Friday, March 30, 2012

مسبقة تلاوة و حفظن



......السلام عليكم
salam sua kembali..huhuuu alahai قصة قلبي asif yer dah lama x update..
masuk sem baru byk bnda yg kna selesaikan, assgmnt bukan lagi mcm sem2 lepas...
huhuu assgmnt kali ni byk kna wat research,rasa mcm nak wat tesis plk..AmbOi sampai ke situ plk..heheee tamhidi pn x lepas lagi yer...:)) insyaAllah x lama lg habis...
nak post apa yer kali nie??hrmmmmm~
sebenarnya nak post tntang MusabaQoh tilawah n hafazan yg berlangsung semalam...


Pertandingan ni Anjuran Exco Tarbiyah dan pembangunan insan bawah PERSIS...
Alhamdulillah program yg selama ni dirancang berjalan dgn sebaiknya,
walaupun byk ujian dan halangan...tapi bila kita buat Lillahita'ala insyaAllah Allah permudahkan segala urusn
program ni pada mulanya rancang buat 2 hari,tapi atas bbrpa faktor kami buat selama 1 hari jer..
x pe,pnat2 pn 1 hari jer..hihii tapi x ada la pnat mana pun...:)
tujuan program ni dijalan kan adalah yang pertama...huhuu dah mcm bagi syarahan plk kan??
tujuan utama adalah :-
--->menanam minat plajar Asasi terhadap ilmu Al Quran
---> memupuk semangat cintakan Al quran
---> mencari wakil asasi ke peringakat lebih tinggi
I2 lah dia objektif @ tujuan pgrm yg kami jalankan...




Alhamdulillah peserta tilawah n hafazan mmg TERBAIKK..syabas dan tahniah!!
tahniah walupun ada yg ckap x pernah msk,tapi hasilnya Alhamdulillah...
tahniah kerana berjaya mngalunkan ayat suci Al quran dgn Baik..:))
sahabat2 yg masuk pun bukan calang2 tau..
kategori llki ramai dr atlet2 sukan..heheee terbaik la...
Mabruk alaik..:))



Pemenang pertndingan hafazan (L)
1- nabil
2- wafa
3- elyas

hafazan (P)
1- nasiha sakina
2- syatira
3- k.imazulianis

Tilawah (L)
1- Pie
2-rahimi
3-aiman

Tilawah (P)
1- k.mariah
2- samihah
3- iylia

pogram brjln dgn lancar dari awal sampai majlis penutup...
komen2 yang diberikan alhamdulillah semua berpuas hati..
antara cmmnt = Program menarik dan terhibur. Simple but Power indeed. :)
syukran kpd semua yg mnjayakan pogram yg di anjukran oleh exco tarbiyyah
Tahniah kpd pngarah kami Faiz,yg bertungkus lumus dlm mnjayakn pogram ini..
orang kuat Persis,zahir..yg menguruskan kewangan...
kpd k.ummu,k.aisyah,jiha,jannah n ajk2 yang lain
lupa plk ajk llki yang lain munawwar,muiz,alias
syukran kpd sponser2,n tajaan dari antum semua,walaupun kami x dapat peruntukkan tapi sokongan dari antum semua,kitorang dapat mnjalankan program ini dgn jayanya..alhamdullilah
semoga apa yg kita rancang dan laksanakan di berkati olehNya..amin2 insyaAllah..

sedikit santapan utk anda semua..santapan rohani..
* bacaan dari usataz wan fakhrul razi
ustaz wan juri kebangsaan tilwah..subhanallah alunan

nnti ana cba dptkn pic2 time pertndingan n upload...










Thursday, March 8, 2012

salam perpisahan untuk sahabat tersayang...:'(

Assalamualaikum..menghitung hari bersama sahabat tersayang...hrm~btlkan , setiap PERTEMUAN pasti ada PERPISAHAN...itulah yang akan dilalui oleh kami semua,huhuu
perpisahan bersama teman tersayang,terasa sangat bila harinya akan tiba..cepat sangat masa berlalu,
Nadiah,seriOusly kitorg semua sedih sangat,rumah ni mesti sunyi lepas nie...
dlu kita ber 5,lepas tu ber 4...tak lama lagi tnggal kita ber 3....:'(
Ya Allah kuatkanlah kami semua....semoga ukhuwah kami tetap terpahat

mmg tersa sngat Nadiah nak pergi,,kami pasti rndu solat berjemaah bersama,gurau, tgk mOvie sama2..
lepas ni dah x ad org dah nak dOwnload cerita vanilla coklat lg kan k.ima n nysa??..huhuuu
kitorg pasti rindukan nadiah....
*pic terakhir kita sama2 buat present,mmg x kan dilupakan,
*kita main watercolour,
*main dawai,..huhuu
macam guru tadika dah kan.....

sakinah x ad apa nak bg dkt nadiah..mOga coretan nie mnjadi kenangan kita bersama...

