Thursday, May 23, 2013

JANGGUT OH JANGGUT

Assalamualaikum... hai semua...:) post2..dah lama tak updatekan?? why i'm post like that?? hahaha...come read what i want to share to u all..meh2

Situasi 1:
Reporter: Boleh kami tahu, kenapa anda tidak membela janggut?
Pemuda: Err.. Bela janggut tu sunnah Nabi SAW je kan? Tak bela pun takpe kot..

Situasi 2:
Reporter: Boleh kami tahu, kenapa anda membela janggut:
Pemuda: Alamak, ketinggalan zaman ke brader? Inilah trend zaman sekarang. Saya suka sorang artis ni, smart arr janggut dia, tu yang saya tiru tuuu!

Hah? Ajak ikut sunnah membela janggut xmahu. Anggap itu hanya sunnah yang kecil. Tapi bila tengok orang barat berjanggut, kita pun anggap smart, hensem, kacak, macho - lepas tu bela janggut kerana kagum dengan mereka - ikut sunnah orang bukan Islam di Barat buat apa? Kenapa bila Nabi SAW sunnahkan kepada umatnya untuk membela/membiarkan janggut xmahu ikut kerana ianya SUNNAH, tapi bila ada TREND daripada Barat tentang berjanggut/berjambang tu pulak nak ikut? Mana satu kita nak ikut? SUNNAH Nabi SAW atau TREND Barat?

bukannya nak cakap pasal fekah/khilaf tentang bab sunnah memelihara janggut, tapi sakinah nak ajak kita semua ikhlaskan hati untuk mengikuti segala sunnah-sunnah Nabi SAW. Mengamalkan sunnah bukan sekadar ikut-ikutan sja, bukan juga kerana kagum melihat artis-artis Barat yang smart berjanggut, bukan mengamalkan sunnah dengan perasaan riya', takbur atau ujub, tetapi lakukanlah ia kerana Allah SWT dan RasulNya.. Selain daripada dua ini, iktikad kita ialah ia tidak akan dapat pahala sunnah..

Perhatikanlah...

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31)

Mudah-mudahan Allah berikan taufik dan hidayah... ^^





No comments:

ـ