Monday, April 22, 2013

"CELIKKANLAH "

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah pertamanya dan selama2nya kita pnjatkan syukur kerana masih berpeluang utk mnerukan khidupan kita..Alhamdulillah...
wutwut..dah lama tak post dkt blog nie..hrm~penyakit M mnyerang diri..haish...ok2 terukan

siapa yg selalu dgr IKIM..radio pilihan utama anda.. :) kata2 dr ustaz pahrol " kita TAHU kita Hamba Allah tp kita TAK SEDAR bahawa kt Hamba Allah...Allahurabbi..
Jika ditanyakan siapa kita?siapa??  Ramai yg mngaku 'saya ni khalifah'. Tapi ramai yang tak sedar bhawa kita ni khalifah..kita hanya tau je,,,Jd, ramai yg berlagak seoalah-olah  'tuan' (malah Tuhan) dalam khidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza.

Tahu letakknya di akal..dengan mmiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati.. dengan memiliki penghayatan dan hikmah. ini menjlaskan mngapa ada stdent yg mndapat A dalam subjek pngajian islam tetapi tidak solat. Dia mngkin tahu tntang kebaikan dan kelebihan solat tetapi tak sedar akan kebaikan danu sungguh kelebihan itu. Tahu, hanya 'di permukaan', iaitu bersifat pengetahuan dan teori semata-mata..manakala sedar adalah mendalam, mlibatkan kemahuan amali.



Kata Hikmah dari Sayidina Ali....

untuk mengetahui apakah hakikat sebenar kesedaran, kita hayati kata2 dr Sayidina Ali K.w " Manusia ktika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar). " kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apbila seseorang  itu mati barulah hakikat khidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. ketika itu barulah si mati dapat " melihat" hidup dengan jelas dan tepat.

setelah diri berada di alam barzakh, barulah manusia insaf dan sedar apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. bak kata pepatah "dah terhantuk (mati) baru tergadah (sedar). "rupa-rupanya apa yg diburu semasa hidup didunia hanyalah dosa. yg kita elak pula adalah pahala.

Ah, betapa besarnya tujuan hidup selama di dunia akibat BUTA mata hati.Astaghfirullahalazim... dalam alam kubur,ketika debu2 tanah menjadi 'bumi dan langit', barulah kita terjaga daripada 'mimpi' selama ini.syangnya, pada ketika itu, segala-galanya terlambat..Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa2 lagi utk memperbaiki keadaan..(tadabbur surah as sajaddah)..sepatutnya kesedaran itu sewaktu hidup di dunia ini. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah kita mendapat kebaikan dan manfaatnya. Sebaliknya, sekiranya kesedarn itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat!!! Allahuakbar.. jom muhasabah balik diri kita...

DUNIA pun dipulun tapi Akhirat tak dilupakan....


No comments:

ـ