Perpisahan itu akan selalu ada,

 karana kita pernah berjumpa, bersama, dalam senda tawa dan bahagia.  Setiap titis airmata yang tertumpah di hari ini, akan menjadi saksi atas jalinan ukhuwah yang selama ini kita simpul seerat-eratnya.

Tak ada kata yang pantas terucap nadiah….. hanya derai bening yang selalu bertaburan, mengucap selamat jalan, silakan lanjutkan perjuanganmu ke arah yang lain, ditempat yang baru, yang akan menjadi jarak pertemuan kita.

Hari ini, jiwa dan naluri kita kembali terluka atas perpisahan raga.  Namun percayalah nadiah….. hati kita akan selalu terikat.  Jalinan ukhuwahnya akan semakin erat, semakin jauh ragamu melangkah, semakin hatimu mendekat.

*nadiah, sakinah n nisa'

Tidak usah terlalu bersedih, 

duhai sahabatku nadiah….. 

berbahagialah, karena nadiah akan menemukan suasana yang baru, bukan disini lagi, tapi disana.  Cukuplah setiap kenangan yang telah kita tanam, akan menjadi kenangan yang tumbuh subur, menyemaikan benih-benih cita diantara kita.  Karena kita tak harus disini, kita tak harus selalu bersama, kita harus melanjutkan langkah ini, mungkin ke tempat yang lain, yang siap untuk kita tapaki.

Perkuat langkahmu duhai sahabtku nadiah….. 

yakinkan diri dan hatimu, hari esok pasti lebih cerah, hari esok adalah harapan yang harus diraih.  Pandang senyumannya yang lebar, tatap wajahnya yang ceria, hari esok adalah bahagia.  Yakinlah nadiah, cinta dan cita kita selalu bersatu.  Kita akan bersatu selamanya, dalam cahaya persahabatan ini.

Nadiah

….. segala rindu yang akan muncul, segala nafas yang akan berhembus, segala harapan yang akan kita raih, segala langkah yang akan kita ayunkan, yakinlah disana ada kejayaan. Di sana ada keberkahan di bumi penuh barakah.

*nisa' , k.ima n nadiah

nadiah

….. biarkan aliran airmata ini jatuh sesukanya, biarkan dia mengalir, mengucap kata seindah-indahnya.  Biarkan dia, karena airmata tak berarti sedih, airmata tak berarti duka, airmata adalah juga lambang bahagianya hati.  Biarkan dia menemani kita di hari ini.  Biarkan…..Karena dia memang hadir untuk ini, untuk sebuah perpisahan.

NADIAH

….. selamat melanjutkan langkahmu, selamat berjumpa lagi di tangga kejayaan, dalam senyum yang lebih indah…..

*lepas nie tinggal kami ber 3...kecOmelan kami didpn kamera:))

*pic lepas nngis..huhuuu
knangan terakhir bersamamu..:( simpan elOK2 yer bear tu...

***

Sahabat selamanya insyaAllah…..

k.puteri,k.ima,nadiah,nisa dan sakinah....InsyaAllah sahabat selamanya,<3
jika kita x sempat bertemu didunia,Doakan kita bertemu di Jannah..:))
semOga persahabatan ini mnjadi syafaat di mahkhamah mahsyar nnti..
salam sayang dari kami semua buat Nadiah..
take care dkt ngara org nnti...
Always rmmber U..love2 muah muah..:))hihii

salam sayang dari :



Saturday, March 3, 2012

" Luasnya Neraka "


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata : jibril dtg kpd Nabi saw pd waktu yg ia tidak biasa datang dlm keadaan berubah mukanya,maka di tanya oleh nabi s.aw. : " Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

jawabnya: 'Ya Muhammad ,ak datang kpdmu di saat Allah menyuruh supaya dikorbankan penyalaan api
neraka , maka tidak layak bg orang yg mngetahui bahwa neraka jahanam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar utk bersuka2 sebelum ia merasa aman dari padnya .'


