Tuesday, May 1, 2012

Ending yg menyedihkan...



IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...
knp ye time perhimpunan hari tu sukar utk gunakn talian telfn bimbit?? jom lawati blog ni : klik sini
syukran..sampai disini sahaja coretan, insyaallah ad perkembnagn akn di update...wassalam

SubhanAllah,Alhmadulillah,Allahukbar....Assalamualaikum buat Qisah Qalbi,time too update,huhuu
asif, spatutnya, dah berkira2 nk story pnglaman time g Muar sempena pogram Kem smart solat, tapi masa sangat2 cemburu la..hihii, belum berkesempatan utk dikisahkan disini,
kali ni entry agak mngejutkan utk dicoretkan, tapi nilah kisah, kenangan yg MUNGKIN sukar utk dilupakan...
tgk tittle pun pelik kan bunyinya??huhuuu itulah yang akn diceritakan, nak tau JOM....

27/4..jam mnujukkan dlm kul 8.28p.m...
Messege kpd ayahnda tersyng..huhu...before tu blm strait lg mnyatakn hasrat hati..ceh2

Me : salam...ayah wndu la,heeee:))
Ayahnda : wndu balik la rumah, balik , ayah belanja pizza..
Me : okex2 mnggu nie akak balik, tadi nak balik ad midterm...

masih berkias2 lagi, x tau mcm mna nak pujuk ayh tersyng nie....
last2 strait jer msg...

8.46 p.m......

Me: ayah, blh x pergi BERSIH esok?

lama, menanti tgk jer hnset mnnti messege dari ayah..huhuu
TING..Yes2 ayah balas.
Ayahnda : ish, x yah la, jalan jem, nak balik pagi or ptg??
ayah dah tukar topik..huhuu mcm dah dapat agk jawapan ayah..x boleh putus asa, nak pg juga..heee~

Me :Bolehla x ayhku syg? ?lepas pergi,dah abis, akak balik yer..
lama baru ayah balas 
Ayahnda cyunk : jalan tutup la syg, cba tgk dkt intrnet, nk msk KL pn x lepas.
Hrm~sangat tipis time nie~
Me : Tau, nek KTM ok jer, x ad jem (wat lawak kjp dgn ayah,harap2 aty ayah lembut la) abg pn cakp x ad apa2 ok jer..

ayah dah x balas....lama tunggu,jam dah mnunjukkan kul 11..
last2 call terus...huhuu, (x yah crita la apa yg kna ceramah2, nasihat sikit dari ayah msa call)..ending ayah bagi, BUT kna tnya Ibu..wuwu, klau kna tnya ibu, msti berat lagi nak lepaskan tu..
call la ibu kul 11 lebih, ibu tdo plk, tapi berjaya jga ckp dgn ibu...lama jga nk yakinkan dgn ibu, last2 jawapnya :....
Ibu : okex, ibu bg pergi, kwn ibu ramai yg turun jga esok..but infrm dkt ayah plk, jaga diri..hati2 at sana, jaga adab... 
:))))) tersenyum Alhamdulillah, walaupun dah berputus asa time tu nak yakinkan ayah...
msg ayah n abag terus, nk crmfrmkan...
byk plk msg pesanan dr diorg...thnkz:))muah2 
rasa2 nya dah dapat tngkap apa yg nak dicoretkan pada kali nie..Qisah Qalbi,

BERSIH 3.0..

* mntax kbenaran utk pergi dkt 5 jam..kita hanya mmpu merncang ALLAH yg menentukan,:)
malam tu dah siap2 iron baju semua, baca balik garis panduan bersih..
kna bawa garam, kain tuala kecil basah, air mineral..follow jer, x atau plk knp..
cuma dia tulis kain tuala utk elak terkena gas pemedih mata.garam utk kmbalikan tenaga..mcm2, ikut jela panduan, frst time nak pergi kan..klau nak tulis panduan mmg x muat la dkt page nie..thnkz yer munawwar post at Wall The All Asasian,klau x main redah jer, 
Excited btl ..huhuuuu..dah2 sebenarnya nak cerita experience time g BERSIH...tapi mesti nak cerita jga mcm mana blh terlepas g Bersih..hihiiii

