Saturday, October 27, 2012

Penyakit rindu ada UBATnya


Assalamualaikum sahabat2 semua..hrm...bulan nie nak aktifkan balik blog nie..see..dah byk juga yg sakinah  dah update..say 'Alhamdulillah' walaupun ad yg 100% bukan dr penulisan sendiri, mungkin sebahagian dr artikel2 lain sakinah ambil..tapi sakinah nyatakan dari mana yer...credit to siapa penulisnya..:)

penyakit hati...kadang2 tu sukar sangat nak atasi...wallahua'lam, akhir2 nie sllu terfikir benda yang sama... sedih..especially lepas solat..kadang2 nak jer buang perasaan ni jauh2 tapi susah..i know bnda nie lumrah utk setiap insan...syukran kpd kakak2 yg bnyk bg pndangan n nasihat...i really2 apreciate it...
alhamdulillah..Allah sentiasa bagi jaln yg Terbaik utk hamba2Nya...ana ad terbaca 1 blog tntang penyakit rindu ad ubatnya..insyaAllah kita blh cuba..:)

1) Ikhlas kepada Allah : Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon keampunan daripada Allah. Seandainya kita ikhlas kepada Allah, pasti Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara yang tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan : “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”.

2) Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah : Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang paling agung. Saat kita dalam kebuntuan atau dalam kesempitan, doa yang ditadahi memohon pertolongan Allah membuatkan diri terasa hampir denganNya. Kepada Allah sahajalah tempat segala permasalahan diluahkan dan tempat merayu yang paling tepat.

3) Mengurus mata dan pandangan : Pandangan yang berulang kali adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hatinya terusik dan jatuh. Ibnu Qayyim menyatakan : “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terajuk ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi dirinya sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.

4) Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang dikagumi. Walhal pernikahan dengan orang yang tidak dicintai dan diidamkan namun sekiranya keputusan itu berdasarkan ilham dari solat istikharah lebih bahagia berbanding dengan pilihan berpandukan nafsu semata-mata.

Cinta, jodoh dan perkahwinan fitrah kejadian manusia. Namun mengapa kita kita sanggup mencari risiko dengan mengundang kemurkaan Sang Pencinta semata-mata demi memuaskan hawa nafsu? Tidakkah ia boleh dijauhi dengan menjadikan iman perisai perlindungan? Ingat !!! Segala ketentuan terletak dalam pengetahuanNya, oleh itu biarlah segala urusan bertunjangkan petunjuk daripadaNya.


yaALLAH jaga la hatiku dari segala fitnah duniawi..amin..

credit :SINI



No comments:

ـ