Friday, July 29, 2011

SEJARAH KEMPEN BOIKOT DI MALAYSIA





Projek boycott ini dimulakan selepas tahun 2000 apabila berlaku Intifadah Al Aqsa. Ketika itu kami dalam JIM INTERNATIONAL dan PACE (Palestine Centre of Excellence) melancarkan kempen boycott 'Buy American Last'.

Kemudian apabila berlaku serangan 'Operation Cast lead ' atau 'Makraqat Furqan pada tahun 2008/2009 PACE/JIM INTERNATIONAL bersama COMPLETE Malaysia (sekarang Viva Palestina Malaysia) melancarkan pula campaign Boycott Israel atau memboikot mana-mana syarikat yang memberi bantuan kewangan kpd Israel.

Harus di ingat VPM atau Complete ketika itu disertai oleh lebih 80 NGO termasuki kumpulan Church dan Christian group. Setelah menimbangkan strategi yang berkesan maka 4 syarikat yang paling banyak menyumbang kpd Israel sehingga mendapat anugerah Friends of Israel disasarkan utk boycott secara khusus iaitu McD, Coke, Nestle dan Lo'real.




Boycott ini dibuat dgn kerjasama dari Inminds UK - sebuah inisiatif yang berpengkalan di UK dan digerakkan oleh warga British dan Swedish. Apabila Gaza di kepung pada tahun 2007 dan bermula 2010 kami consolidate effort membantu Palestin ini di bawah Aqsa Syarif maka kempen boikot ini diperhebat terutama selepas tragedi Mavi Marmara.

Kempen boycott yang dilancarkan oleh rakyat Amerika dan British di bwah BDS (Boycott, Divestment and Sanction) sangat berjaya sehingga menjejaskan syarikat Motorola, Caterpillar dan Alstom. Sokongan rakyat Amerika sendiri meningkat di mana ahli pertubuhan 'The US against occupation sekarang ialah 60 ribu orang.

Kenapa kami sasarkan kepada 4 terutama McD dan Coke ialah ia merupakan consumer goods yang dilanggan oleh semua orang. Tujuannya ialah untuk memberi impak optimum. Senarai boycott boleh dilihat dalam inminds.com dan banyak lagi syarkat lain spt Starbucks, Mark and Spencer dan sebagainya.

Secara individu kita memberi sokongan kpd boikot secara total dan kita berharap dgn mensasarkan 4 produk ini masyarakat akan lebih peka dan mula mengambil tahu apakah barangan lain yang boleh di boikot dlm kemampuan kita. Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif sedang menimbang untuk melebarkan senarai boycott kpd syarkat lain yang telah dipastikan membantu israel spt Marks and Spencer.

Mohon kepada semua agar memahami isu boikot ini secara mendalam kerana kita bukan boikot syarikat milik Yahudi tetapi syarikat yang menyokong Zionis Israel. Jika syarikat itu milik umat Islam dan menyokong Israel maka dia akan berada dlm senarai boikot juga.

Terima Kasih.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Saturday, April 23, 2011

Tulang Rusukku....

Kategori:Kisah cinta/ungkapan cinta.......................

WANITA:Siapa yang paling kamu paling cintai di dunia ini?

LELAKI:(Berfikir sejenak,lalu menatap wanita dengan pasti)..Kamu,tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Nabi Adam a.s kesepian.Saat Nabi Adam lena tidur.Allah SWT mngambil tulang rusuknya Adam dan mndapatkan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,dia tidak lagi merasakan sakit di hatinya....



Setelah berkahwin pasangan itu mulai tenggelam dalam kesibukkan masing-masing dan keletahan hidup yang ada.Hidup mereka membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai mnyisihkan impian dan cinta satu sama lain,Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu mulai mnjadi panas.
Pada suatu hari,pada akhir sebuah pertengkaran WANITA keluar dari rumah.Saat tiba di seberang jalan ,dia berteriak,, "kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat mmbenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya mnyesal perkahwinan ini!Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" tiba-tiba wanita tadi terdiam ,dan berdiri kaku untk beberapa saat.LELAKI td mnyesali apa yang telah di lafazkan ,tetapi seperti air yang sudah tumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mngambil barang2nya,dia bertekad utk berpisah "Kalau saya bukan tulang rusukmu,biarkan saya pergi.Biar kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing"...Lima tahun berlalu,LELAKI masih belum lagi menemui pasangan hidupnya,tetapi berusaha mncari khabar WANITA yang pernah mnjadi pasangan hidupnya sebelum ini.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.Dia pernah berkahwin dan sudah pun bercerai.LELAKI agak kecewa bila mngetahui WANITA tidak menunggu sepertinya.Dan ditengah malam yang sunyi,sambil minum kopi dia merasakan sakit di hatinya.Tetapi LELAKI tidak sanggup mngakui bahawa dia merindukan WANITA.Suatu hari,dengan izin ALLAH SWT mereka telah bertemu kembali ,Di Airpot,t empat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan.Mereka dipisahkan hanya sebuah dinding pembatas.

LELAKI:Apa khabar?

WANITA:Baik...kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI:Belum.

WANITA:Saya akan terbang ke New York dngan penerbangan berikut.Saya akan kembali 2 mnggu lagi.Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu masih simpan no telefon saya kan?Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis.Berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Seminngu kemudian ,Lelaki menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WCT,malam itu sekali lagi,LELAKI meneguk air kopi dan kembali merasakan sakit dihatinya.Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA.kerana Kejahilanya sendiri,Tulang rusuknya sendiri yang dia patahkan....

erm,k dah abis kisah diatas...cerita nie ana sampaikan di blog ana atas permintaan Sohibah ana (tinta metafora)siapa yer? hehe...bukan hasil karya ana sendiri tau,,ok lah syukran kerana membaca sama2 kita berfikir apa yang telah berlaku atas kisah tersebut..wassalam

sakinah selitkan laguini bersama,sebagai halwa telinga,,sama2 hayati.....


wassalam....

ـ