28/4 : hari yang dinanti2 kan...ceh,
ana, k.dila n rabiah gerak dari KUIS terus ke Kl sentral..eh lupa plk, ada lg 2 orang, elyas n alias fallow sekali
dkt dalam KTM, subhanAllah ramai btl, dkt stesen bangi okex lg, dah sampai dkt ukm..huhuu coach wanita pn jadi coach llki..ad seorg llki ni ckp2 BERSiH 2, setiap satu stesen mesti dia tnya pnumpang yg nk masuk tu "nk g bBersih KE? jom2"..sy dah tersnyum2 dkt blkng, mcm2 gelagat peserta2 BERSih nie.
samapai kl sentral, makan2 dlu, isi perut yg dah menyanyi2 mntx di isi..huuu n then baru gerak. Perancangan asal nak turun KLCC tapi tkar plan, turun masjid jamek..
ambil LRT dr Kl sentral terus ke msjid jamek, ramai plk abg2 polis niey..takut plk nak pergi, hati dah x tenag dah time tu..doa je bnyak2, abg plk asyik msg tnya "mcm mana okex or x?? " huuu~nak sedapkan hati,jawab okex jer, doakan ye adikmu selamat pg dan balik...
sampai je masjid jamek, terus hilang perasaan tadi.Excited plk tgk ramai org..huhuu, ambil2 gambar dlu., gna nset je, x bawa camera pun coz x ad perncngan nak pergi pd awalnya, cuma angan2, tapi angan2 jdi knyataan plk..hihiii

 *gambar niey time dkt sekitar stesen LRT msjed jamek lg,blm turun ke bwh lg ..raminya..

rabiah ckp k.farah ada sekali, call la k.farah tnya ad at mana?..k.farah ckp at MCD..MCD??huhuu x jumpa plk MCD..sementara tu, ad pkcik tu jual kain BERSIH
Tgk Rabiah n k.Dila semngat semangat beli kain BERSIH, ala2 kain selendang tu, x tau plk nak cakap kain apa..

last2 kitorg jalan (sy, rabiah, k.dila, alias n elyas) cari MCD..heee..Hooho raminya orang...
jalan di celah2 manusia,,untuk menjejaki k.farah..akhirnya ditemui..dah mcm pnyiasat dah,
Ad plk jejak kasih..hehee... terkejut..K.isma!!! k.isma pn terkejut jga, sy turun join bersih..hahhaaaa

*SEMANGAT seorang pejuang Musliamah!! ~ 
Alhamdulillah, Allah bg kesempatan, ruang dan peluang berada dkt situ
pelbagai sorakkan yg ad" BERSIH 3X, REFORMASI..Hrm~sorak2 sikit jela,..abg dah pesan awal2 jaga adab, perempuan x yah jerit sangat2 duduk n bantah abg pesan...dengar yer..:))


Tengok muka masing2 seronok jer, mana ad kamera, disitulah muka2 kami..hihiii..lepas jejak kasih depan MCD, kitorang semua gerak ke depan sikit,dkt OCBC bank, duduk at situ plak..nma pn DUDUK n BANTAH..
bnyak plk kamera yg lalu dkt situ,aplagi, semangat plk ambil gambar kan.. padahal org tu Rakam, bkn ambil gmbar..heeee malu2..tapi seronok,
Melihat semangat anak muda, lagi bertambah semangat. Tgk Muslimat2 dgn penuh semangat melangkah, lagilah kami2 bertambah semangat..klihatan juga makcik yg dah agak berusia yg turun..sembang2 dgn makcik nie..
"Makcik dari mana? " ..."Makcik dari Johor".."ooOWh..jauh yer makcik..:)"
makcik tu pn cakap, "Nak,kali nie kita mesti tukar".. "SubhanAllah,semangat sngguh makcik niey"..
diri nie hanya mmpu tersenyum...



*Antara gmbr n suasana dihdpn OCBC bank..

time nie semnagat semua ambil gmbr...








dah puas berposing, kitorng beralih tempat plk..ddk mnghadap bgnn Bank OCBC plk.dkt sini tgk yg len mula bergerak mnghala ke dataran merdeka...






