuk melepaskan diri daripada gas pedih itu.masa move kedepan, tiba2 sesak nafas..

Ya Allah..masa ni mmg ingat mati je...dah tak ingat apa2..Dikala ini, nafas semakin perit, mata semakin pedih dan kulit terasa gatal.Ramai yang tidak bersedia dengan kain penntup hidung, garam, air.Lebih teruk lagi warga tua dan kanak2 yang tidak tahan dengan keperitan wap dan asap gas tersebut.
Dengan semangat dan hati yang bersih, ramai yang membantu mereka yang terseksa akibat gas itu.
Mengucap panjang masa dkt sini, kematian bakal menjemput bila2 je..fikiran masa ni ingat mati je
ingat lagi, masa bergerak, ad seorang pakcik nie dia BERTAKBIR kuat2, masa tu timbul semangat untuk bergerak balik, kuatkan langkah untuk cari tempat selamat..tiba2 ad chinesse ni bagi garam, air...
dia suruh kemam, sapu dkt bibir..tuala basahkan dengan air..Dikala ini,tiada Melayu, tiada cina, india.Semuanya bangsa Malaysia yang saling bantu membantu dalam mnyelamatkan diri daripada amukan gas pemedih mata.Ramainya yg dah terjatuh...dah macam rusuhan,kesian ad yg terpijak,tapi ramai yg tolong..tiba2 teringat dkt k.isma..huhuu x tau kenapa...mmg risau dkt k.isma, bukan tak ingat yang lain, tapi nama k.isma muncul tiba2, doa banyak2 semoga semua selamat...masa ni mata dah pedih, mmg tak boleh buka.wuu..TEARGAS mmg TERBAIK ,time jalan tu dah tak buka mata, ikut je tolakkan orang belakang..pedih, tiba2 aunty ni bagi air garam utk minum...mineral water utk basahkan tuala...sempat lagi, walaupun tgh berjalan masa tu...masing2 tolong antara satu sama lain tanpa kira kaum...
bila sampai dekat area bangunan OCBC bank, reda sikit...teringat garam + air yg dibawa, keluarkan, masa tu ada seorang pakcik ni dah tak larat sangat, kesian..sy bagi pakcik ni air n garam..lama sikit baru nampak okex..pakcik ni dah mengucap, ramai kaki yang terseliuh, luka2..ngeri + sedih...tapi tak timbul plk perasaan takut masa nie...wallahua'lam,

dalam 5-10 min kami selamat dekat situ, tiba2 kedengaran bunyi tembakan, 3 das tembakn  yang kuat dan kepulan asap mula keluar daripada kelongsong pemedih mata dkt bahagian bawah laluan Lrt salah satu peluru gas pemedih mata jatuh betul2 belakang, bhagian kami berkumpul.kaki ini membuka langkah seribu berlari sepantas mungkin dalam kepayahn untuk bernafas dan mata yang pedih berlinangan dgn air mata.Penat tadi belum habis, terpaksa berlari pantas untuk keluar daripada radius gas tersebut...YaAllah, tak kan la abg2 polis ni sampai kesini??Bagi sy sendiri,semasa meloloskan diri melalui jalan untuk ke masjid jamek.terpaksa lalu dihadapan sekumpulan FRU yg sedia berbaris memerhatikan setiap langkah yg diatur oleh orang ramai.
siapa yang tahan dengan teargas tu, kami2 yang sihat ni pun rasa susah nak bernafas...kesian melihat warga tua dan kanak2...untuk kali keduanya gas pemedih mata menyerang balik.....
tak de tempat lain lagi nak meloloskan diri, last2 ramai decide ke laluan Lrt..dan masa ni baru teringat alias pesan,"jika terpecah kumpul at sini" , mata ni melilau juga mencari korg semua tapi tak nampak...tapi apa yang menyedihkan lagi, Stesen LRT Masjid jamek ditutup, mnyukarkan kami utk beredar, semuanya terkepung disini.ketiga-tiga jalan keluar telah dikepung dan ditembak dgn gas..tahap kesabaran melihat ramai warga tua dah pengsan, kanak2 muntah..abg2 dkt situ buat keputusan buka pintu ke laluan LRT..TERPAKSA, daripada ramai yg pengsan akibat amukan asap gas pemedih mata...
Alhamdulillah, tenaga yg ada utk buka pintu, membolehkan yg lain utk masuk selamatkan diri..
masa dah masuk tu..abg2 polis ni blh plk suruh keluar balik..Ya Allah..
Abg2 polis, dkt luat tu dah ramai yg pengsan, sesak nafas...ada tak perasaan belas kasihan??grrr~
kami dah tak kira masa tu..rempuh jer...okex rasanya setakat ni penglaman masa dikejar dan bermain nyorok2 dgn polis nie...tapi lepas meloloskan diri, sy tak decide utk terus balik, menunggu khabar dari yg lain, tapi phone x da line..public phone pn sama...tiba2 ad abang ni tegur.."adik sorg je ke?" " eh,x dgn kawan..tapi terpisah..." "okex, skrg adik off kan nset, kemudian buka balik"..Alhamdulillah..tup2 line FULL..messeg berduyun2 msk, alhamdulillah dpt cntct diorg semua..dan masing selamat, cuma tak jumpa diorang lagi..last2 sy tolong p.cik ni bagi garam n air dekat peserta yang lalu..tak lama lepas tu, sy ke bahagian stesen Lrt ke PETALING tak silap, ambil gambar dan melihat situasi dari atas..huhuu  

