Assalamualaikum..:0 apa khabar iman hari nie? jom
checklist.....
Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan
cintanya. Dia amat sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga
kunjung tiba untuk melamarnya. Insan lain yang tidak pernah dikenalinya pula
datang merisiknya. Dia tidak tahu siapa harus dipilih. Lalu dia menangis dalam
sujudnya memohon petunjuk daripada Allah dikala itu. Usai doanya dia pun
membuka tafsir quran. Berharap sangat sedikit motivasi dari kitabullah itu
untuk meredakan kesedihan yang melandanya detik itu. Lalu dibukanya. Terlintas
dimatanya satu ayat dari surah An-NahI ayat 92
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…”
Alhamdulillah, Allah masih sudi
mendengar rintihan hati kotor ini. Terasalah dia bahawa Allah sedang
memujuknya. Teramatlah terharunya insan ini kerana Allah masih sudi mendengar
doanya kala itu. Mari kita hayati kisah disebalik ayat ini.
“Oh.. ibu, usiaku sudah
lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku…? Apakah aku akan
menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang
gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan
si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke
sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri.
Pelbagai ahli nujum dan dukun
ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang
penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha
si ibu tidak juga menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma
bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar,
sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya.
Melihat keadaan ini tentu
saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menjadi semakin bermuram
durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di
depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai
hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian
jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang
berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka
tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang
muda rupawan. Kenapa sipemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang
telah tua itu..?
Oh… ternyata ada udang di sebalik batu.
Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah
yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berhasil menggunakan
sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apasan dan kesan…. Dan tinggallah
kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana
perginya.
Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah
dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah
jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi menjadi benang. Lalu
ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani
sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, Asmara boleh
membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki
iman) AI-Qur’anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat
An-NahI ayat 92),
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…”
Yang dimaksud AlQur’an
dengan ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah
AlHamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah
dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang
dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut. Kisah
Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh
tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia
juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya.
Bukankah Rasul pun telah bersabda:
“Ketika
ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah
ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di
akhirat”.
Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka
tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah
sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga
mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau
ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatkan
jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar
tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman:
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)
Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan
yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan
dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya
selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah,
Rasul pun bersabda tentang masalah doa,
“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang
menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya
dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik,
ialah memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga
menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam
Surah AI-Baqarah ayat 45,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
Sabar dan solat akan selalu
membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap
kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh
saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang
datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan
Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah
jodoh malah membuat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih
bujang. Di samping itu kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk
menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan
orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan
suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan
rumahtangga kita seiring adadengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita.
Sungguh beruntung sekali
menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan
bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia
bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya. Kisah gadis Bani
Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa
jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang
yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang
harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum
dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul
amanah tersebut.
Sikap kita yang paling baik
dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana
sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu
baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap
buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.
“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui”
Akhir sekali kisah Rithah memberikan
ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita
kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi
diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita
tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah
pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun
orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu
huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah
SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. Seorang penyair dari Seberang yang
terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:
Tuhanku Dalam termangu.
Aku masih menyebut namaMu
Walau susah sungguh Mengingat
kau penuh seluruh
Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk
Tuhanku Di pintuMu aku me¬ngetuk
Aku tidak bisa berpaling
(dari petikan puisi ‘DOA’ – Khairil
Anwar)
sampai begitu sekali dalamnya
mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh? Wallahua’lam
bisshawab…