*Angry Bird pun jOin BERSIH jga tau...




okex...lepas tu kitorang bergerak ke masjid jamek, nak soalat zuhur, berhimpun2 juga, mnghadap Allah jgn dilupa plk..dkt mana2 pn blh solat kan...okex, time nak gerak ke masjid, Subhanallah berasak2..ramai betul.. jalan masuk pn x nmpak dah, ad yg nak keluar, ad yang nak masuk..time dkt pintu masuk tu la ad antara kami  yg terpisah, hrm~mula2 tu okey je follow elyas n Munawwar, kejap jer tiba2 dah hilang..
kitorang teruskan jer solat, lepas solat baru cari balik diorang..
lepas solat tu, ad juga yg try cntct diorg tapi x dpt..LINE ZERO...
nak call ibu n ayah pn x blh,, takut diorg rsau plk..k.farah pn cakap x ad line, huhuu agak pelik jga, x kan dkt tgh2 kota metropolitan nie x ad line..huhuuu sbnrnya cnfse gak, tp abaikan..doa moga semua selamat..

nie gmbar dkt masjid jamek, kwsan sekitarnya je..x ambik dkt dlm2 tu plk





lepas selesai solat, kitorg berkumpul balik...dah bersedia nak keluar, tapi tersangkut plk, ada ucapan dari dr.azizah x silap..x nampak siapa yg berucap coz kitorg dlm kwasan masjid time tu...

*kami dgr ucapan dkt kawasan nie...pelbagai gelagat peserta2 perhimpunan nie..

dalam 15 min tersngkut, okex, alhamdulillah kami dapat keluar, Semangat betul nak bergerak ke datarn merdeka...K.farah antara yg paling semangat..heee~
masa berarak ni macam2 bnda berlaku, dah x sedap hati dah time niey..tapi masih blh tersenyum lagi ,sempat lagi ambil gambar..k.isma dah sebak dah nak start teriak dah..kesian plk, x pe2 dah nak sampai dataran dah, kjp lagi kita boleh duduk n ambil gambar lagi yer k.isma..:))
time tgh berarak nie, ad seorang kakak nie,dia tegur "Dik,mari sini ikut akak,muslimat ikut akak yer,kita sama2 masuk datran.."subhanaAllah akak nie,gaya seorang pejuang Mujahidah...:))
kami pun follow akak nie dari belakang..tepi kitorang time tu ad alias,belakang munawwar n elyas,
orang ramai mula bersorak.."BUKA..BUKA..BUKA...MASUK..MASUK..MASUK..."

time tgh berarak nie, ahli2 PKR lalu, time nie semangat nak dgr Anwar berucap...


dah nak masuk simpang ke datran dah ni,berapa meter je lagi...


belon pun nak ikut berhimpun jga...










apa yg jadi seterusnya??
dari sini  dimana tempat + kawasan ini lah menjadi pengalaman yang mungkin sukar utk dilupakan, masa nie dah dengar orang mula jerit, MASUK..MASUK..MASUK...
Huhuuu..seronok je time tu bila nak masuk datarn,
TAPI......,tiba2 je alias dah jerit "TEPI..MASUK."..bingung time tu..knp nie?apa yang berlaku??Alias minta kitorg move...
Tiba2 je rasa pedih...Ya Allah, kaki nie mmg kena kuat utk bergerak..
masa Move ke belakang nie,mmg kitorg gerak sama, tapi memang tak nampak apa2..bkn kita yg gerakkan badan kita, tapi tolakkan dari orang belakang yg mnyababkan kami bergerak ke belakang,
time ni sy pegang tangan K.Dila, masa ni mmg rasa nak lepaskan tangan k.Dila, tak tahan sangat orang mula bergerak..kuat2 jangan lepas, kudrat tak cukup utk pegang, decide lepaskan tangan K.dila juga...
Tawakkal time tu bila dah terpisah dgn semua..Suasana menjadi tidak menentu, masing2 bekerjasama dlm mncari ruang untuk melepaskan diri daripada gas pedih itu.masa move kedepan, tiba2 sesak nafas..

