Friday, April 13, 2012

Adakah dia untukku??heee:))) ini prinsipku weee~


assalamualaikum semua..heee~tiba2 rajin plk nak update blOg..Alhamdulillah masih diberikan nikmat kesihatan yg baik :))
nie kes lepaskan tnsion ker?? mid term b.kbngsaan baru selesai ptg td..wuuu~Doa bnyak2 yer jgn happy sgt..nak story2 sikit.jom..


 al kisah bermual..heee~ dah2 nak buat cerpen ke??okey2 nak cerita sikit tntg pnglaman..hee~
1
2
3....


“Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu”


“Ya? Apa dia?”

“Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta untuk mengatakan cintakan awak”

“……….”

“Awak?”

“……….”

“Kenapa awak diam?”

“Maaf”

“Untuk?”

“Saya telah berpunya dan saya cintakannya”

“Hmm.. Siapakah si dia itu?

“Jodoh saya”

“Jodoh awak? Siapa? Takkan tak bernama?”

“Saya tak kenal dia, tapi saya dah jatuh cinta dengan dia”

“Bagaimana awak jatuh cinta dengan dia sedangkan awak tak kenal dia?”

“Kerana ianya telah tertulis di luh mahfuz, dia jodohku. Jodoh yang tak diketahui”

“Kalau begitu, izinkan saya menjadi jodoh awak”

“Saya tak dapat, maaf”

“Kenapa? Apa yang kurang pada saya?”

“Tiada kurangnya, tiada cacat celanya”

“Jadi, kenapa awak tidak mahu saya menjadi jodoh awak? Saya cintakan awak keranaNya”

“Betulkah? Saya tak percaya”

“Kenapa saya harus tipu dengan wanita yang sentiasa saya rindu?”

“Ayat awak telah menjelaskannya, bahawa awak bukan cintakan saya keranaNya”

“Ayat saya? Yang mana satu?"

“Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”

“Kalau saya dah cinta awak, takkan saya nak pendam?”

“Itulah sebaiknya, kerana syaitan sentiasa mencari jalan mencemarkannya. Simpanlah cinta itu untuk jodohmu”

“Tapi, saya tetap nak menjadi jodoh awak. Bagaimana harus saya menjadi jodohmu? Awak belum lagi memberi izin untuk diri ini menjadi teman hidupmu”

“Maaf, bukan diriku, yang berhak memberi izin adalah waliku, jika benar ingin menjadi jodohku, kepada waliku diri ini berserah”

(Si lelaki memahaminya, lalu berlalu pergi)

p/s: llki sekarang kbnyakkn senang melafazkan kata2 SAYANG, I LAP U , CINTA,semua kata2 manis keluar..sweet talker la nie : tapi bila ajak jmpa parents mcm2 alasan bg...
: wahai kaum rijal sekalian, klau suka,sayang pada seorang Nisa' jmpa walinya,mnta kbenaran utk mnjaganya,seblm nak ambil hati wanita, ambil hati parents dlu...
: janganlah dikau risau,InsyaAllah jika niat kita ikhlas Allah akn bntu..:))
: kmbalilah kita pada jalanNya...jOm sahabat2

salam buatmu...




x

No comments:

ـ