Lalu nabi s.a.w bersabda :'Ya jibril,jelaskan padaku sifat jahanam .'
jawabnya :' Ya.ketika Allah mnjadikan jahannam,maka dinyalakan selama seribu tahun,sehingga merah,kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap ,tidak pernah padam nyala dan baranya.Demi Allah yg mngutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akn dapat mmbakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mngutus engkau dgn hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akn mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mngutus engkau dgn hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dlm Al Quran itu diletakkan di atas bukit,nescaya akn cair sampi ke bawah bumi yang ke7
Demi Allah yg mngutus engkau dgn hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa ,nescaya akn terbakar orang2 yang dihujung timur kerana sangat panasnya,jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumanya air panas campur nanah dan pakaianya potongan2 api.
Api neraka itu ad 7 pin2 , tiap2 pintu ad bahagianya yg tertntu dr org2 lelaki dan perempuan'.
Nabi saw bertanya: 'Apakah pintu2nya bagaikan pintu2 rumah kami?'
jawabnya :' Tidak,tetapi selalu terbuka,setengahnya di bawah dari lainya,dr pintu ke pintu jarak perjalanan 70'000 tahun,tiap pintu lbih panas dr yg lain 70 kali ganda'. (nota kefahaman:iaitu yg lebh bwh lbh panas)
Tanya Rasulluallah saw :'siapakah penduduk masing2 di setiap pintu.'
Jawab jibril : 'pintu yang terbawah utk org2 munafik dan org2 kafir stlh diturunkn hidangn mukjizat nabi isa a.s serta keluarga firaun ,iaitu Al- Hawiyah
pintu ke 2 tmpat org2 musyrikin iaitu Jahim,
pintu ke 3 tmpat org2 shobi'in aitu Saqar
pintu ke 4 tmpat imblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.
pintu ke 5 orang yahudi iaitu Huthomah
pintu ke 6 tmpat org Nasara iaitu Sa'eir
Kemudia jibril diam segan pada rasulluallah saw..sehingga ditanya :
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke 7?'
Jawabnya :' Di dalamnya ORANG2 YANG BERDOSA BESAR DARI UMATMU YANG SAMPAI MATI BELUM SEMPAT BERTAUBAT'
Maka Nabi saw jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga jibril meletakkan kepala nabi saw di pangkuanya sehingga sedar kembali dan sesuadah sedar Nabu saw bersabda :' Ya jibril,sungguh besar kerisauanku dan sangat sedih kurasakan,apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya ; 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.'

Kemudian Nabi saw menangis, jibril juga menangis, kemudian Nabi saw masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang lain dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kpd Allah..


sumber: kitab 'peringatan bagi yang lalai '
muhasabah bersama...


Friday, March 2, 2012

banyak ujian utk para huffaz...



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum...ujian yg dtg kadang2 mmbuat kita mnjadi lemah..tapi pernah tak kita terfikir,
ujian yang Allah berikan kpd kita adlah utk kita sentiasa dkt kpdNya dan kadang2 kita terlupa Allah sangat rindu kpd kita di saat kita bercinta dgnNya di 1/3 malam..
buat sahabatku, 

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.
Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…
Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.
Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.
muhasabah bersama...

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.
Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..
Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.
Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita ,Allah.

walaupun persahabatan yg Allah titipkan utk ak dlm masa yg singkat ini,tapi aku bersyukur dgn persahabatn ini bnyak yg Allah tunjukkn kpd aku utk berfikir, subhanaAllah  mmg aaku akui,aku sygkn persahabatn ini,tapi bila kt terlalu mngikut nafsu yg kdg2 mnguasai diri, segala2nya akn mmbuat kita lupa pada cinta kita yg satu.ak x nak sahabtku dipersoalkan di akhirat.. wahai sahabatku yg aku sayangi

 cintailah kalamuLlah yg sentiasa di basahi dibibir,dan letakkanlah cinta Allah yg utama nescaya cinta manusia akn mengiringi..wassalam..::
*khas buatmu duhai sahabat

mOtivasi utk "HAFIZ dan HAFIZAH "

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Assalamualaikum semua..hari ni nk share somthng yg aku rasa sngat mnrik.. titipan utk para huffaz,specially utk adik aku..moga mnjadi kkuatn dan kpd sahabt2 yg lain,moga kita kutip smgt juga utk mnghafaz kalam2Allah :)
Beberapa motivasi untuk para huffaz agar terus memelihara al-Quran yang telah dihafaz walaupun ia bukannya mudah dan menuntut komitmen sepanjang hayat.




Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga

Dari Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).


Berada dalam rahmat ALLAH

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH di kalangan para malaikat (yg di langit)." (Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


Diberi ganjaran pahala

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.; katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi).


Al-Quran sendiri akan memberi syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat muslim).


Dipakaikan mahkota pada hari kiamat

Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)


Semoga kekal istiqamah menjaga, memahami, mengamalkan dan menyampaikan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an..

ـ