Yang salah,
jodoh tidak perlu dicari.
Yang betul,
Allah menyuruh manusia berusaha.
Yang salah,
perempuan hanya perlu menunggu
Yang betul,
Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah SAW.
Yang salah,
perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan.
Yang betul,
perempuan berhak memilih.
Yang salah,
alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi akan
menemui lelaki/wanita yang baik.
Yang betul,
Allah senantiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya.
Yang salah,
pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan,
Yang betul,
perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi.
Yang salah,
perlu bercinta sebelum kahwin.
Yang betul,
ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan
tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.
Yang salah,
pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber’SMS’ dan
berjumpa.
Yang betul,
selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan . mereka
tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber’SMS’ sehingga melalaikan.
Yang salah,
janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata
kepada teman wanitanya “I tidak ada harta, tetapi I ada cinta.”
Yang betul,
lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawabkerana tidak bekerja keras
mengumpul kewangan untu menyara pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan
banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan
untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.
Yang salah,
contoh yang lain : “I tidak akan usik U sebelum kita nikah.
Yang betul,
dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana
sahaja yang dibawa. Oleh itu,tidak hairanlah apabila reality menunjukkan ramai
pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan.
Wallahua’lam.
sumber:Majalah solusi isu 31
No comments:
Post a Comment