Saturday, June 2, 2012

LAUTAN HIJAU



Assalamualaikum buat sahabat2 semua...Alhamdulillah final exam baru sahaja berlalu..hrm~tapi kali ni belum ada mood utk dicoretkan tentang imthan..hee~mOod kali ni tntang lautan hijau :) sama dgn titte tajuk kali nie... tak sabar nak kongsikan bersama semua..ceh..apa la tiba2 je lautan hijau kan, mana plk datangnya tajuk tu.. Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya..Ha! mesti dah dapat teka kan apa kaitan dgn tittle nie, okex Alhamdulillah dapat sampai ke stadium darul Aman, kedah utk himpunan hijau ke Putrajaya..


pukul 11 malam bertolak dari masjid As Syarif Meru, dalam pukul9 pagi singgah di pekan Labu, shopping sikit,tapi tak beli apa2pun, cuci2 mata je. dalam pukul 12 lebih kaum adam pula bersiap untuk solat jummat di masjid dan persiapkan diri sebelum ke stadium.
Jam 3 petang bertolak ke stadium..Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar. Disebabkan kami sampai awal sedikit, maka tak perlu berjalan jauh untuk sampai ke stadium..hee~





Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, walaupun hujan , namun melihat para penyokong tetap setia untk mndgr ucapan pemimpin termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi.Dalam pukul4 petang, Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah 
Bkn shja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga blh dikatakan penuh dengan orang ramai yg mula mencari tempat ddk utk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.
Pentas kemudian menampilkan Pengerusi "Amierah" utk menyampaikan pidato

*gambar di bawah ni sebelum masuk asar 

Apabila waktu Asar, orang ramai solat asar secara berjemaah, bagi yang belum mlakukan solat jama’ walaupun keadaan padang yang basah masa tu..



 ( Berwudhu' mnggunakan sebotol air mineral, kongsi sama2 tolong mnolong yer )





 (Keadaan ketika solat Asar berjemaah)

selepas solat,acara diteruskan iaitu ucapan dr Dr.Mahfuz selaku ketua jawatankuasa penganjur.tertarik pada kata2nya  “acara Himpunan Hijau ke Putrajaya ini tidakbermakna PAS menuju ke pusat pentadbiran negara secara sendirian.rakan-rakan gabungan perlu bekerjasama dan PAS akan menyumbang dgn apa cara skalipun yang boleh untuk mencapai matlamat itu. iaitu kt semua samapi ke Putrajaya” insyaAllah pasti boleh…



Selepas itu acara pentas bermula dgn pidato oleh ketua Dewan Pemuda pas Dr.Raja Ahmad iskandar.
Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz. (dalam perjalanan ke kedah ada dengar ceramah dr Nik Abduh dgn UAI- pasang CD- bkn live hee~ ) Alhamdulillah dapat jumpa hari nie..Namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.hee~ apa dia??


 Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat

Macam baju pasti..hee~comey x??blh gantikan UPIN dan IPIN..lepas ni boleh buat katun animasi plk..:)
Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.
Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam. 


Lawak  dan sketsa spontan dari Saudara BOB lokman menceriakan suasana, dalm sketsa bob mngucapkan tahniah dan syabas kepada unit amal ktika BERSIH 3.0 baru nie kerana berjaya bertahan dgn water canon dan bermain bersama FRU…”tapi hari nie jangan risau kerana FRU tidak ada untuk mnyembur gas kepada kita semua..:)” Bob juga melancarkan kopi unit amal..hee~
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno


Dari pintu2 masuk kelihatan org rami mula masuk ke perkarangan stadium.. bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya dan sesi soal jawab bersama penonton… penuh bergaya ustaz petang tu, dengan speak mata hitamkan..hee~

gambar ni sebelum UAI menjawab soalan, bila nk baca soalan, kna tukar spek lain pulok,,, "ohhhh,,siang rupanya, ingatkan malam tadi"- UAI ,,,haha

(gambar dr album ustaz azhar) tak ad gambar time ustaz paki spek mata hitam nie..
gambar bwah nie tangkap guna camera sendiri..:)



