Friday, April 22, 2011

peringatan wat kaum ADAM,X lupa pd yg bergelar kaum Hawa...


Assalamualaikum,,huhu sudah bersarang blogku in,hehe maafla yer dah lama x update..erm nak kata sibuk??ntahla..x ad ksmpatan nak tulis n sampaikan,,,Alahmdulillah ari nie Allah berikan sakinah ilham utk di kongsi bersama...1 2 3 bermula lah sebuah story..kui3 erm cerita nie sakinah kisahkan kmbali time sakinah jln2 dgn kakak2 roomate di satu psat beli belah...huhu

hrm dah pnat berjalan sakinah pn duduk sebentar di salah sebuah bangku berhadapan kedai kasut. Penat menunggu kakak2 ni memilih kasut. Tambahan pula sakinah bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab heels, wedges dan sewaktu dengannya,huhu..untuk memberi pandangan kepada beliau. Jadi, sakinah serahkan pada yang pakar sahaja. hehe..
Sambil duduk, mata meliar melihat orang-ramai yang lalu lalang.(aku nie suka tgk gelagat2 manusia)Macam-macam fesyen dan ragam ada. Suasana tidak terlalu sibuk. Mungkin kerana siang hari, orang malas keluar shopping lgpun ari nie ari jumaat.Tergelak kecil aku melihat ragam mereka semua. Anak-anak kecil comel berjalan sendiri tanpa mahu di bantu ayahnya membuat aku tersenyum. Terdetik juga dalam hati melihat fesyen budak-budak zaman sekarang.erm kalau anak2 masih kecil cam nie dipakai kan tdng mngkn mereka dah biasa time besar nanti kan??? Umur baru setahun jagung sudah pandai bergaya bagai..Ish biasa la zaman dah maju baju2 pn nak brkmbang maju juga kan,,ikt trend..
Lama menunggu, jarum jam sudah menginjak ke pukul 1.10 petang. aku masih lagi setia memerhati. Kakak2 nie masih leka memilih kasut. Mata ak terpandang pada satu pasangan yang juga memasuki ke kedai kasut. Terdetik dalam hati ku ini "Tak pergi solat Jumaat ke mamat ni? Dah pukul 1 boleh shopping-shopping lagi?"Bukan hanya beliau, ramai lagi kaum adam yang saya pasti berbangsa Melayu beragama Islam masih berlegar-legar di sekitar mall. Bukan hanya yang muda, yang umur awal 40-an, yang saya pasti sudah bergelar ayah pun

huhu..aku cuba berfikiran positif.think positif OK,,jgn nk su uzzun terhadap org lain...
"Agaknya masjid dekat kot, tu yang boleh shopping lagi. Tak pun dorang ni dalam musafir."
Di dalam kereta, sewaktu perjalanan pulang, sekitar pukul berapa yer..x igtla,,
ak memandang keluar tingkap kereta. Tiba-tiba salah seorang kakak bersuara.
"Eh, tengok kereta tu! Diorang buat apa la tu?."
Aku menoleh. Sebuah kereta tersadai di bawah sepohon pokok. Kedua-dua pintu hadapan kereta terbuka. Dari hujung mata, ku melihat  pemandu lelaki dan sebelahnya perempuan. Bukan muda remaja, tapi sudah layak bergelar ayah.
Syukur bukan melakukan maksiat.erm klau dah berdua2an bkn owg ke3 s****** Namun, kata-kata kakakku  tidak terhenti di situ.
"Hah! kan betul aku cakap,."
Gulp...terkesima sekejap..
Juga di dalam kereta.
Aku memerhati keluar tingkap lagi. Dalam hati aku berfikir, inikah wajah sebenar Muslim hari ini? Muslim di alaf baru yang sudah maju? Sudah hilangkah rasa malu untuk membuat dosa secara terang-terangan? Tidak malu dan tidak takutkah kepada Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui segala hal hatta detik hati kita sekalipun? Hebat sangatkah diri untuk ingkar suruhan Allah? Ya Allah, sungguh aku takut dengan keadaan pemuda-pemudi sekarang.Ana pn sama masih remaja,Ya allah jauhkanlah diriku terjerumus ke lmbah maksiat....
Tak logik rasanya dalam keadaan musafir tapi boleh keluar bershopping dengan awek. Masjid dekat? Habis tu, kalau jalan jammed? Dengan nak balik rumah bersiap mandi segala bagai? For sure solat Jumaat dalam kereta!!!
Yang buat maksiat lagi la buat bikin panas hati jer. Tak malu ke kalau budak-budak nampak? Budak kecil pun pandai ikt ayah mereka g solat. Takkan uzur kot? Jangan ingat sorok-sorok lakukan zina dalam kereta, kat kawasan sunyi, kamu boleh lepas dari pandangan Allah. Tidak sama sekali sebab, Allah tu Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui. Bila nafsu sendiri menguasai diri, syaitan, iblis, jin segala bagai kena ikat macam mana sekalipun tetap nak buat dosa juga. Bagaimana mahu menjadi pemimpin, ketua keluarga jika begini perangainya? Mengeluh dalam hati saya. Insaflah wahai manusia! Kita ni hamba saja. Tak lama lagi kuburlah tempat kita kembali.


Tiba-tiba mataku  terpandang pada deretan motosikal yang menderu laju di sebelah kereta. Segak anak-anak muda berbaju Melayu. Sudah selesai solat Jumaat barangkali.Aku tersenyum sendiri di dalam hati.
"Alhamdulillah, masih ramai muslimin yang pandai bersyukur, yang ingat dan sayang Allah!"

wassalam..


Saturday, March 12, 2011

Buatmu yang bergelar kaum HAWA....

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

P/S:Hayatilah,ia juga sebagai peringatan kpd diri sendiri


ـ