Tuesday, June 12, 2012

RESULT IMTIHAN !!!

Assalamualaikum wbr…
Salam ketenangan dan kedamaian buat hati-hati yang merasa gundah.
Salam kesabaran buat hati-hati yang merasa kecewa dan berduka.
Salam kesyukuran buat hati-hati yang sentiasa kuat dan tabah.

Alhamdulillah, result sudah terpapar di portal. Mungkin ada yang tersenyum bangga, tidak kurang ad yang berduka. Begitulah adat mnuntut ilmu, setiap semester pasti akan ada natijahnya setelah berhempas pulas melalui satu-satu semester pengajian.


Entah kenapa kali ini, debaran yg dirasa tidak sekuat sem1 & 2
Tiada lagi kegusaran di dalam hatiku..
Bukan kerana cemerlangnya aku..
Tapi kerana aku telah menyerahkan segala-galanya pada Allah..

Result kali in tidaklah membanggakan.
Tapi Alhamdulillah, Allah telah membuatkan aku berlapang dada menerimanya..
Aku tidak bersedih, malah rasa bersyukur kerana masih lulus..


Natijah Imtihan.
Pastinya, semua orang mengimpikan natijah yang bagus-bagus sahaja. Semua orang sentiasa mengharapkan keputusan yang baik-baik belaka. Tetapi, sedarilah tidak semua impian dan harapan itu dapat dikabulkan oleh yang Maha Esa.

Terasa hampa dengan result imtihan?
Pertamanya, tanyalah secara jujur dengan diri sendiri. Recheck balik dengan sejujurnya, adakah kita sudah berusaha sehabis daya dan bertawakkal dengan sebenar-benarnya? Mungkin kita sudah berusaha study sungguh-sungguh, tetapi kita kurang berdoa, kita lupa untuk bertawakkal kepadaNya.

Jika sudah ternyata sedemikian, tidak perlu terus kecewa dan bersedih. Marilah kita ubah takdir masa depan dengan USAHA yang lebih kuat dan DOA yang lebih banyak kerana itulah janji Tuhan adalah pasti.
Namun, jika kita dah berusaha dan bertawakkal, kemudian kita masih gagal percayalah yang Allah nak sediakan sesuatu yang lebih baik bagi diri kita. Andai kita telah bersungguh-sungguh berusaha dengan terbaik, tetapi masih juga mendapat natijah yang tidak memuaskan hati, masih juga datang bertamu rasa kecewa di hati maka di sinilah kita mesti beriman dengan takdir.
“Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan)” (Al-Qamar:49)
Berimanlah dengan takdir, maka kita akan meredhai dan berserah diri untuk segalanya. Akur akan kebijaksanaan ALLAH yang memberikan natijah yang sedemikian rupa kepada kita.
Janganlah mudah melatah dan memberontak, kerana itu tanda tidak bersyukur.
Jangan mudah berputus asa dan terus-terusan tenggelam dalam kekecewaan, kerana itu juga tanda tidak bersyukur.
Saya sendiri akui merasa sedikit kecewa apabila melihat result kali ini. Terasa hampa tidak dapat mempertahankan kejayaan yang lalu. Tetapi, tidak salah jika kita merasa hampa. Tidak salah kita merasa kecewa kerana itulah lumrah perasaan kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi hina.
Rasa itu ALLAH yang anugerahkan, untuk kita merasainya. Memang pedih, perit dan pahit tetapi di dalamnya itulah terkandung satu kandungan rasa yang cukup ‘manis’, jika kita merasanya dengan rasa ‘hati’.
Rasa hati yang diikat dengan iman dan terarah memikirkan hikmah-hikmahNya. Hati yang sentiasa merenung-renung kekurangan diri lantas ingin terus berusaha memperbaikinya. Hati yang sentiasa ingin bermuhasabah dengan kalam peringatanNya.

Bersabarlah, sesungguhnya kesabaran itu amat baik bagi mereka yang benar-benar dapat bersabar dengan segala ujianNya. Allah sebenarnya ingin memberi kita pahala di atas kesabaran kita yang kecewa dengan keputusan tersebut.
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan” (az-zumar:10)
Sudah menjadi sunnatullah. Ada ketikanya kita berada di atas, dan ada kalanya kitanya kita akan berada di bawah kerana begitulah adat kehidupan ini. Tidak akan ada insan yang selamanya berada di atas, dan tidak akan ada insan yang selamanya dalam kegagalan.
Gagal bukan beerti kita tewas dan kalah. Gagal juga bukan beerti kita telah menyerah dan semakin melemah. Tetapi gagal adalah satu titik juang kita untuk bangkit semula.
Duhai sahabat-sahabatku sekalian.
Pimpinlah hatimu sendiri. Pujuklah hati dengan ayat-ayat cinta Ilahi. Bersabar dan bersyukurlah. Cekalkan hati. Kita perlu meneruskan hidup ini, walau apapun yang telah terjadi.
Akuilah kuasa dan kudrat kita sebagai hamba yang tersangat lemah kudratNya berbanding yang Esa. Sebagai orang yang beriman, yakin dan percayalah, DIA sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Tiada satupun keburukan, kecuali yang baik-baik sahaja.