(video dari  Youtube )
(comey..: ')
Kemudian acara acara ditangguhkan pada sebelah malam..persiapan utk menunaikan solat..berwudhu; mnggunakan sebotol air mineral utk berwudhu’ berkongsi bersama .:))
Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
(sumber : Harakahdaily)
gambar dibawah (sumber :camera sndiri dan  ihsan camera sahabt2 lain,blutooth )
Inilah Keadaan dan suasana ketika solat maghrib di imamkan oleh Tuann Guru Abdul Hadi Awang, kemudian solat isya’ dan  solat hajat perdana

Sukar untuk dianggar berapa jumlah sebenar kehadiran pada waktu ini.
Selepas solat hajat perdana slesai, kemuncak pada malam ini..ceramah dari pimpinanan utama..
Sebelum itu, pembukaan nyanyian lagu negaraku dan lagu tema pas..huhuu dah lama tak nyanyi~hari ni 2 kali myanyi lagu tema pas, dulu time ikut ibu pergi usrah rajin jga mnyanyi..

Bersatulah wahai kaum muslimin

Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....2x
selebriti TV Al Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu turut bersama-sama di pentas PAS malam tadi.iaitu saudara Muhamad Zaid yang berasal dari Sarawak  bertekad mahu menjadi salah seorang yang memperjuangkan Islam."Saya datang sini ada matlamat iaitu untuk menjadi salah seorang pejuang Islam,"saudara Zaid jga mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberi ruang kepadanya dalam himpunan tersebut.


kemudaian, Penyanyi popular tahun 90-an,iaitu k. Aishah yang telah  menyertai PAS baru-baru ini meletakkan harapan kepada parti PAS terus mendekati dan membimbing golongan artis. k.Aisyah ad mnyatakan “PAS harus mmberi pencerahan kpd golongan artis utk menggunakan medium hiburan sebagai  dakwah kepada masyarakat

"Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini”…inilah kata2 yg mnyebabkan ak terkedu juga… "Saya menyeru PAS bersabar dalam  mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat," kata k.Aishah dalam nada sebak k.Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdekakata pngerusi majlis malam tu (huhuu..tak tau plk lagu apa) tp tajuk lagu ni pernah dgr,k.Aisyah mmbertahu yg dia yakin artis memainkan peranan yang besar untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda mencintai Islam. k.Aisyah mnyatakan "Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan."Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam. "Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al Quran dan hadis," katanya. k.Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.
"25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS  dan membuktikan PAS for everyone,". 

Himpunan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Kemunculan beliau mendeklamasi puisi 'Anak Muda Garang' diiringi sorakan semangat anak muda yang memenuhi stadium.Padang becak akibat hujan lebat pada sebelah petang langsung tidak menjadi halangan untuk orang ramai ddk di atas rumput sepanjang himpunan berlangsung.

Dan malam ini juga penyaksian kehadiran ahli baru pas Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan iaitu Prof. Datuk Dr. Nik Zain  sertai PAS..TAKBIR!!!  dan Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari kemudian diikuti dengan ikrar atau Baiah oleh ahli PAS untuk terus kukuh dan teguh dalam perjuangan.Ikrar dibacakan oleh S/U Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Gimik himpunan iaitu tendangan 13 biji bola berwarna hijau ke arah penonton oleh enam bekas pemain bola sepak kebangsaan yang kini bersama PAS juga membuatkan peserta himpunan ini teruja, bola ditendang oleh pemain yang sebelum ini menjadi pujaan mereka.ceh2 (rugi tak ddk at padang klau tak boleh berebut bola dgn penyokong yg lain)hee~. dan tendangan terakhir oleh Radzi Mat Din,

Selepas itu, ucapan dr Timbalan Presiden PAS  Mohamed Sabu..pembuka utama yg paling seronok dgn serangkap pantun yg berbunyi “ Sorong papan tarik papan, buah keranji atas perahu ,bei umpan kami makan , undi BN kami tak mahu “

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, untuk mengambil alih pemerintahan negara bukan sesuatu yang mustahil, namun perlu memenuhi syaratnya.Antara syarat utama adalah setiap ahli PAS perlu menjaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. "Menang Putrajaya tidak mustahil, tapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan roadmap yang ditentukan Allah SWT," Dlm ucapan Dr.Hadi, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.

