Showing posts with label Peduli Syria dan PALESTIN. Show all posts
Showing posts with label Peduli Syria dan PALESTIN. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

Kita di pihak yang mana satu??

Assalamualaikum...sahabt fillah sekalian.Alhamdulillah kampen GAZA & SYRIA we are together with you berjalan dengan jayanya..
Syukran kpada sahabt2 yang menjayakan dan peduli tentang saudara2 kita di syria dan palestin..setiap sumbangan kalian  insyaAllah akan di nilai di sana nnti.. :) semoga hamasah kita terus berkekalan..jom tajdid iman kita...aiwah2...

BOIKOT...

Kita dipihak yang mana satu?
Adakah selama ini kita faham kenapa perlu boikot ?
Yang memboikot adakah kita memboikot dengan kefahaman?
yang diboikot, adakah kita sudah cuba untuk memahami?
Boikot, tapi dengan berhujah dan berakhlak.bukan dengan nafsu..
Boikot bukan kerana kita tak mahu mereka maju tetapi kerana kita tak rela agama kita di persenda & dicampuradukkan dengan benda-benda maksiat.
sudah tau sejarah kempen boikot di Malaysia? SINI

ISLAM itu INDAH jangan sesekali anggap & jadikan ISLAM itu REMEH!

Diriwayatkan daripada Hazrat Anas R.A.bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W.bersabda,

LAILAHAILLALLAH sentiasa memberi manfaat kepada penyebutnya dan menolak azab dan bencana daripada mereka selama mereka tidak meringan2 kan haknya.”Para sahabat R.Anhum. bertanya,”Apakah yang dimaksudkan dengan meringan-ringankan haknya?Nabi S.A.W.menjawab,”Apabila perbuatan2 maksiat kepada Allah SWT berterang-terangan dan maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah.”(dipetik dari kitab at-Targhib,hadis riwayat al-Asbahani)



boikot bukan bermusim

selagi syarikat syarikat ini (mcd,coca cola,loreal dll) masih menyumbang dana kepada zionis,selagi itu kita masih mengekalkan boikot.semoga istiqomah.

save gaza save syria!


Thursday, November 22, 2012

Hari ini adalah hari bersejarah buat PALESTIN...

بسم الله الرحمن الرحيم 

Allahu akhbar! 
Allahu akhbar! 
Allahu akhbar! 
Allahu akhbar! 
Allahu akhbar!
Allahu akhbar!
Allahu akhbar! 

Israel akhirnya mengumumkan gencatan senjata!
Kemenangan buat Gaza!

Tahukah anda semua ?? info penting.. Allhuakbar..

hari ini adalah hari bersejarah buat palestin.. ya ALLAH..aku bersyukr pada mu dengan apa yg berlaku hari ini..akhirnya gaza kembali tenang.. allhurabbi.. genjatan senjata telah dibuat dan akhirnya israel tewas dan tarik balik tenteranya..alhamdulillah..satu kemenangan untuk islam.. tapi boikot tetap boikot.. kepada sahabt2 yg mmbaca entry ni.. jom
sujud syukur.. :) allahuakbar..

Antara kata-kata pimpinan Hamas:
1-kemenangan ini adalah hasil pertolongan dari saudara kita seluruh dunia.

2-Terutama wakil dari Turki,Raja Qatar dan Mesir terutamanya,terima kasih kerana keperihatinan kalian dalam menyelesaikan masaalah ini.Kami sangat menghargai usaha kalian.

3-Sesungguhnya,ini bukanlah penamat bagi usaha kami, bahkan ianya hanya satu perhentian dari banyak perhentian yang lain.

4-Akan kami teruskan perjuangan kami,iaitu membebaskan Palestin sepenuhnya dari genggaman Israel.

5-Kami tidak akan sama sekali mengktiraf keberadaan Israel di atas tanah kami.

Sumber:
Al-Jazeerah
Binyamin Netanyahu berkata : Genjatan senjata adalah keputusan yang tepat untuk memperbaiki negara Israel.






p/s: apa2 pun sahabt2 semua DOA jgn putus setakat ni sahaja...kerana SENJATA kita utk mmbantu mereka salah satunya adlah dengan berDOA...

Friday, July 29, 2011

SEJARAH KEMPEN BOIKOT DI MALAYSIA





Projek boycott ini dimulakan selepas tahun 2000 apabila berlaku Intifadah Al Aqsa. Ketika itu kami dalam JIM INTERNATIONAL dan PACE (Palestine Centre of Excellence) melancarkan kempen boycott 'Buy American Last'.

Kemudian apabila berlaku serangan 'Operation Cast lead ' atau 'Makraqat Furqan pada tahun 2008/2009 PACE/JIM INTERNATIONAL bersama COMPLETE Malaysia (sekarang Viva Palestina Malaysia) melancarkan pula campaign Boycott Israel atau memboikot mana-mana syarikat yang memberi bantuan kewangan kpd Israel.

Harus di ingat VPM atau Complete ketika itu disertai oleh lebih 80 NGO termasuki kumpulan Church dan Christian group. Setelah menimbangkan strategi yang berkesan maka 4 syarikat yang paling banyak menyumbang kpd Israel sehingga mendapat anugerah Friends of Israel disasarkan utk boycott secara khusus iaitu McD, Coke, Nestle dan Lo'real.




Boycott ini dibuat dgn kerjasama dari Inminds UK - sebuah inisiatif yang berpengkalan di UK dan digerakkan oleh warga British dan Swedish. Apabila Gaza di kepung pada tahun 2007 dan bermula 2010 kami consolidate effort membantu Palestin ini di bawah Aqsa Syarif maka kempen boikot ini diperhebat terutama selepas tragedi Mavi Marmara.

Kempen boycott yang dilancarkan oleh rakyat Amerika dan British di bwah BDS (Boycott, Divestment and Sanction) sangat berjaya sehingga menjejaskan syarikat Motorola, Caterpillar dan Alstom. Sokongan rakyat Amerika sendiri meningkat di mana ahli pertubuhan 'The US against occupation sekarang ialah 60 ribu orang.

Kenapa kami sasarkan kepada 4 terutama McD dan Coke ialah ia merupakan consumer goods yang dilanggan oleh semua orang. Tujuannya ialah untuk memberi impak optimum. Senarai boycott boleh dilihat dalam inminds.com dan banyak lagi syarkat lain spt Starbucks, Mark and Spencer dan sebagainya.

Secara individu kita memberi sokongan kpd boikot secara total dan kita berharap dgn mensasarkan 4 produk ini masyarakat akan lebih peka dan mula mengambil tahu apakah barangan lain yang boleh di boikot dlm kemampuan kita. Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif sedang menimbang untuk melebarkan senarai boycott kpd syarkat lain yang telah dipastikan membantu israel spt Marks and Spencer.

Mohon kepada semua agar memahami isu boikot ini secara mendalam kerana kita bukan boikot syarikat milik Yahudi tetapi syarikat yang menyokong Zionis Israel. Jika syarikat itu milik umat Islam dan menyokong Israel maka dia akan berada dlm senarai boikot juga.

Terima Kasih.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
ـ