Friday, March 2, 2012

banyak ujian utk para huffaz...



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assalamualaikum...ujian yg dtg kadang2 mmbuat kita mnjadi lemah..tapi pernah tak kita terfikir,
ujian yang Allah berikan kpd kita adlah utk kita sentiasa dkt kpdNya dan kadang2 kita terlupa Allah sangat rindu kpd kita di saat kita bercinta dgnNya di 1/3 malam..
buat sahabatku, 

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.
Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…
Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.
Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.
muhasabah bersama...

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.
Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..
Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.
Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita ,Allah.

walaupun persahabatan yg Allah titipkan utk ak dlm masa yg singkat ini,tapi aku bersyukur dgn persahabatn ini bnyak yg Allah tunjukkn kpd aku utk berfikir, subhanaAllah  mmg aaku akui,aku sygkn persahabatn ini,tapi bila kt terlalu mngikut nafsu yg kdg2 mnguasai diri, segala2nya akn mmbuat kita lupa pada cinta kita yg satu.ak x nak sahabtku dipersoalkan di akhirat.. wahai sahabatku yg aku sayangi

 cintailah kalamuLlah yg sentiasa di basahi dibibir,dan letakkanlah cinta Allah yg utama nescaya cinta manusia akn mengiringi..wassalam..::
*khas buatmu duhai sahabat

mOtivasi utk "HAFIZ dan HAFIZAH "

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Assalamualaikum semua..hari ni nk share somthng yg aku rasa sngat mnrik.. titipan utk para huffaz,specially utk adik aku..moga mnjadi kkuatn dan kpd sahabt2 yg lain,moga kita kutip smgt juga utk mnghafaz kalam2Allah :)
Beberapa motivasi untuk para huffaz agar terus memelihara al-Quran yang telah dihafaz walaupun ia bukannya mudah dan menuntut komitmen sepanjang hayat.




Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga

Dari Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).


Berada dalam rahmat ALLAH

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH di kalangan para malaikat (yg di langit)." (Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


Diberi ganjaran pahala

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a.; katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi).


Al-Quran sendiri akan memberi syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat muslim).


Dipakaikan mahkota pada hari kiamat

Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)


Semoga kekal istiqamah menjaga, memahami, mengamalkan dan menyampaikan apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an..

ـ