Thursday, June 7, 2012

SWEETNYA COUPLE ???

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah bersua kembali utk menaip entry seterusnya ..
ok , ni adalah request dari seseorang..
COUPLE !
eh , boleh ke tidak sebenarnya couple ni eh sahabat2 ??

jom kita layan entry di bawah ni ...

maybe ada manfaat nye buat kalian yang mengharapkan redha ALLAH :)
insyaALLAH ^^


Klik pada gambar jika tak jelas^_^
hrm~
ni salah satu komik cinta or couple maple..
huhu
ok apa kata kita layan pulak citer dalam bentuk novel ..kita tukar-tukar mood plk..:)

nak ?
pendek je ... jom kita baca sama2 eh :)


"Aisyah, awak hati-hati dengan dia, ramai orang  tak suka dia.."
"Lina,aku kenal dia..dia baik.."
3 tahun selepas itu.
"Eh, silap lagi.." aku tersenyum sambil memandang ke pintu pejabatku yang tertera perkataan 'TARIK'.. entah berapa kali aku cuai menggunakan pintu itu kerana sering sahaja aku menolaknya.
Hari ini genap  enam bulan aku bekerja di syarikat Suria Berhad, setelah aku tamat pengajian di universiti dalam bahagian undang-undang.
Hari ini juga 12 Disember. Tarikh hari lahirku. Sedari tadi aku sibuk melayan mesej ucapan hari jadi yang diberikan oleh kawan-kawan ku yang semakin bertambah di salah satu laman sosial yang semakin digilai ramai masa kini.
Sedang aku sibuk membalas mesej, telefonku berdering.. aku tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin pemanggil, 'Lina Cute'..
"Happy biryhday to you.. happy birthday to you..happy birthday Aisyah!"
"Lina! Thanks sangat!'
Kami pun berborak panjang.
"Bye Aisyah, take care ye.. aku rindu dekat kau sangat.. nanti senang datang la rumah ye.. selamat menyambut hari tua ye.. hehe,aku gurau je..assalamualaikum.."
"Tua tapi comel kan Lina, hehe, thanks sekali lagi, insyaAllah aku datang, waalaikumussalam Lina."
Aku tersenyum lagi mengenangkan teletah Lina,kawan baik aku sejak di universiti dahulu.
Kata-kata Lina di dalam perbualan kami sebentar tadi mengusik hatiku, "Aisyah, hari jadi kau sama tarikh dengan Zaidi kan, kau tak beri ucapan kat dia ke?"
Zaidi.
Nama yang dahulunya menjadi begitu manis dibibirku. Kini tidak lagi. Hampir tiga tahun perkara itu berlalu. Sebuah memori yang menjadi titik tolak bagaimana aku dapat menjadi diri aku yang sekarang ini.
Aku menjalinkan hubungan cinta sebelum nikah dengan Zaidi. Pada mulanya aku yang sudah banyak kali dikecewakan berasa berat untuk menerima cintanya. Lama-kelamaan aku semakin menyayangi Zaidi. Aku yang begitu menitik beratkan soal agama dahulu kecundang di dalam perangkap cinta aku sendiri.
Dahulu aku tidak benarkan lelaki bukan mahram melihat auratku. Tetapi demi kasihkan Zaidi aku sanggup mempamerkan rambutku di depannya. Aku semakin bebas dan hubunganku dengan kawan baikku Lina juga semakin renggang akibat aku sentiasa mengelak untuk luangkan masa dengannya dan banyak masa yang ku habiskan dengan Zaidi sahaja.
Aku lupa hukum agama yang selalu aku jaga, iaitu tidak akan membenarkan lelaki bukan mahram memegang tanganku. Akhirnya aku relakan demi Zaidi.
Aku masih ingat sewaktu aku dan Zaidi balik dari menonton wayang. Kami berborak di tempat tersembunyi di dalam keretanya,dengan tidak dijangka,dia mencium mulutku. Aku jadi marah dan mendiamkan diri.
Zaidi pula tidak memujukku malah marah dengan sikapku, katanya aku tak 'open minded'. Aku yang sangat mencintainya lama-kelamaan memujuknya kembali dan aku membiarkan sikapnya yang begitu ke atasku.
Walau banyak perkara yang aku dan Zaidi telah lakukan, sehingga kini aku bersyukur kerana aku dan dia tidak berzina.
"Awak, kita berpisah sahaja lah," hatiku tersentak dengan kata-kata Zaidi pada suatu hari.
Hatiku hancur. Ternyata aku dipermaikan oleh insan yang sangat aku sayangi.
Saat itu aku jadi seperti 'kucing hilang tanduk'. Tidak tentu arah. Aku masih ingin kembali bersama Zaidi.
Berkali-kali aku menghubungi Zaidi agar hubungan kami terjalin seperti dulu. Tetapi tidak satu pun panggilan dan mesejku dijawab olehnya.
Aku berkurung di dalam bilik setiap hari.
Menghabiskan masaku di depan laptop menghilangkan rasa rindu di hati terhadap Zaidi.
Satu petang. Jam 6 ptg. Aku terpandang satu link ke laman web di laman sosial yang selalu aku layari.
Hatiku mengomel, "laman web apa ni, cuba la tengok."
Setelah membukanya aku terpandang satu artikel 'Couple itu Haram'. Aku segera membacanya. Ayat demi ayat aku baca dengan linangan air mata.
Benar aku sudah menjauh dari Islam. Aku telah menjauh dari Allah.  Petang itu aku menangis semahunya. Dan aku bertekad untuk membaiki diri dan menjadi lebih semangat untuk keluar dari dihimpit kesedihan.
Banyak perubahan yang aku alami. Aku telah membuat 'transformasi' yang besar kepada hidup ku. Pakain, solat, hubungan antara bukan mahram, semua aku jaga dengan baik.
Lina pula setelah aku ditinggalkan Zaidi, hubungan kami tidak lagi serenggang dulu. Kami saling meminta maaf antara satu sama lain dan menjadi sahabat yang baik kembali seperti dahulu. Aku menyesal kerana tidak menuruti kata-katanya dahulu, "Aisyah,awak hati-hati dengan dia, ramai orang tak suka dia.."
Alhamdulillah.
Sehingga kini aku masih menjadi peminat setia melayari iluvislam.com dan sentiasa membaca artikel-artikel yang di paparkan.
Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang kedua untuk membaiki diri dan menjadi muslim yang baik.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Anugerah hidayah terindah dari Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih iluvislam.com!
sumber : klik SINI
Apa kata anda ?? menginsafkan tak citer ni kat sahabat2 semua ?  mudah2an ALLAH menghembuskan kesedaran di hati sahabat2 sekalian .. insyaALLAH ^^ jom sama-sama kita bertaubat ye sayang2ku sekalian ? termasuk diri ini , banyak lagi dosa nye .. sobsobss :'(

