Saturday, May 12, 2012

sElamat Hari IBU...





 ....... بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah subhanawataala.. Kerana masih bernafas, masih di beri kesempatan untuk beribadah kepada Allah dan berkasih sayang sesama manusia.

Ermm... sebut pasal kasih sayang sesama manusia ini apakah perkara pertama yg antum fikirkan?

^_^ anda sudah terbayang-bayang wajah manusia yang anda sayang bukan? Alhamdulillahh...sayangilah mereka, hargailah mereka dan jangan sakiti hati mereka.

Siapa mereka yang saya maksudkan ?

Keluarga, sahabat, masyarakat sekeliling kita - ya! Manusia ! ^_^

Antara wajah yang saya gambarkan dan kenangkan dan pasti jika di tatap lama, paling lama pun minit - pasti rasa sayu dan 'tamak' menyelubungi diri

Wajah itu adalah Ibu

Sayang IBU!  Dan kerana itulah saya meletakkan wajah ibu adalah wajah kesayangan saya.

Antum pula bagaimana ??

Al fatihah kepada ibu sahabat2 yang sudah meninggal dunia. Kirimkan doa kepada mereka setiap hari. Jangan lupa tu!

Setiap anak ada kisah manis bersama ibunya. Macam-macam yang Ibu kita lakukan untuk kita kan?!

Jangan lupa tu! Bila sudah senang ingatlah mereka. Hargailah,if sesibuk manapun kita bljr, sesekali call tnya khbar.. belanja makan yang sedap-sedap..heheee~ dan dengarlah celoteh mereka. Hadirkan diri bersama mereka di hadapan TV dan dengarlah nasihat dan juga teguran mereka.

Sy cuba menjadi anak yang solehah. Akan saya tanya berkali2 adakah saya melakukan dosa? Adakah saya anak derhaka? Maafkan diriku ini! maafkan kakak ye ibu!!

Setakat ini ibu akan kata : Takdala. kak tak buat apa salah pun. dah2 jangan menangis !! tiap kali call ibu, (x ad la setiap kali call mngis,ad masa jer..huhuu)
 tiap kali call ibu mesti nak gosip2 dgn ibu, cerita2 la..Ibu adlah pndengar yg selalu dgr masalah ankmu ini..huhuuu

^_^ dan  rasa sangat legaaaa....fuhhh!tenang je bila lepas call ibukan..:)) sy tau antum pn begitu juga kan?? hahahaa...

heee... seronok bila Ibu memaafkan kita, meredhai kita. Doa mereka doa yang mustajab. Jadi mintalah pada ibu doakan kita selalu. Dan ibu kita akan cakap macam ini

" Setiap hari...tak pernah ibu lupa! Setiap nama anak-anak ibu sebutt..."

Tapi kita tepuk dada tanya iman, adakah dalam sehari kita ingatkan ibu dan doakan beliau? Dalam doa selepas solat ada doa khusus khas untuk ibu dan ayah.

Alhamdulillah sampai di sini sahaja celoteh ana. 

Selamat HARI IBU ! KHAS UTK IBU TERSAYANG (NORSOLEHAH BINTI HAJI OMAR)..<3 MUAH2

wassalam..

No comments:

ـ