*antara gambar2 yg diambil dari stesen LRT Masjid Jamek..
*ramai yang tekepung di masjid jamek




*nmpak x asap tear gas dkt sana....??
* ni lepas kena main sembur2 air dgn abg2 bomba..huhuu. ddk tepi kna tempias je la, cemera jd kabur


*terima kasih abg2 polis kerana mnghadiahkan kami gas pemedih mata

lama juga tnggu yang lain..Alhamdulillah..seronok tgk semua selamat..
tapi sy tak cerita terlalu detail, cerita sahabt2 yang lain, pengalaman diorang semua sy tak boleh publish lagi, cerita, penglaman dan kisah diorang akn diceritakan jika mendapat keizinan dari diorang sebab kisah diorang tak sama dgn kisah sy sendiri ,kami terpisah dan berada ditempat yang lain dan situasi yg berbeza...

catatan dan bukti gambar mngenai perhimpunan ini mnjadi sejarah yang terpahat, lekat disanubari rakyat Malaysia.Kini hak kita bkn lagi dijamin ttpi perlu dituntut.Tuntutan ini juga bukanlah suatu yang melampau dan diluar akal fikiran.yang dituntut hanyalah KEADILAN.
tuntutan kami ini bukanlah semata2 utk diri kami, ttpi kpd masa depan negara.

*tak ada nak salahkan mana2 pihak, balik, sy muhasabah balik diri, adakah tindakan utk peri ke BERSIH ini betul??

* tapi bila berada ditempat kejadian, tgok, lihat, rasa btl2 suasana di sana barulah kita dapat tahu apa yg berlaku...apa yg diceritakan media, tak sama apa yang kami2 semua rasai...

Ini utk abg2 polis... 
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada phak polis yang telah menylamatkan msyrakt dr kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Saudaraku anggota polis,
Namun, dlm masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yg menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh mmberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kpd memberi peluang kepadanya, membri hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akn hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin sy sebut di sini suatu tazkirah,walaupun diri ini ini blum layak utk mmberi nasihat kpd ab2g2 polis..tapi kita sebagai saudara seislam, satu negara kna saling ingat mngingati, nasihayg harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mgkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tngn yg memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 
 Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
 Saudaraku anggota polis,
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata2 Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
...................................................................................................................................................

syukran n credit utk korg coz jaga kitorg dgn baik... (Munawwar , alias n elyas )
kpd muslimat (k.isma,k.farah,k.dila n rabiah MABRUK coz kt dah berjaya jejakkan kaki..merasai apa itu dinamakn BERSIH..walaupun ENDING kita x dapat masuk ke datran merdeka, tapi inilah kisah n kenangan buat kita semua..





ـ