.. Apabila aku bermuhasabah, mungkin ada hikmah yg Allah sorokkan..
Mungkin jika sebelum ini aku hanya merasai kejayaan,
Akhirnya aku dapat rasai pengalaman kecundang..

Aku bersyukur pada takdir ini..
Kerana Allah memberinya di saat aku benar-benar kuat..
Di saat aku benar-benar telah menyerahkan segala-galaNya pada Dia..
Tidak disedihkan hatiku atas kecundangan ini..
Bukankah Allah telah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al Baqarah : 286 )

p/s: “Sesungguhnya, ‘natijah’ di alam sanalah harus sentiasa pastikan mendapat yang TERBAIK. Kerana natijah di dunia ni hanya sementara, tetapi natijah di sana kekal abadi buat selamanya…” tidak perlu takut dengan result peperiksaan dunia itu, tapi takutlah result peperiksaan akhirat kita.. jangan sampai kita gadaikan aqidah kita bilamana kita lebih takut dengan exam lebih dari kita takutkan Allah.

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim )
for sem2 teruskan usaha kalian untuk menempuh sem3, moga kalian dipermudahkan segala urusan.Terskan perjuangan..Ya..Perjuangan tanpa henti..

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Untuk kemenangan seperti ini, hendaklah beramal seperti orang-orang yang benar-benar beramal (bekerja).” (Surah as-Shafaat [37] : 61) 

for sahabat2 sem3 pandanglah ke belakang sebagai iktibar dan pedoman, teruslah melihat ke hadapan untuk membina impian-impian yang indah di sepanjang jalan kehidupan. Kejayaan pasti akan dapat digenggam, andai diri tidak pernah berputus asa dari rahmat Tuhan..insyAllah kejayaan akan terlakar utk degree nanti..insyaAllah
Akhir tinta bersabarlah dengan semua ini maka kalian akan mendapat pahala dan natijah yang cukup baik di sisiNya. Bersyukurlah di atas segalanya, maka itulah sebaik-baik jalinan iman kepada yang Maha Esa!^^,jumpa degree nnti insyaAllah 


lets pray to get blessing from Allah in here and hereafter

okex..wassalam:)
pasti ridu saat2 di ASASI..



Surat cinta dan Rintihan kaum Adam utk kaum Hawa




Cemburu kulihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan.Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan.Cemburu juga aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku terus kepiluan.Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Aku terbang bebas dalam duniaku.Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani.Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan,tanpa ada tembok yang membatasi,tanpa ada dinding yang menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.


Hawa,
Bukan ku tewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.Namun,andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat,aku tak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.

Hawa,
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawa bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dengan kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan.Kerana ego mencipta karisma dan kewibawaan.Namun,tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar ku tetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi,tafakurku sejenak di pepohinan,kenapa kau tidak lagi menjadi hawa yang dulu??
   
Hawa,
Ku sedar,kehadiranmu kupinta di syurga keran ku akur tiada nikmat yang boleh menandingi keistimewaanmu.Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dada untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi.

Hawa,
Dulu,kuperlukanmu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi.Kaulah creminku yang sentiasa memuhasabah diri.Tapi,kini keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti.Kau tamil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.Kaumku kekaburan,matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikkan.Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan!!!Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran??? 
Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaian??? Tidakkah kau tahu,tubuhmu yang montok menjadi hidangan enakbuat mata, racun pada jiwa. Aku bisa terhumban keneraka kerananya. Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda,air matamu untuk melemahkan iman.Oh Hawa, aku rindukan Hawa yang dulu!!!Malu,terjaga,terpelihara...

Hawa,
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,ku datang bukan untuk menunjuk cengkamankuku tajam dikaki,bukan juga mengugut dengan paruh berbisa,tapi supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu,sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah.Merekalah lambang kemuliaan insan bernama Hawa.

Hawa,
Namamu indah,biarpun dimana,di segenap jiwa,
kaulah ibu,terukir kasih di setiap dada,
kaulah kekasih,dirindui saban ketika,
kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata,
kaulah adik,pemberi semangat paling berguna,
kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada,
ketahuilah Hawa,
kau kupuja,
kerana rahim lembutmu melahirkan kaumku yang berhati waja,
kerana ayunan lembut tanganmu,membesarkan aku dengan terjaga,
kerana kewanitaanmu,taman hidup tempat cintaku berbicara,
kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora,
kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya.

Maka,kudatang padamu Hawa,membawa ubat dengan penuh cinta.Ubatilah dirimu agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang bahkan sayapku kibar penuh bangga,mencipta taufan....

Seindah Mawar Berduri...:)


ـ