Sakinah tidak mencadangkan clash or mngahalang hubungan antum semua Keputusan apa pun, ditangan sendiri
cuma sakinah rasa kita  masih ada lagi jalan keluar yang terbaik.
apa ek sahabat2 ?
apa kata ...kita pilih jalan yang halal ..
nak tak ?
iaitu menikah je terus ...
^^
  
kalau sakinah ,
i prefer this way ...
menikah je teros ...ambOi..hahahaha...
bukan setakat dapat hindar dosa ,
malahan dapat pahala lagi taw ...

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta! amboi sebut tntang Cinta sekarang..hee~ semua manusia dilahirkan mmpunyai perasaan itu..tipu klau x ad betulkan??

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta, jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.
Indah kan?
 
masih tak caya bahawasanya couple halal itu lebih best ?
masih ragu-ragu bahawasanya cinta lepas kahwin itu lebih sweet ?

di sini sakinah bagi gambar dkt korang ..


Klik pada gambar jika tak jelas^_^
pilihan terletak di tangan anda .  
tanya iman , jangan nafsu :)


wahhh .. so sweet kan ? nisa' ingat tak gambar nie..hahaha inspirasi dari awak ni..:)

so , amacam sahabat tersayang sekalian ?
pilihan manakah yang anda inginkan ?
jangan buat kesilapan dalam memilih ..
dan sakinah tak nafikan manusia senang berbuat kesilapan .
tapi ...
sekiranya hidayah itu datang ,
terima lah ...
itu tandanya ALLAH masih sayang akan kita..
bersyukur lah :)

then ,
untuk my last word ,
jom kawen awal nak ???
hehe...inilah ayat yg sering kami2 guraukan..(wndu korang semua, wndu nak cerita2)

***buat pemilik tulang rusuk yang ada bersamaku, sentiasa menunggumu datang mengambilku untuk menjadi yang halal untukmu ... :)  

alhamdulillah ..
dah siap !!!
harapnya , entry kali ini berguna buat sahabat yang tercinta di luar sana...
sakinah sayang anda semua kerana ALLAH ^^
insyaALLAH ...
then ,
Assalamualaikum :)

rindu nak cerita2 dgn geng awak2..hee~


4 comments:

Kembara Musafir said...

Allaurabbi...ada blog tak promte...ape pun nice entry...jgn pna berhenti berkarya untuk islamm..(^^,)

Amirah sakinah said...

huhuu..nak promote?? dah follow dah, tak persaan la tu..:p
insyaAllah selagi pmilik mata pena ini belum dimakan oleh tanah2..mata pena ke?hee~ apa2 jela..

Kembara Musafir said...

memg la da follow, tp g thu plak ada blog..hehehe..insya-ALLAH, smga ALLAH permudahkan segala urusan untk hambaNYA y sntiasa berjuang pda jalnNYA tdk kira la dlm apa jua sudt..amin..

Amirah sakinah said...

insyaAllah..Allhumaamin..Allhuyubarik A.kasy juga teruskan dlm berdkwah mngmbngkan islam...

ـ