Ya Allah..masa ni mmg ingat mati je...dah tak ingat apa2..Dikala ini, nafas semakin perit, mata semakin pedih dan kulit terasa gatal.Ramai yang tidak bersedia dengan kain penntup hidung, garam, air.Lebih teruk lagi warga tua dan kanak2 yang tidak tahan dengan keperitan wap dan asap gas tersebut.
Dengan semangat dan hati yang bersih, ramai yang membantu mereka yang terseksa akibat gas itu.
Mengucap panjang masa dkt sini, kematian bakal menjemput bila2 je..fikiran masa ni ingat mati je
ingat lagi, masa bergerak, ad seorang pakcik nie dia BERTAKBIR kuat2, masa tu timbul semangat untuk bergerak balik, kuatkan langkah untuk cari tempat selamat..tiba2 ad chinesse ni bagi garam, air...
dia suruh kemam, sapu dkt bibir..tuala basahkan dengan air..Dikala ini,tiada Melayu, tiada cina, india.Semuanya bangsa Malaysia yang saling bantu membantu dalam mnyelamatkan diri daripada amukan gas pemedih mata.Ramainya yg dah terjatuh...dah macam rusuhan,kesian ad yg terpijak,tapi ramai yg tolong..tiba2 teringat dkt k.isma..huhuu x tau kenapa...mmg risau dkt k.isma, bukan tak ingat yang lain, tapi nama k.isma muncul tiba2, doa banyak2 semoga semua selamat...masa ni mata dah pedih, mmg tak boleh buka.wuu..TEARGAS mmg TERBAIK ,time jalan tu dah tak buka mata, ikut je tolakkan orang belakang..pedih, tiba2 aunty ni bagi air garam utk minum...mineral water utk basahkan tuala...sempat lagi, walaupun tgh berjalan masa tu...masing2 tolong antara satu sama lain tanpa kira kaum...
bila sampai dekat area bangunan OCBC bank, reda sikit...teringat garam + air yg dibawa, keluarkan, masa tu ada seorang pakcik ni dah tak larat sangat, kesian..sy bagi pakcik ni air n garam..lama sikit baru nampak okex..pakcik ni dah mengucap, ramai kaki yang terseliuh, luka2..ngeri + sedih...tapi tak timbul plk perasaan takut masa nie...wallahua'lam,

dalam 5-10 min kami selamat dekat situ, tiba2 kedengaran bunyi tembakan, 3 das tembakn  yang kuat dan kepulan asap mula keluar daripada kelongsong pemedih mata dkt bahagian bawah laluan Lrt salah satu peluru gas pemedih mata jatuh betul2 belakang, bhagian kami berkumpul.kaki ini membuka langkah seribu berlari sepantas mungkin dalam kepayahn untuk bernafas dan mata yang pedih berlinangan dgn air mata.Penat tadi belum habis, terpaksa berlari pantas untuk keluar daripada radius gas tersebut...YaAllah, tak kan la abg2 polis ni sampai kesini??Bagi sy sendiri,semasa meloloskan diri melalui jalan untuk ke masjid jamek.terpaksa lalu dihadapan sekumpulan FRU yg sedia berbaris memerhatikan setiap langkah yg diatur oleh orang ramai.
siapa yang tahan dengan teargas tu, kami2 yang sihat ni pun rasa susah nak bernafas...kesian melihat warga tua dan kanak2...untuk kali keduanya gas pemedih mata menyerang balik.....
tak de tempat lain lagi nak meloloskan diri, last2 ramai decide ke laluan Lrt..dan masa ni baru teringat alias pesan,"jika terpecah kumpul at sini" , mata ni melilau juga mencari korg semua tapi tak nampak...tapi apa yang menyedihkan lagi, Stesen LRT Masjid jamek ditutup, mnyukarkan kami utk beredar, semuanya terkepung disini.ketiga-tiga jalan keluar telah dikepung dan ditembak dgn gas..tahap kesabaran melihat ramai warga tua dah pengsan, kanak2 muntah..abg2 dkt situ buat keputusan buka pintu ke laluan LRT..TERPAKSA, daripada ramai yg pengsan akibat amukan asap gas pemedih mata...
Alhamdulillah, tenaga yg ada utk buka pintu, membolehkan yg lain utk masuk selamatkan diri..
masa dah masuk tu..abg2 polis ni blh plk suruh keluar balik..Ya Allah..
Abg2 polis, dkt luat tu dah ramai yg pengsan, sesak nafas...ada tak perasaan belas kasihan??grrr~
kami dah tak kira masa tu..rempuh jer...okex rasanya setakat ni penglaman masa dikejar dan bermain nyorok2 dgn polis nie...tapi lepas meloloskan diri, sy tak decide utk terus balik, menunggu khabar dari yg lain, tapi phone x da line..public phone pn sama...tiba2 ad abang ni tegur.."adik sorg je ke?" " eh,x dgn kawan..tapi terpisah..." "okex, skrg adik off kan nset, kemudian buka balik"..Alhamdulillah..tup2 line FULL..messeg berduyun2 msk, alhamdulillah dpt cntct diorg semua..dan masing selamat, cuma tak jumpa diorang lagi..last2 sy tolong p.cik ni bagi garam n air dekat peserta yang lalu..tak lama lepas tu, sy ke bahagian stesen Lrt ke PETALING tak silap, ambil gambar dan melihat situasi dari atas..huhuu  