Kemenangan juga tidak akn dtg dgn percuma dan memerlukan ahli PAS untuk turun ke medan melaksanakan tugasan berdepan dengan golongan yang memerangi Islam. Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan PAS malam ini adalah sebagai usaha awal untuk mencapai kemenangan tersebut. "Malam ini kita melihat tanda kemenangan. Himpunan diisi dengan solat hajat memohon pertolongan Allah. "Berbeza dengan (himpunan) pihak satu yang diisi dengan perkara yang melalaikan," kata Dr. Hadi,dipercayai merujuk kepada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Umno BN. Himpunan anjuran Umno BN minggu lalu itu turut diisi dengan persembahan tarian K-Pop artis korea dan kumpulan penari seksi dari Jepun sehingga mendapat respon negatif dari rakyat.Tuan Guru Abdul Hadi turut mengingatkan semua ahli PAS berkerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya umum nanti. "Jangan jadi orang yang tidak mengerti iaitu pertama org  yang anggap kta tak boleh menang sampai bila-bila, dan kedua orang yang nak menang cepat," 

Tuan Guru Dr.Hadi jga mengingatkan semua ahli PAS berkerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya umum nanti.

Dalam pukul 12 majlis penutupan, Mursyidul Am Pas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.mmbacakan doa semasa majlis penutupan ..

Penuh sesak utuk keluar dari stadium..Apapun syukur kerana program berjalan dengan lancar..
Alhamdulillah selamat juga sampai di Meru pukul 8.15a.m… insyaallah panjang umur dan diberi kesempatan akan turun pula ke negeri2 lain…

Wahai pemuda harapan umat,juga pemudi kumtum melati... Berkerja2lah sebelum terlambat .... Taburkanlah jasa sebelum mati.. Andai engkau engkau tewas dimedan jihad,, gelaran syuhada allah memberi,,Kepada sahabat dari umno,,, usahlah mendabik dada,, usahlah menabur fitnah mengatakan kami semua dibayar... Bukan niat kami untuk menunjuk nunjuk,,, bukan niat kami untuk mendabik dada,,,, dalam perjuangan kekuatan hendaklah dipamerkan ,,, taktik dibenarkan ,,,, helah juga digalakan,,,,,, baca sejarah perjuang2 dan peminpin serta raja2 yg hebat,,,, berbagai taktik digunakan selagi tidak melanggar hukum,,, sultan muhammad al fateh mempunyai banyak taktik dan beliau berjaya menawan Konstantinopel dgn memnaikan semangat rakyat dan tenteranya,,,

anda boleh bayagkan jika pru yg lepas sembutan bukan sebegini tetapi pas bersama pakatan berjaya membebaskan 4 negeri dari cengkaman bn,,,,jika begini sambutan insyallah satu malaysia akan dibebaskan dari cengkaman umno barisan nasional,,,,,,insyallahTapi jgn gundah gulana insyallah pemerintah islam itu adil tiada yg membezakan pengikut baraisan ataupun pakatan rakyat selagi mana kita mengikut undang2 dan taat kepada hukum tuhan,,,,,ayuh mari kita sama2 memberi kuasa kepada rakyat menentukan halatuju negara dgn didokong oleh alim ulamak,,,TAKBIR!!!
hee~sempat salin tarikh Roadshow Xpresi HIJAU....
BULAN 6
-16/6 = Johor
-17/6 = Pahang
-23/6 = Pulau Pinang
-24/6 = Perak
-30/6 = Terengganu
BULAN7 
-1/7   = Kelantan
-7/7   = Melaka
-14/7 = Selangor dan Wilayah Persekutuan
-15/7 = Negeri Sembilan
Sabah dan Sarawak akan diberitahu kemudian

okex semua..wassalam...:))

No comments:

ـ