*antara gambar2 yg diambil dari stesen LRT Masjid Jamek..
*ramai yang tekepung di masjid jamek




*nmpak x asap tear gas dkt sana....??
* ni lepas kena main sembur2 air dgn abg2 bomba..huhuu. ddk tepi kna tempias je la, cemera jd kabur


*terima kasih abg2 polis kerana mnghadiahkan kami gas pemedih mata

lama juga tnggu yang lain..Alhamdulillah..seronok tgk semua selamat..
tapi sy tak cerita terlalu detail, cerita sahabt2 yang lain, pengalaman diorang semua sy tak boleh publish lagi, cerita, penglaman dan kisah diorang akn diceritakan jika mendapat keizinan dari diorang sebab kisah diorang tak sama dgn kisah sy sendiri ,kami terpisah dan berada ditempat yang lain dan situasi yg berbeza...

catatan dan bukti gambar mngenai perhimpunan ini mnjadi sejarah yang terpahat, lekat disanubari rakyat Malaysia.Kini hak kita bkn lagi dijamin ttpi perlu dituntut.Tuntutan ini juga bukanlah suatu yang melampau dan diluar akal fikiran.yang dituntut hanyalah KEADILAN.
tuntutan kami ini bukanlah semata2 utk diri kami, ttpi kpd masa depan negara.

*tak ada nak salahkan mana2 pihak, balik, sy muhasabah balik diri, adakah tindakan utk peri ke BERSIH ini betul??

* tapi bila berada ditempat kejadian, tgok, lihat, rasa btl2 suasana di sana barulah kita dapat tahu apa yg berlaku...apa yg diceritakan media, tak sama apa yang kami2 semua rasai...

Ini utk abg2 polis... 
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada phak polis yang telah menylamatkan msyrakt dr kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Saudaraku anggota polis,
Namun, dlm masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yg menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh mmberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kpd memberi peluang kepadanya, membri hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akn hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin sy sebut di sini suatu tazkirah,walaupun diri ini ini blum layak utk mmberi nasihat kpd ab2g2 polis..tapi kita sebagai saudara seislam, satu negara kna saling ingat mngingati, nasihayg harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mgkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tngn yg memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 
 Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
 Saudaraku anggota polis,
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata2 Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
...................................................................................................................................................

syukran n credit utk korg coz jaga kitorg dgn baik... (Munawwar , alias n elyas )
kpd muslimat (k.isma,k.farah,k.dila n rabiah MABRUK coz kt dah berjaya jejakkan kaki..merasai apa itu dinamakn BERSIH..walaupun ENDING kita x dapat masuk ke datran merdeka, tapi inilah kisah n kenangan buat kita semua..





No comments:

ـ